CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Hari Fasha Kuarantin Baru Tahu Siapa Kawan, Yang Paling Rapat Tu Tanya Khabar Pun Tak

9-2-2022 05:43 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12168| Komen: 139|Original author: LilRose

Description: Fasha Sandha terkilan apabila insan yang rapat dengannya seolah-olah menyisihkannya apabila menjalani kuarantin.
Fasha Sandha terkilan apabila insan yang rapat dengannya seolah-olah menyisihkannya apabila menjalani kuarantin.

Getusnya dalam hantaran di Instagram, dalam keadaan sukar baru kita tahu siapakah kawan yang betul-betul kawan.


Kredit foto: IG

Pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik hantaran berkenaan bersama video memaparkan anaknya, Putra Rayfal dan Putri Jemyma yang tamat menjalani kuarantin.

Dalam video itu, kelihatan anak-anaknya teruja dapat bertemu rakan mereka yang dari jauh berkejaran mendapatkan mereka.





Kredit foto: IG

Siap terlompat berpelukan melepaskan rindu. Sungguh menyentuh hati!

“Barulah tahu siapa yang langsung tak peduli, selalu singgah depan rumah tanya khabar. Siapa yang takut dengan kita.

“Lebih mengejutkan, yang rapat itulah yang tak peduli dan takut dengan kita. Tanya khabar pun tak,” tulisnya.



Mungkin salah faham saja dan kebetulan masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing hingga tidak sempat bertanya khabar. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 9-2-2022 05:52 PM
Edited by awanearisu at 10-2-2022 11:47 AM

Bersangka baik mungkin rakan-rakan sekolah anak juga sama-sama sedang kuarantin kendiri kerana terkait kontak rapat.

Edit: konteks ayat
Quote asamfish 9-2-2022 06:12 PM
awanearisu replied at 9-2-2022 05:52 PM
Bersangka baik mungkin rakan juga kuarantin kendiri kerana terkait kontak rapat dengan orang lain pu ...

kannn....time2 ni toksah dok sensitip sgt.....duduk hotel kuarantin pun org layan mcm pesakit kusta....padahal ribu2 kita bayar....tp kita kena paham la...covid ni mmg lain macam...so org extra berhati2....

Quote xtinkerbellx 9-2-2022 06:14 PM
Kawan rapat pon ade famili sendiri nak kena fikir.. ni soal hidup n mati kot. Xyah la nak terasa sgt
Quote annadonna 9-2-2022 06:25 PM
Gedik aihh nak mengukur friendship macam tu. Orang doakan tu dah cukup baik. Kalau ada org benci ko untung tak didoa lekas mati. Semua org ada struggle masing2. Tak perlulah entitled sangat nak orang terpaling bagi perhatian kalo ko sakit. Suami, anak dan family cukuplah bagi aku. Kawan kawan tu klu boleh aku tak nak dorang tau aku sakit.
Quote LoveSungmin 9-2-2022 06:28 PM
tembun betul si rayfal
Quote Lentera 9-2-2022 06:46 PM
kuarantin je pun kannnn.. Bukannya cobid tahap 4 pun yg nak meroyan sangat tu dah nape.. Dia expect kawan2 nak hantar beras gula susu ayam kat dia kot. Kemon pasha, be realistic sikit. Semua tu ko boleh beli online je pun
Quote Normabaru 9-2-2022 07:02 PM
Mcm laaa klu dia sihat hari2 dia nk tny kabar kawan2 bagaim.. choiii..feeling entitlement sgtt
Quote Normabaru 9-2-2022 07:02 PM
Pastu upppp utk dramatic n clout pfft
Quote doubleA 9-2-2022 07:30 PM
Adoi sentap dengan kawan2 gesek2 pipi ke. Dah kawen beranak pinak ni fokus family jelah, koser la kawan nak bff sangat pun bukan muda lagi. Dah tua banyak pengalaman hidup pun nak sentap. Biasalah ada ja friend for benefit lagi2 sebab hang retis pasah oi
Quote Bunga88 9-2-2022 07:39 PM
Different people, different kind of coping strategies. 10 hari tu pun pejam celik je. Kadang2 lepas tu ade je yang care. Kan dah awkward bila keluar statement gini.
Quote Thunderclouds 9-2-2022 07:42 PM
Hek. Quarantine is equal to hardship kaa?? Ya ampuuunnn..terasa xkena tempat dikkk. I yg noboby pn waktu kobid dlayan bak raja baik jiran2 @ family sendri/mertua. 2mggu xmasak hari2 org antaq mknan. Xmasok lg gula beras susu ayam org dok bg. Sedih idop u pasahhh
Quote naina 9-2-2022 07:48 PM
Obernya nak tacing2 kawan rapat tak tanya khabar bagai. Ko nak apa dari dia? Nak melayan ko macam ratu ke.
Quote nakkomenjugak 9-2-2022 07:48 PM
Lohhhhhhh smol matter laaaa
memang member kena 24 jam wasap jumpa ang kaaaa acik pasah oiiiii
ang kuarantin diam2 sudaaa laaaa
macam boleh mati kalau member tak bertegur
Quote sleepandream 9-2-2022 07:53 PM
eleh masa kawan rapat tu positip ke kuarantin ke dlu sheols pun entah2 bz shooting sana sini...
lainla kalau suami sheols yg buat tak kisah
Quote Asdira 9-2-2022 08:01 PM
Mengadanya giler perhatian..
bersyukurlah Allah panjangkan umur kau dan keluarga..
tak payah nak meratap hiba sgt org tak tanya kau itu ini..
Quote epuepy 9-2-2022 08:10 PM
Kenapa aku rasa no 4 tu mcm positif. Nmpk line dekat t walupn kabur. Tabah la fasha. Aku pn tgh quarantine skrg. Positive c19
Quote azimodin 9-2-2022 08:11 PM
Lol, tu pon nak sensitip. Bila masa sakit aku lagi suka x diganggu. Malas nak layan orang mesej melainkan keluarga rapat.mungkin pasah sejenis mengharap orang layan dia je
Quote belilies 9-2-2022 08:13 PM
Iols lagi curious nak tau kawan rapat sheols tu sapa. Yg iols tau, jozlynn.. rita.. sapelah????
Quote beatgirlX 9-2-2022 08:14 PM
Tgh positif hati mmg cepat jd tissue..hahaha
Tapi aku rasa skg kurang kot..dulu2 sblm vaksin mmg yg ke a down giler

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.053738 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top