CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KL Tower Mini Zoo Yang Menyeronokan!

16-7-2015 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5574| Komen: 2

Description: KL Tower Mini Zoo memberi kelainan ke atas kehidupan pusatbandaraya yang sibuk, sedikit demi sedikit membawa pengunjung masuk ke alam semulajadi yang dipenuhi habitat haiwan yang menceriakan. ...

Artikel : LOO TUNG SEANG
Video : Teo Chong Chiek
Diterbitkan : 16 Julai 2015





Di zaman canggih ini, setiap orang hanya melekat dengan produk elektronik yang penuh dengan pelbagai daya tarikan khususnya telefon bimbit. 

Entah-entah jika di tanya mengenai zoo pasti ramai yang terus google gambar-gambar zoo.

Sejak kecil sehingga sekarang, agak-agaknya berapa lama sudah anda tidak pergi zoo?

Jangan bimbang, sekarang anda diberi peluang merasai keseronokan di zoo dan mengenang kembali perasaan dan saat kegembiraan zaman kanak-kanak.

Jika beranggapan zoo yang dibina di kawasan pusat bandaraya adalah kurang menarik, memang silap besar buat anda.

KL Tower Mini Zoo memberi kelainan ke atas kehidupan pusat bandaraya yang sibuk, sedikit demi sedikit membawa pengunjung masuk ke alam semulajadi yang dipenuhi habitat haiwan yang menceriakan.

Zoo mini ini dibahagikan kepada dua iatu bahagian dalam dan bahagianluaran. Masuk sahaja di bahagian dalaman, kedatangan anda akan disambut oleh burung kakak tua dan arnab.

Ketika itu, anda perlu berhati-hati kerana penempatan haiwan-haiwan di situadalah secara terbuka, jadi berkemungkinan terdapat haiwan yangbersaiz kecil sedang berehat di sebelah kaki anda.

Bergerak masuk ke hadapan sedikit, selain sekumpulan monyet dan tupai sedang melompat-lompat di dalam sangkar serta haiwan yang paling digemari iaitu Jerboa yang bersaiz sebesar tapak tangan.

Berjalan terus ke luar, anda akan nampak kambing, emu dan kuda yang paling kecil di dunia iaitu Kuda Farah Beira,

Tidak jauh dari situ terdapat kawasan burung kakak tua,selain Sun Parrot yang bersaiz badan kecil, terdapat juga pelbagai jenis burung merpati yang cantik.

Di samping itu, pegawai zoo mini yang bertugas akan memberi penjelasan buat pengunjung termasuk juga membekalkan makanan untuk pengunjung merasai keseronokan memberi makan kepada haiwan-haiwan di situ.

Aktiviti 'Longkang Fishing' merupakan kawasan yang paling digemari oleh budak-budak khususnya dan amnya dewasa keran ia memberi pengalaman seolah-olah berada di kampung sekaligus merasai keseronokan menangkap ikan

Jeng…jeng…jeng, saat-saat yang dinanti-nantikan oleh semua pengunjung iaitu kawasan arnab dan Guinea Pigs. 

Apabila pintu kayu dibuka, anda akan dikelilingi sekumpulan arnab dan Guinea Pigs dan anda boleh memberi makanan sambil membelai haiwan tersebut.

Kalau rasa nak mendukung arnab itu adalah wajar mendapatkan tunjuk ajar cara memegangkan arnab yang betul daripada pegawai yang bertugas.

Bagi mereka yang penat berjalan boleh duduk di kerusi yang disediakan untuk berehat. 

Terdapat juga kedai yang menjual barangan cenderhati untuk pengunjung bawa balik sebagai kenangan atau buah tangan untuk kawan.

Jom luangkan masa mengunjung KL Tower Mini Zoo bagi merasai sendiri suasana alam semulajadi dan keriangan haiwan yang comel di tengah-tengah bandarya Kuala Lumpur. - CARI Infonet




16

Bagus
25

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 16-7-2015 05:50 PM
Knp x kembalikan balik kereta kabel bukit nanas tu.  
Quote tricomonas 16-7-2015 06:42 PM
Tak best ponnn

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.345287 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top