CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan K-Pop, BigBang Bakal Gegar Stadium Putra Bukit Jalil Minggu Ini

24-7-2015 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5214| Komen: 16

Description: Bermula hari ini, selama dua hari, stadium Putra Bukit Jalil bakal gegar dengan kemunculan kumpulan K-Pop terkenal, Big Bang yang terdiri daripada lima anak muda iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesun ...

Oleh : LTS


sumber foto : http://static.bmalaysia.com/


Saat yang dinanti-nantikan para peminat kumpulan K-Pop! 


Bermula hari ini, selama dua hari, iaitu 24 dan 25 Julai, stadium Putra Bukit Jalil bakal digegar dengan kemunculan kumpulan K-Pop terkenal, Big Bang yang terdiri daripada lima anak muda iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung, dan Seungri.


Difahamkan setakat ini tiket acara BigBang 2015 World Tour [Made] In Malaysia pada 25 Julai ini telah pun habis dijual manakala tiket pada 24 Julai juga hampir habis dijual.


Menurut wakil penganjur IME Productions, Rachel, Malaysia merupakan negara keenam lokasi konsert jelajah kumpulan itu selepas Korea Selatan, China, Hong Kong, Thailand dan Singapura. 


Terkenal dengan lagu hits mereka "Haru-Haru" dan "Fantastic Baby" yang mendapat tontonan lebih 150 juta di YouTube, Kumpulan K-Pop terkenal itu dijangka bakal menarik sejumlah besar peminat antarabangsa ke Malaysia. - CARI Infonet
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 24-7-2015 09:00 AM
ramai la minah2 melayu perasan kpop berair-air......
Quote gaara_X 24-7-2015 09:03 AM
ngan lupa semai benih sekali.....hihkhihhkk
Quote MengkuduMasam 24-7-2015 09:06 AM
BBNU penuh laa nanti...

merembes je suma.... basah lencun abis nanti...
Quote kecimpret 24-7-2015 09:13 AM
konsert sarkas ni ultras malaya x mau wat kempen boikot ka


Quote AbukRokok 24-7-2015 10:34 AM
satu lagi gelombang melayu tergugat dgn kpop akn melanda
Quote aderaderker 24-7-2015 10:37 AM
Big bang ni aku kenal masa dorang join running man jah..
Lagu dorang haram tatau..
Quote fifie_olin 24-7-2015 10:38 AM
kwn aku ckp bau depa ni semcam ...hanyirr sbb suke mkn benda mentah...
Quote bellaa 24-7-2015 10:53 AM
suka lagu bigbang-monster..

menyentuh perasaan..

[youtube]btDd9rOlc2k[/youtube]
Quote zjen 24-7-2015 11:09 AM
ni kumpulan jantan ke tiner,  ada bebird punya tak   


sori la,  iols sellalu konpius jantina K-pop,  memandangkan FANS K-POP ramai LGBT
Quote kechikchomel 24-7-2015 11:11 AM
apesal sampai 2 hari konsert?
Quote R2D2 25-7-2015 06:21 PM
Konsert BigBang: Doktor Rusia sanggup ke Malaysia

SEORANG wanita Rusia sanggup menempuh penerbangan sejauh lebih 8,000 kilometer selama 10 jam dari Moscow ke Malaysia semata-mata untuk menonton persembahan kumpulan muzik kegemarannya dari Korea, BigBang, di sini.

Alina Emelianenko, 31, memberitahu Bernama beliau membelanjakan sebahagian besar pendapatannya untuk menonton persembahan secara langsung  kumpulan itu dalam konsert '2015 World Tour (Made) in Malaysia' pada 24 dan 24 Julai di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.

Doktor gigi itu berkata beliau akan berada di Malaysia selama seminggu sebelum pulang ke tanah airnya.

"Saya mengikuti siri jelajah mereka sejak destinasi pertama lagi iaitu di Korea, sebelum ke Jepun, Singapura dan sekarang di Malaysia," katanya dengan nada gembira ketika ditemui di Stadium Putra malam tadi.

Seorang lagi peminat tegar kumpulan muzik lelaki itu, Fajer Khalid, dari Kuwait, berkata beliau dan keluarganya mungkin tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak kerana ingin menonton konsert BigBang di sini.

"Saya amat meminati kumpulan ini dan sangat menggemari muzik mereka. Oleh kerana mereka tidak mengadakan persembahan di Kuwait, maka terpaksalah saya mengajak keluarga saya berkunjung ke Malaysia agar saya dapat menonton konsert mereka secara langsung, sambil melawat tempat menarik di Malaysia," kata wanita berusia 21 tahun itu.

Emelianenko dan Fajer adalah antara 2,800 peminat antarabangsa kumpulan k-pop BigBang, yang datang ke Malaysia untuk menonton konsert selama dua hari itu, kata Malaysia Major Events (MME), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.  

