CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Dan Bella Astillah Tunai Umrah, Berangkat Hari Ini

9-2-2022 05:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4074| Komen: 36|Original author: Tatod

Description: Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Umrah bersama isterinya, Bella Astillah, pada hari ini.Menerusi Instagram, pemenang program Gegar V ...

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Umrah bersama isterinya, Bella Astillah, pada hari ini.

Menerusi Instagram, pemenang program Gegar Vaganza musim ke-8 itu memaklumkan ini adalah kali pertama mereka menunaikan ibadah berkenaan.

"Kepada yang pernah terguris hati dengan perbuatan saya, mohon dimaafkan. 

"Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati Allah dan menjadi sebab kebaikan buat kita semua," katanya.




Turut berangkat sama ialah kedua ibu bapa mentua Aliff, Awang Astillah dan Zarinah.

Sementara itu, Bella terharu kerana impiannya untuk membawa kedua orang tuanya ke Tanah Suci akhirnya tercapai.

"Inilah impian saja sejak dari sekolah. Bahagia rasanya apabila dapat pergi bersama-sama mama dan ayah.

"Semoga ini menjadi permulaan tahun baharu yang baik buat kita semua," katanya.



Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 16 Mei 2020 tetapi rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.



Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 9-2-2022 06:30 PM
Moga balik umrah nti bella tak terkinja2 lg
Quote ira_229 9-2-2022 07:23 PM
semuga dipermudahkan dan mendapat umrah yg mabrur.
Quote Suchi 9-2-2022 08:01 PM
Muda lagi mak ayah bella tu ye..semoga mendapat umrah yg mabrur.
Quote kiah_mai_pulak 9-2-2022 08:59 PM
si bellahhh tu berkelebung mcm tu kakiahhh still naik menyampah dgn sheozahhhh. hitamnya lahhh hati kiahh ni ya tohannnn
Quote stinger987 9-2-2022 09:07 PM
Sandal BIRKENSTOCK keww bro?
Quote stinger987 9-2-2022 09:11 PM
Sebaik baik iringan keberangkatan mu bro and your wife...stay safe semoga diterima ibadah kamu berdua disana....in syaa allah...

[youtube]OWJxfGNMPAE[/youtube]
Quote 3480 9-2-2022 09:58 PM
Semoga dipermudah urusan n mdapat umrah yg mabrur

Comey plk tgk gmbaq Bella yg last dgn asben n parent dia.. gmbaq x mekap
Quote Incanto 9-2-2022 10:02 PM
semoga di permudahkan segala urusan dan dapat umrah maqbul
Quote dua_chzy 9-2-2022 10:11 PM
Oh. Camtu rupanya rupa bapak si Bella ni yang nak ngorat kelig ai dulu.
Quote mojarean_X 9-2-2022 10:30 PM
Alhamdulillah...gembira tgk pasangan ni bahagia
Quote dr1234 10-2-2022 07:56 AM
semoga kekal bahagia hingga syurgaNya.... yang lepas jadikan pengajaran dan pengalaman untuk meneruskan kehidupan
Quote makton 10-2-2022 08:14 AM
semoga bella terus menutup aurat & stop terkinja2 kat tiktok/ig.
and alip terus wangi, jadi anak, suami & ayah yg bertanggungjwb
Quote mzzenma 10-2-2022 08:27 AM
gaya bella type caption tu mcm guna duit sheolls pula bawa parents pi umrah

tapi betul lah tu.. your money my money
sedangkan trisna pun bangga guna duit laki gaji 5k hantar ke indo
Quote stinger987 10-2-2022 08:32 AM
dua_chzy replied at 9-2-2022 10:11 PM
Oh. Camtu rupanya rupa bapak si Bella ni yang nak ngorat kelig ai dulu.

Sama tak serupa ngan pak ko keww chzy? Gelak semacam ko? Or memang kolig ko jenis uker pecah pintu?emoticon paints thousand words

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote prince_marhaen 10-2-2022 11:12 AM
Semoga Bella Founder Original Version tak feeling-feeling gadis imut remaja terkinja-kinja di socmed lagi selepas ini.....Amin..
AA jangan nak selfie selfie putik lagi ye lepas ni...
Quote mamajawie 10-2-2022 11:14 AM
x sesia si beyya bewwak kewwass ni setia namati dkat lipputik
Quote matjerk 10-2-2022 11:25 AM
Ni baru 180cm++
Yg sorang tu di claim 180++ cm..sungguh sukar utk dipercayai...
Quote laksmanabentan 10-2-2022 11:29 AM
kerna herlokk okay...
Quote makadek 10-2-2022 12:49 PM
stinger987 replied at 9-2-2022 09:11 PM
Sebaik baik iringan keberangkatan mu bro and your wife...stay safe semoga diterima ibadah kamu berdu ...

Reti pn Komen berjenis elok2
Ingat kan gila sepanjang tahun

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068814 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top