CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Mengidam Kuih Raya Pukul 11 Malam, Menggelabah Ayie Floor88 Pergi Cari

9-2-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1980| Komen: 16

Description: Hamil empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba mengidam teringin untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam.
Hamil empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba mengidam teringin untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam.

Biarpun sukar mendapatkan kuih raya ketika bukan musim perayaan, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 25, berkata, dia terpaksa mengagahkan diri keluar mencari makanan itu di kedai serbaneka berhampiran.


Foto: IG

"Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari... tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari kuih dan biskut raya.

"Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur akhirnya pakcik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.


"Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja," katanya kepada mStar.



Sebelum itu menerusi Instagram, Tasha berkongsi keinginannya yang mahu menikmati kuih raya pada malam Selasa.

Meskipun ada pengikut yang membantunya mendapatkan akaun penjual, namun Tasha berkata dia tetap mahukan kuih dan biskut raya itu dengan segera.

"Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Kebanyakan penjual tak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tak laki aku jadi mangsa.



"Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku menangis tak dapat kuih raya malam ni. Aduh anak kenapa la kau mengidam benda yang susah nak cari masa sekarang ni.

"Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pakcik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya," tulisnya di Instastory.

Untuk rekod, Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 9-2-2022 04:50 PM
woww kulit ayie flawless yaaa...
Quote kiah_mai_pulak 9-2-2022 05:07 PM
menggelabah tetksss ke menggelabah teloqqq si ayi tu?
Quote nakkomenjugak 9-2-2022 07:51 PM
whoisyuhhhh??
Quote whimsicalmusic 9-2-2022 09:41 PM
Tebalnya filter mak aih..bini nya preggy 2-3mnggu tp nmpk naik sungguh perut tu
Quote mojarean_X 9-2-2022 09:45 PM
Sweetnya
Quote msel 9-2-2022 11:00 PM
Bergambar dengan upt saje dah berapa. Semua nak diupload [em:3:]

Takde maknanya anak dalam perut yang mengidam.
Quote missbigrockstar 9-2-2022 11:02 PM
Seram tgk warna mata palsu bini dia. Mcm tgh sakit mata
Quote irsa 9-2-2022 11:07 PM
Hmmmm kan aje lah,ye
Quote gekkou 10-2-2022 12:14 AM
kuih raya sentiasa je ada jual kat aeon, jaya grocer, petronas
silalah cari
Quote intan244 10-2-2022 12:39 AM
teringin buat sendiri lah.. bukannya susah sgt pon.. ngadanya la..
Quote alieyrina 10-2-2022 02:22 AM
Ok noted ...
Quote holothurian 10-2-2022 03:27 AM
hmmm.. mls nk ckp pape...
Quote RinIna 10-2-2022 08:26 AM
Overnya filter.. gagah nak nampak cantik.. tapiiii...
Quote JalaEmas 10-2-2022 08:32 AM
okeyla tuu.. kuih raya je pon die ngidam.. bende senang cari.. takdelah ngengade sgt.. bese je..
Quote stinger987 10-2-2022 08:57 AM
gekkou replied at 10-2-2022 12:14 AM
kuih raya sentiasa je ada jual kat aeon, jaya grocer, petronas
silalah cari

Raya tahun lepas punya stok aku rasa….tak terjual….yelah cobid khen?

Kahkahkahkah
Quote TabletSusu 10-2-2022 01:55 PM
mmg bila teringin nak makan waima pukul berapa pun.. kena gi cari dan2 tu jgk ke?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063033 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top