Eksekutif Perhubungan Awam dan Komunikasi MME, Gaya Subramaniam, berkata perkara itu membuktikan bahawa penganjuran sesuatu acara besar boleh menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan negara ini memandangkan para pelancong dianggar membelanjakan RM15.3 juta sempena acara itu.

"Konsert antarabangsa seprti ini sudah tentu akan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi acara atau hab bagi konsert antarabangsa dan acara berasaskan gaya hidup, di samping menggalakkan penonton melanjutkan tempoh mereka berada di negara ini untuk melawat tempat menarik," katanya. - Bernama
Quote mystica 25-7-2015 06:27 PM
bellaa replied at 24-7-2015 10:53 AM
suka lagu bigbang-monster..

menyentuh perasaan..

best giler lagu ni. one of the best kpop song aku pernah dgr,.

lagu big bang2 yg baru2 mcm tak best jer...
Quote R2D2 25-7-2015 06:33 PM
Jadikan konsert Kpop hari ini sebagai kertas litmus agamawan – Ashraff Nazrin



Hari ini akan berlangsung satu lagi konsert yang membawakan artis Korea (Kumpulan Big Bang) sebagai penghibur untuk anak muda di Malaysia. Dan seperti biasa, satu minggu ini jugalah akan penuh dengan tulisan, kempen, bantahan terhadap konsert ini di media-media alternatif. Kempen-kempen dan tulisan seperti ini selalunya dijuarai golongan anak muda dan mahasiswa mewakili persatuan Islam masing-masing.

Tulisan ini bukan ingin merendahkan usaha-usaha anak muda dan mahasiswa yang terlibat dalam niat ingin menghentikan budaya hedonisme seperti ini, tetapi ingin mengambil sudut pandang yang sedikit berbeza dari perkara yang setiap tahun berulang.

Setiap tahun apabila adanya konsert-konsert Korea seperti ini tulisan yang sama akan memenuhi media massa. "Belia tolak Kpop!", "Mahasiswa tolak hedonisme!" dan sebagainya.

Persoalannya di sini, ke mana para agamawan dan mahasiswa Islam kita pergi ketika dalam tempoh setahun sebelum konsert yang akan datang menyergah ke Malaysia? Berapa banyak sesi penerangan yang dibuat persatuan-persatuan yang berautoriti dan dilihat jaguh ketika konsert ini berlangsung? Adakah persatuan-persatuan yang dilihat dominan ini sibuk dengan politik negara sehingga terlupa menyentuh hati mad'u dari kelompok hiburan?

Kelompok hiburan seperti ini seperti dilupakan selama setahun, kemudian apabila hadir Konsert seperti ini sekali atau dua kali dalam setahun, masyarakat, terutamanya golongan agamawan terus menerkam dan menyalahkan perbuatan mereka tanpa belas. Mungkin golongan ini memerlukan perhatian, dan Kerajaan Malaysia menyediakan ruang perhatian tersebut untuk di ambil para agamawan sebagai satu platform untuk menyantuni golongan sebegini. Mungkin ini satu metodologi baru. Mungkin ini satu teori. Mungkin ini boleh salah, tapi kecaman setiap tahun yang boleh menjauhi golongan tersebut daripada agama sudah tentu salah dan tidak boleh terus diulang.

Konsert hari ini sangat sesuai dijadikan kertas litmus untuk tujuan menguji sama ada Jabatan-jabatan, NGO-NGO, Persatuan-Persatuan dan Mahasiswa Islam yang mempunyai kesedaran terhadap agama benar-benar menjalankan tugas mereka selama tempoh sebelum konsert ini berlangsung.

Ujian seperti adakah penganjur konsert tersebut menyediakan garis panduan berpakaian terhadap artis, waktu penganjuran tidak menganggu waktu solat, pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita dan sebagainya adalah ujian yang boleh kita nilai secara realistik. Sekiranya agamawan kita berjaya mendidik sebelum ini, perkara ini sudah semestinya akan dilakukan penganjur tanpa sebarang peringatan. – 25 Julai, 2015.
Quote Mary_jane 25-7-2015 06:36 PM
Best je lagu fantastic baby they all. Bbnu layak lah berpusu2. Yang dah kertu mertu tu tolong tepi sikit.
Quote bellaa 25-7-2015 06:40 PM
mystica replied at 25-7-2015 06:27 PM
best giler lagu ni. one of the best kpop song aku pernah dgr,.

lagu big bang2 yg baru2 mcm tak ...

BIGBANG - LOSER

[youtube]1CTced9CMMk[/youtube]

buley tahan gak lagu nih sis.. try layan dulu

Quote azrain98 25-7-2015 07:00 PM
meh aku spam lagu2 baru big bang....

[youtube]2ips2mM7Zqw[/youtube]

[youtube]MBNQgq56egk[/youtube]

[youtube]oFmfi1vM7co[/youtube]

[youtube]TKD03uPVD-Q[/youtube]

[youtube]_GgiFwpEkcw[/youtube]

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.325688 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top