CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Musykil, Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah?

15-4-2022 05:42 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 25535| Komen: 209|Original author: Saiful

Description: Sejak Myra Natasya dedah yang dirinya merupakan anak kepada Halim Othman, banyak pula spekulasi yang timbul.
Sejak Myra Natasya dedah yang dirinya merupakan anak kepada Halim Othman, banyak pula spekulasi yang timbul.

Ramai hairan sebab nama sebenarnya Yusmyra Natasya Abdullah. Kenapa binti Abdullah?


Tampil menjernihkan keadaan, Myra kata  ibunya Yusnita Omar, 47, berkahwin dengan Halim, 56, di Thailand pada 1994 dan dia dilahirkan pada 1995.


Foto: IG

Namun pasangan tersebut bercerai empat tahun kemudian.

"Mengenai nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah... saya menggunakan ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di Thailand.




"Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang 'public figure' iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun.

"Dia tidak mahu cerita sebab masa itu dia baru cerai dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu untuk cerita perkara yang bukan tentang kerjaya" ujarnya kepada mStar.



Difahamkan perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.

"Ini masa terbaik untuk memberitahu perkara itu, kalau dulu semasa saya berada dalam pertandingan pasti ada yang beranggapan saya ingin menumpang glamor atau guna cable.




"Saya umumkan sekarang sebab mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan saya rasa tak elok andai harus terus berpura-pura.

"Saya pernah tanya kepada bapa jika orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu... dia kata okey cakap jelah. Saya terus rasa terharu dan menangis kerana itu bukan pertama kali saya minta kebenaran dia... mungkin kali ke 18.

"Mungkin sebab bulan Ramadan, hati dia akhirnya terbuka untuk berkongsi." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 15-4-2022 05:45 PM
La … kenapa tak bayar denda dan daftarkan jer perkahwinan tu.. sah2 semua orang akan tuduh anak tu tak sah taraf..kesian
Quote namr 15-4-2022 05:50 PM
Kalo macam tu si halim ni baghal n selfish amat orangnya..
Quote auntyonion 15-4-2022 05:56 PM
Denda 1k je kot..bayar n daftar jelah mcm biasa..ini anaknya nak ngaku bapak sendiri pn kena mintak izin dulu..sedehhh
Quote likilu 15-4-2022 05:57 PM
Tak perlu cerita means senyap je

Tapi ho ni sepanjang masa keluar cerita bujang masih belum kawen, apa cerita tu?

Macam a certain Indonesian tu, orang duk panggil ustaz mualaf. Padahal bukan ustaz bukan mualaf, tapi kenapa cerita tu je yang keluar?
Quote Thunderclouds 15-4-2022 05:59 PM
Kesian. Sbb tu org ppuan jgn jd bingai ikut jantan kawin lari kt siam. Yg jd mangsa ank la. Kena mcm ni, terang2 si suami xmo bayaq denda & daftar kawin. Bini xdak arah la tpaksa boh binti Abdullah tu dh xdak sijil nikah time wat surat branak. Eh..bsepah la kes mcm ni. Kesian kt ank2 weyyyy..xbranak len cita..kesian kt budak! Hish.
Quote Thunderclouds 15-4-2022 06:01 PM
namr replied at 15-4-2022 05:50 PM
Kalo macam tu si halim ni baghal n selfish amat orangnya..

I concur!
Quote krustykrab 15-4-2022 06:04 PM
Pi bukak aib yg tersimpan rapi skg ni org duk.korek habis..patutnya simpan je lah citer tu korg anak beranak.
Quote Suchi 15-4-2022 06:07 PM
Kenapa kawen kat thai? Sbb org tua tak restu kah? Sama2 bujang kan.
Quote cikgojesss 15-4-2022 06:08 PM
status nasab anak tu penting la cibai.. kalau sahih, layak dan ada hak, mana2 parent pun sanggup buat apa je supaya anak tu boleh nasab ke bapak. ko ingat bab nasab ni macam main pondok2 ke? banyak kesan weh kalau status anak tak sah taraf ni.. elok la selesaikan apa yang patut ngokk (tu pun kalau sahih kawin kat siam)

dalam kes ni akak rasa ada pembohongan.. eh hello? ingat susah sangat ke nak pegi mahkamah syariah filing tuntutan pengesahan nasab? tak payah pakai peguam pun boleh ko amik je borang.. kalau si halim bongok ni taknak gi, boleh je mak dia yang filing.. bukan payah pun kalau korang di pihak yang benar konon2 kawin kat siam la sangat… podahhh
Quote emera 15-4-2022 06:09 PM
Bau ikan sungguh cerita dia.
Quote exclusive_vvip 15-4-2022 06:10 PM
harap2 betul la kisah kawen kat siam ni..kalu bukan, jgn buat memain lak dok bawak citer ni ke pihak bakal suami..rosak nasab nanti..
Quote kiah_mai_pulak 15-4-2022 06:14 PM
anak jugak yg nk kena menjawab.. sedehhh jadi kau dekk.. ayahnya mmg buta hati perut
Quote sayawifenikmie 15-4-2022 06:26 PM
... awatnya nak kena kawin kat thailand?
bukannya halim tu laki orang
Quote anony-mous 15-4-2022 06:26 PM
Bodohnya HO ni!! Daftar kat malaysia la lepas tu. Senyap gitu je mmg jd pitenah lah. Btw, celah mana cantik ank dia ni xtau la ramai duk puji lawa
Quote NonaNaga 15-4-2022 06:26 PM
Owhh kalau kawen kat Thailand mmg x leh nasab nama bapak eh ... Bau ikannya...

Budak ni kata sblm ni another IV dia Cuba nak perbaiki b. melayu dia bila dia dh jd pengacara didik tv n so on....tp English dia pun bila mix terabur jeks...
Quote anony-mous 15-4-2022 06:27 PM
krustykrab replied at 15-4-2022 06:04 PM
Pi bukak aib yg tersimpan rapi skg ni org duk.korek habis..patutnya simpan je lah citer tu korg anak ...

Terpaksa bukak aib uols sbb dah 3 thn xpemes2 anknya. Sggup bukak aib sbb nk org kenal
Quote anony-mous 15-4-2022 06:29 PM
cikgojesss replied at 15-4-2022 06:08 PM
status nasab anak tu penting la cibai.. kalau sahih, layak dan ada hak, mana2 parent pun sanggup bua ...

I pon susah nk percaya sbb katanya marriage bertahan 4 thn kan? Dan mak dia bukan bini kedua pon. Selalu yg x dftar ni bini no 2 or dah termengandung dlu baru nk nikah. Tp ramai yg kes no 2 tu byr denda 1k je then daftar la nikah. Dlm surat beranak je la x cantik sbb thn nikah sama tarikh lahir dgn thn beranak.

Klau kes mcm ni, boleh ke ayah wali kan? Kalau betul dah nikah kat siam? Jgn nanti masa nk kahwin, aib terbukak lg
Quote chandrahusin 15-4-2022 06:35 PM
Ayah ko mana dik
Suruh dia mengaku dia mmg dh kawin
Baru netizen puas hati
Quote WeAiNe 15-4-2022 06:38 PM
Kawin 1994
Anak lahir 1995
Ada berani tunjuk tarikh nikah dan tarikh beranak tak?
I smell fish fish lah
...lawocelahmanopesekjamuka

Lihat semua komen(209)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061767 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top