CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Meronta-Ronta Tahan Sakit, Raja Syahiran Rasa Diri Suami Tak Berguna

15-4-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3480| Komen: 24

Description: Sedih melihat isteri, Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembedahan apendiks dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna.
Sedih melihat isteri, Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembedahan apendiks dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna.


Menurut Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 29, dia berharap kesakitan yang ditanggung Uyaina itu dapat dipindahkan kepadanya.

Foto: IG

"Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja.

"Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung.


"Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu," katanya ketika dihubungi mStar.




Uyaina menjalani pembedahan apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin lepas.

Bagaimanapun dia terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami keradangan pada rahim.



Uyaina yang kini sedang hamil anak pertama sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.

"Syukur isteri dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu.

"Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa," ujarnya.



Untuk rekod, Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

Minggu lalu Uyaina berkongsi berita gembira dirinya dirinya sedang hamil dan meluahkan rasa teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-4-2022 04:24 PM
Dah start dah cerita pengalaman lepas kawen
Quote winky1 15-4-2022 04:31 PM
Saya pulak rasa diri nak muntah
Quote babyorange 15-4-2022 04:49 PM
Mmg la kesian sbb paham sgt sakit appendix tu cmne. Pnh kena mmg sakit.
Tp this couple cm x relax la....kerap sgt cite drg kuar. Dr cite kawen, honeymoon, dah ngdung....segala nk canang. X sangka uyaina sejenis gile publisiti cmni. Ingatkn die sejenis low profile je. Sejak galak blakon iols x minat dah
Quote missbigrockstar 15-4-2022 04:53 PM
Sakit2 pun, content penting. Laki bini gila publisiti
Quote watymuchaz 15-4-2022 05:24 PM
Ni kan yg hari tu merangkak kena cobid..
Quote lyshafull 15-4-2022 05:59 PM
And nie bolh dijadikan cerita ke ? Normal la tu ade effect lepas pembedahan
Quote hashashes 15-4-2022 06:12 PM
Good luck lah time bini ko nak beranak nanti. ‘Biar saya jadi lelaki pertama  yang bersalin asalkan isteri saya tak sakit’ kiikiki
Quote missyL 15-4-2022 10:33 PM
Tak tkut ain ke dieorg nie
Semua nk up bgthu org

Yg kapel sane plk tkut sgt kt ain lol
Quote missyL 15-4-2022 10:34 PM
babyorange replied at 15-4-2022 04:49 PM
Mmg la kesian sbb paham sgt sakit appendix tu cmne. Pnh kena mmg sakit.
Tp this couple cm x relax l ...

Tula.
Xbest langsong kapel nie
Xde private moments
Agak2 nti contraction beranak pn up kt ig
Quote auntyonion 15-4-2022 10:53 PM
Ahhsudahhh laki bini sama naik lapar perhatian
Quote holothurian 15-4-2022 11:29 PM
okay.. semoga cepat sembuh yeeeee
Quote Hoola 15-4-2022 11:35 PM
Setiap inchi nk repot hbaq netizen
Dr mula mngdumg, sakit etc

Xpala..hbaq kt fmly hang dh la
Kami pun ada masalh kami

Quote Piramida 15-4-2022 11:44 PM
Hari tu merangkak.. Kali ni meronta-ronta... Overnya content.
Apapun, semoga sihat lah.
Quote timah03 15-4-2022 11:52 PM
missyL replied at 15-4-2022 10:33 PM
Tak tkut ain ke dieorg nie
Semua nk up bgthu org


Dah kena ain la tu sis...
Kena operate... Lepas tu radang rahim pula...
Quote bluecrystal 16-4-2022 12:03 AM
Uyaina dah boleh stop berlakon..tumpu anak dan kesihatan je lepasni...iolls tak bolehla dia berlakon..lengkung kening dia tu mengganggu penghayatan..mengacara cukuplaaa
Quote spankee_fili 16-4-2022 09:08 AM
Eleh kalau pindah sakit tu ke laki mau sebulan terlantar, sedangkan demam sikit pun gaya macam dah nak mati
Quote fadz84 16-4-2022 09:23 AM
Couple yg mengigil masa nikah tu dh pass baton ke couple ni plk ke ngn cite2 sendu cmni?
Quote missyL 16-4-2022 09:53 AM
timah03 replied at 15-4-2022 11:52 PM
Dah kena ain la tu sis...
Kena operate... Lepas tu radang rahim pula...

Tu kategori ain jgk ye
Iols kurang paham jgk bab ain nie

Ptt die kene kurangkn media social kot
Quote NazRysha 16-4-2022 11:46 AM
menyampahnya couple ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058124 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top