CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Nak 'date' Dengan Noh Gitau Je" – Fara Fauzana Sedia Jadi 'Nanny' Anak Mizz Nina

5-4-2022 12:21 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2874| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Description: Baru-baru ini, pendakwah Mizz Nina memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya, menitipkan rasa syukur dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya terutamanya ketika bulan Ramadan.
Sumber: Instagram Mizz Nina


Baru-baru ini, pendakwah Mizz Nina memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya, menitipkan rasa syukur dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya terutamanya ketika bulan Ramadan.

Sumber: Instagram Mizz Nina


Menerusi kapsyen posting itu, Mizz Nina berkata, ujian diberikan Allah SWT untuk menguji orang-orang yang paling dikasihi-Nya untuk melihat bagaimana kita menghadapi ujian-ujian itu. 

Sumber: Instagram Mizz Nina

Menurut Mizz Nina, sebagai seorang manusia kita sering kali tersesat dan kadangkala terlupa tentang hikmah dan kebaikan di sebalik ujian yang diberikan serta bagaimana Allah menghapus dosa-dosa kita dari setiap air mata yang jatuh dan juga setiap kesakitan yang kita hadapi. 

Tambahnya, ujian yang kita rasai akan menyucikan diri kita sendiri. Kadangkala kita perlu merasai kesakitan supaya boleh menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mengakui kekurangan kita dan berserah diri kepada Allah.

Mizz Nina juga berdoa agar Tuhan mengizinkan dirinya dapat menyambut bulan Ramadan ini dengan hati yang lebih lembut dan bersedia untuk beribadah. 

Hidup Mizz Nina juga semakin berbeza sejak bergelar seorang ibu dan katanya, dia tidak sabar untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya yang dinamakan Musa.

Sumber: Instagram Mizz Nina

Sekadar info untuk semua, awal tahun ini Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh telah memperkenalkan Musa sebagai anak angkat mereka. Keputusan mereka untuk mengambil anak angkat dibuat selepas pelbagai rawatan dilakukan untuk memperoleh zuriat gagal.

Meninjau ke ruangan komen, kelihatan pelbagai reaksi positif diberikan berkenaan ayat yang ditulis oleh Mizz Nina. Namun, yang menarik perhatian netizen adalah komen yang dituliskan oleh pengacara popular iaitu Fara Fauzana. - CARI

Sumber: Instagram Mizz Nina


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 5-4-2022 12:43 PM
Mizz nina muka bare face tak nampak kepam @ haukkkk .... simple je aura org kaya
Quote babelina 5-4-2022 12:49 PM
moga kehadiran sikecil tu menambah kebahagian utk Mizz Nina & Noh..amin yra..
Quote prince_marhaen 5-4-2022 01:47 PM
nanny fafau jaga baby bersama nanny xila rambutan amxia, nanny zara gigi mentos zya, ngan nanny jihan makeover muse ke tuuuuu?
Quote missyL 5-4-2022 10:48 PM
makadek: Mizz nina muka bare face tak n ...



Sbb die org baik2 kot
Plak tu jenis mind her own business
Muka pn nmpk helok je
Quote missyL 5-4-2022 10:48 PM
prince_marhaen replied at 5-4-2022 01:47 PM
nanny fafau jaga baby bersama nanny xila rambutan amxia, nanny zara gigi mentos zya, ngan nanny jiha ...

Hahahahah
Geng kan dieorg
Quote cupu 5-4-2022 11:05 PM
Baca tajuk aku ingat fara nk jd org ke3...lega bila baca abes. Antara artis yg aku selalu doa spy dpt baby mizznina dan elizad.nmpk sgt diaorg betul2 usaha nk baby.
Quote cikgojesss 5-4-2022 11:12 PM
sedapnya dapat noh.. very the lazat tahap infiniti
Quote timah03 5-4-2022 11:23 PM
makadek replied at 5-4-2022 12:43 PM
Mizz nina muka bare face tak nampak kepam @ haukkkk .... simple je aura org kaya

Lepas tu dia berhijrah yg tak selekeh kan pakaian dia..
Walaupun pakai hitam tapi nampak kemas...
Quote sayawifenikmie 5-4-2022 11:25 PM
-- rezeki baby tu jadi angkat mak ayah kaya raya --- moga menjadi anak yg soleh.
Quote AnnaSendin 7-4-2022 02:15 PM
Kokspin diwhoareyouskan?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.117341 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top