CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Eee Kenapa Makan Tu?" - Ramai Geli Tiz Zaqyah Belanja Gambar Makan Ulat

16-4-2022 01:13 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2261| Komen: 2|Original author: Cinta Erina

Description: "Eee Kenapa Makan Tu?" - Ramai Geli Tiz Zaqyah Belanja Gambar Makan Ulat
Sumber: Instagram Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah baru-baru ini memuat naik satu perkongsian di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, kelihatan Tiz Zaqyah sedang 'makan' ubat roti dengan nasi.

 Hal ini telah menyebabkan ramai netizen yang mempersoalkan tindakan pelakon cantik ini. Siapa yang tidak geli dengan ulat ini. Nak pegang pun teragak-agak, inikan pula nak makan.

Posting yang dimuatnaik itu memaparkan beberapa gambar dan video Tiz Zaqyah seolah-olah memakan ulat. Kapsyen yang ditulis oleh pelakon ini menyebabkan netizen tertanya-tanya adakah dia sanggup memakan ulat itu. 



"Kudapan malam. Adakah anda sanggup meletakkan ia di dalam mulut anda? TIDAK."

Menerusi ruangan komen. Rata-rata rakan artis termasuklah Tiara Jacquelina mempersoalkan mengapa Tiz Zaqyah boleh membuat keputusan untuk memakan ulat itu. Peminat juga saling berkongsi pendapat bahawa mereka sangat geli dengan ulat itu dan tidak akan sesekali memegang ulat itu. 

Rupa-rupanya, pelakon cantik ini tidak makan ulat roti. Semuanya hanya lakonan semata kerana gambar dan video yang dimuatnaik itu merupakan salah satu babak lakonannya dalam telemovie Sakanak yang akan ditayangkan pada hari raya nanti. - CARI

Sumber: Instagram Tiz Zaqyah


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-4-2022 11:48 PM
Tgk muka pon tau x kan sanggup mkn
Quote BawangCaramel 18-4-2022 08:11 AM
IMG_20220414_221759_246.jpg

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.111162 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top