CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Barang Kemas Ratusan Ribu Ringgit, Ifa Raziah Upah 5 Pengawal Peribadi

15-4-2022 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5190| Komen: 51

Description: Sering memperagakan barangan kemas bernilai ratusan rubu ringgit, pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi Ifa Raziah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Sering memperagakan barangan kemas bernilai ratusan rubu ringgit, pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi Ifa Raziah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.


Justeru itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, mengupah seramai lima orang pengawal peribadi setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.


Foto: IG

"Bukannya saya pakai barang kemas ini setiap hari. Hanya akan pakai ketika menghadari majlis tertentu sahaja.

"Saya akan lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila saya keluar dengan mengayakan barang kemas bernilai tinggi," katanya kepada mStar.




Kata Ifa yang juga merupakan seorang usahawan, memakai barang kemas adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaan dalam perniagaan.

Sementara itu, Ifa juga tidak mengambil peduli jika ada pihak yang mengatakan barang kemas yang dipakainya adalah palsu.



"Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya.

"Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan... biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,"ujarnya.

Ifa ditemui ketika sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.



Acara jualan raya ini merupakan kali keempat anjuran Ifa sendiri dan ia bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April bertempat di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL).

Sementara itu, Ifa memberitahu dia mengalami waktu sukar tahun lalu selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung.



"Disebabkan PKPD saya terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan saya berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari.

"Disebabkan itu juga mereka percaya kepada saya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang mahu turut sama," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 15-4-2022 04:06 PM
nampak mcm brg kemas vida
Quote cikatilia 15-4-2022 04:06 PM
nampak mcm brg kemas vida
Quote Pixie902 15-4-2022 04:09 PM
Mesti lompong je bhg dlm brg kemas tu...kalau padu mau terteleng leher tu.  
Quote watymuchaz 15-4-2022 04:13 PM
Lawa ke pakai brg kemas gedabak2 gini. Nmpk x de class
Quote dua_chzy 15-4-2022 04:21 PM
Boleh tak jangan menipu di bulan Ramadhan.
Quote Kurex 15-4-2022 04:22 PM
Nampak murah.. nak pulak ipah yg pakai, terus nampak mcm zhulian
Quote doubleA 15-4-2022 04:24 PM
Tak semestinya besar tu lawa. Barang emas ni eksklusif, tak bermakna besar tu ori emas atau padat. Marketing strategy membodohkan diri gini la
Quote kuzaime 15-4-2022 04:30 PM
Biasa tgk design2 mcm ni jenis hollow bukan padu. Pakai nak melaram aje bolehlah. Tapi emas harga tgh gila mahal skrg..jenis hollow pun makan modal jugak kalau nak beli.
Quote sleepandream 15-4-2022 06:14 PM
mcm che ta dah... mcm rantai lombuuuuu
Quote nolya 15-4-2022 09:45 PM
Sejak balek umrah, makin besar2 barang emas dia ye.
Quote sunshinelady 15-4-2022 09:54 PM
tayang segala kemewahan supaya semua org kagum dgn kejayaan dia n so nak join MLM dia? dia anggap mentality rakyat mcm ni la kot. amboi mulia betul pemikirian
Quote missyL 15-4-2022 10:43 PM
watymuchaz replied at 15-4-2022 04:13 PM
Lawa ke pakai brg kemas gedabak2 gini. Nmpk x de class

Buruk u. Huuu
Quote hyie 15-4-2022 10:49 PM
bukan ke si seripah ni berkelubong di musim remdan sebelum2 ni? tahun ni tak buat ke chuols? tiber
Quote Orix 15-4-2022 10:52 PM
Umur dia ni brp ek ? Terigt cerita dia jd mak2 slot samarinda cite bulan puasa dulu2 rs mcm dh lama nau
Quote slyfynx 15-4-2022 11:13 PM
Sedih. Nk orang puji die kaye.
Tp xde sape nk puji.
So kene la jaja yang die pakai barang mahal sampai kene upahpengawal, supaya org terpengaruh nk join bisnes sampah ko.
Gi Mekah pun perangai hazab
Quote Cleocatra 15-4-2022 11:17 PM
Red mami nak jadi macam ipa raziah la kot.
Pesen pun sama2 hauk
Quote dudaberhias 15-4-2022 11:27 PM
nampak macam gelang tikam2 singgit kat mesin kapsul budak2 main tu bila dia pakai...
Quote hungryhenry 15-4-2022 11:27 PM
Tempat cuci duit ke?
Quote matbad 16-4-2022 12:13 AM
antara org yg pakai benda mahal tp nmpak busuk dan murah gila dan fake adalah beliau

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.146599 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top