CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lebih 400 Pokok Durian Musang King Aliff Syukri Mati

5-4-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3054| Komen: 22

Description: Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia banyak mengutip pengalaman dalam usaha menjadi petai berjaya apabila 400 pohon Durian jenis Musang King yang ditanam mati.
Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia banyak mengutip pengalaman dalam usaha menjadi petai berjaya apabila 400 pohon Durian jenis Musang King yang ditanam mati.


Situasi yang berlaku juga membuatkan dirinya lebih faham mengapa durian dari jenis berkenaan lebih mahal berbanding yang lain.


Foto: IG

“Kini durian saya dah 5 bulan. Syukur walapun lebih 400 pokok durian saya mati tapi saya happy sangat. Sebab ini semua pengalaman, menjadikan saya lebih matang menjadi petani,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan Aliff menerusi entri terkininya di Instagram.




“Dulu saya tak faham kenapa buah durian Musang King ini mahal sangat. Tapi bila saya dah tanam pokok ni baru tau. Bukan senang nak jaga pokok durian ni.

“Ada 1001 masalah. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku untuk menjadi seorang petani durian Musang King berjaya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran tetap saya tempuhi demi impian di hari tua,” tulisnya. -CARI



Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 5-4-2022 11:37 AM
wowww kaya raya ekkk luasnya tanah dia sampai boleh tanam lebih 400 pokok durian tu...
hebatt laaa...
Quote annehuda 5-4-2022 11:42 AM
ni ceroboh tanah kerajaan jugak mcm kes tanah aina tu ke?
Quote Rockafella 5-4-2022 11:43 AM
Dia nak jadi petai ke? Dah bosan jadi manusia?
Quote Adrif 5-4-2022 12:12 PM
aku tanam main-main, dalam 10 anak pokok pun kena sabotaj. bukan nak buat jual, nak buat makan family je.

4 hilang, disyaki kena curi. selebihnya mati kena racun. pelik sungguh la manusia ni  

tapi doa orang teraniaya dimakbulkan ya. awas
Quote winstonpepel 5-4-2022 12:31 PM
Adrif replied at 5-4-2022 05:12 AM
aku tanam main-main, dalam 10 anak pokok pun kena sabotaj. bukan nak buat jual, nak buat makan famil ...

busuk nya hati. sapa la duk pedajal chuols tu.
nak buat makan2 sendiri je pun.
Quote hareeeesah 5-4-2022 12:33 PM
annehuda: ni ceroboh tanah kerajaan juga ...


Tanah aina yg tepi highway tu ke chuols?
Quote supernaturalee 5-4-2022 12:34 PM
Adrif replied at 5-4-2022 12:12 PM
aku tanam main-main, dalam 10 anak pokok pun kena sabotaj. bukan nak buat jual, nak buat makan famil ...

tak tag kot yg ni utk mkn sndri2 je

lg 1 kena tag, alif lam lam ha, sape curi berdosa







Quote makadek 5-4-2022 12:37 PM
2 pokok dpn rumah aku duk berbunga tp tk berbuah 3 pokok aku tanam blkng rumah hidup segan mati tkmo
Quote deebiz14 5-4-2022 12:50 PM
Pehal  la plak nak jadi 'petai' ?
Quote asfaz 5-4-2022 12:55 PM
Pokok durian ni susah sikit nak jaga kan.
Rumah mentua ai ada pokok durian. Susah nak berbuah. Masa pkp lebat lak berbuah
Biras bawak bapak mentua pergi vaksin dpt la bawak seguni durian .merasa la jugak
Pokok durian pak memtua ai,org sedap2 aje amik macam rete sendiri (lama sebelum covid). Siap ckap  dengan mentua ai ,pokok mana buah sedap.
Quote dekmieDandy 5-4-2022 12:56 PM
musang king ni memang susah sikit nak bela kan

dari anak pokok sampai besar, dia memang manja

tazzabar nak tengok tolip jadi petai
Quote Adrif 5-4-2022 01:06 PM
winstonpepel replied at 5-4-2022 12:31 PM
busuk nya hati. sapa la duk pedajal chuols tu.
nak buat makan2 sendiri je pun.

entah. malas nak cari sapa yang curi. padahal tanam kat tanah sendiri, bukannya kat tanah orang, atau tanam bersepah.
Quote Rogue98 5-4-2022 01:24 PM
Dia nak jadi petai ke petani?
Quote sharlenetexas 5-4-2022 04:04 PM
Bolehlah buat content. Asalkan tak tanam ganja kalau bukan ansk vt.

Quote sharlenetexas 5-4-2022 04:05 PM
annehuda replied at 5-4-2022 11:42 AM
ni ceroboh tanah kerajaan jugak mcm kes tanah aina tu ke?

Apa cite tanah aina ni uols?

Quote laksmanabentan 5-4-2022 04:09 PM
sharlenetexas replied at 5-4-2022 04:05 PM
Apa cite tanah aina ni uols?


ini uoollss...

https://www.freemalaysiatoday.co ... an-tanpa-kebenaran/

Quote eyansss 5-4-2022 05:05 PM
cara dia cerita macam la dia yang membajak, menyemai, membaja, menanam, menyiram, menjaga tetiap hari…  hehehe..
Quote eyansss 5-4-2022 05:08 PM
laksmanabentan replied at 5-4-2022 04:09 PM
ini uoollss...

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/15/presiden-pe ...

woahhh...  dia bina atas tanah kerajaan rupanya...
Quote Belibis 5-4-2022 05:17 PM
eyansss replied at 5-4-2022 05:05 PM
cara dia cerita macam la dia yang membajak, menyemai, membaja, menanam, menyiram, menjaga tetiap har ...

Macam baru kenal terlajak laris jer ko ni...sembang mesti la padu..walaupun dia hanya pergi bila tau pokok tu mati jer..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055764 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top