CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mira Filzah Ambil Kelas Antenatal, Dah Sarat Tapi Masih Kuat Kerja Dari Pagi Sampai Malam

5-4-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2076| Komen: 7

Description: Mira Filzah mengambil kelas antenatal iaitu kelas ibu mengandung sebagai persediaan sebelum bersalin yang dijangka pada awal Mei ini.
Foto: IG


Mira Filzah mengambil kelas antenatal iaitu kelas ibu mengandung sebagai persediaan sebelum bersalin yang dijangka pada awal Mei ini.

Mira, 29, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dengan usia kandungan sudah mencecah lebih lapan bulan, dia juga lebih bersedia dari segi mental dan fizikal terutama sepanjang Ramadan ini.



"Dari segi persediaan kelengkapan bayi, saya dan suami pun tak bersedia apa-apa lagi. Saya juga sedang sibuk. Kadang-kadang bila seharian menjalani penggambaran esok tu memang akan penat. Begitu juga suami.

"Cuma, dari segi persediaan peribadi, saya ada tempah kelas antenatal iaitu kelas persediaan sebelum bersalin dan juga kelas penyusuan susu ibu. Saya ada ambil kelas itu secara 'private session'. Kelas itu akan bermula dalam bulan ini selepas semua kerja saya selesai," katanya kepada Harian Metro.



Berkongsi mengenai keadaan dirinya yang masih bekerja walaupun sedang sarat mengandung, Mira berkata, dia masih larat dan kuat.

"Selalu apabila saya pergi kerja suami akan hantar dan ambil. Dari segi kesihatan saya okay, maksudnya saya cergas untuk kerja seharian walaupun penggambaran dari pagi sampai malam. Suami lega sedikit bila tengok keadaan saya dalam keadaan baik.

"Dia sentiasa mesej tanya keadaan dan lain-lain. Dia selalu pesan suruh jaga diri macam tu," katanya.




Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar berkahwin pada 3 September 2020. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deebiz14 5-4-2022 12:58 PM
Shape muka sheols nampak pelik dah.
Dah tak basic.

Semoga sehat2 lah sheols dan baby. Selamat bersalin.
Quote bintangct 5-4-2022 09:12 PM
deebiz14 replied at 5-4-2022 12:58 PM
Shape muka sheols nampak pelik dah.
Dah tak basic.


kan.. kenapa muka dia makin tirus.. bukan ke org preggy muka akan sembam berseri pipi naik
tp dia ni makin cengkung.. muka sakit Ke seri dia jatuh ke anak?
Quote orkid_amani 5-4-2022 09:25 PM
Serious la dia tak prepared apa lagi barang baby?
Normally bila dah 32w nes akn tanya barang baby dah prepared belum..beg hospital dah ready belum
Quote chaos_sweetly 5-4-2022 11:14 PM
Lepas kawen makin kuat kerja pulak mf.tgk muka mcm haggard ya…
Quote adelea 5-4-2022 11:24 PM
Edited by adelea at 6-4-2022 08:47 AM

Walaupun aku gila gila x suka mira masa dia mengedik dgn ben amir ....

Tapi aku harap netizen xde la bodo bangang p ckp dia keje utk kelansungan tok uban

Mira ni jenis kuat kerja ...
Jadi wpun dah kawen she akan ambik masa utk slowdown dgn keje keje dia ....

Aku doakan dia beranak dgn selamat
Lahirkan sepupu yg comel utk umar ...
Aminn

Quote ctnorpropa 5-4-2022 11:27 PM
Tak fahamla pregnant 32w tapi nampak slim bethol si mira ni. Bestnya pregnant nampak slim camni
Quote deebiz14 6-4-2022 01:15 PM
bintangct replied at 5-4-2022 09:12 PM
kan.. kenapa muka dia makin tirus.. bukan ke org preggy muka akan sembam berseri pipi naik
tp dia  ...

Pembawakan budak la gaknye tu. Takde seri nak jadi mak budak.
InshaAllah da branak tu naik la seri jadi mak tu balek gaknye.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.197638 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top