CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Universiti Malaysia Mencapai Kedudukan 1,000 Teratas Dunia

18-7-2015 01:10 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4917| Komen: 0

Description: Tiga institusi pengajian tinggi di Malaysia ditempatkan antara 1,000 universiti teratas dunia dalam Centre of World University Rankings (CWUR), dengan Universiti Sains Malaysia (USM) terunggul di kala ...

sumber foto : http://www.unesco.org/


Tiga institusi pengajian tinggi di Malaysia ditempatkan antara 1,000 universiti teratas dunia dalam Centre of World University Rankings (CWUR), dengan Universiti Sains Malaysia (USM) terunggul di kalangan mereka.

USM ditempatkan di tangga 482 manakala universiti tertua Malaysia Universiti Malaya (UM) mengambil kedudukan ke-498, diikuti Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat 610.

Bagaimanapun, kedudukan USM dan UM jatuh berbanding kedudukan mereka pada tahun lepas. USM berada di kedudukan 315 pada 2014 dan UM di 492 manakala UPM bertambah baik kedudukannya, naik daripada kedudukan ke778 tahun lepas.

"CWUR menerbitkan satu-satunya kedudukan universiti global yang mengukur kualiti pendidikan dan latihan pelajar serta memartabatkan ahli-ahli fakulti dan kualiti penyelidikan mereka tanpa bergantung kepada tinjauan dan penyerahan data universiti," kata presidennya Nadim Mahassen.


Antara lapan petunjuknya adalah kualiti pendidikan, dinilai dengan jumlah alumni universiti itu yang memenangi anugerah antarabangsa; pekerjaan, dinilai dengan jumlah bekas pelajarnya yang memegang jawatan ketua pegawai eksekutif; kualiti fakulti, bilangan ahli akademik yang memenangi hadiah; dan lain-lain, termasuk penerbitan, penanda rujukan dan paten.

CWUR merupakan sebuah organisasi perunding berpangkalan di Arab Saudi dan menerbitkan kedudukan tahunan universiti dunia sejak 2012.


sumber : http://www.themalaysianinsider.com/
11

Bagus
4

Marah
20

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.177573 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top