CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Pilih Tarikh 22 Feb 2022 Untuk Isteri Bersalin, Beri Nama Iskandar Rayyan Yamani

9-2-2022 06:09 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3832| Komen: 31|Original author: Oleh: Saiful

Description: Datuk Jamal Abdillah bakal menimang anak kelima tak lama lagi.
Datuk Jamal Abdillah bakal menimang anak kelima tak lama lagi.

Kata penyanyi ini dia memilih tarikh 22 Februari untuk isterinya melahirkan secara pembedahan.



Foto: IG

Malah dia juga sudah memilih nama Iskandar Rayyan Yamani untuk bayi lelaki berkenaan.

“Isteri sepatutnya bersalin pada 28 Februari, tetapi saya pilih tarikh cantik 22.02.2022.



“Kelahiran secara pembedahan. Jika tidak ada yang memudaratkan ikut cakap doktor, saya pilih tarikh itu.

“Persiapan semua sudah dilakukan. Nama anak pula saya pilih Iskandar Rayyan Yamani,” katanya kepada mStar.



Sementara itu Jamal kata dia kesian tengok Datin Zai Izzati Khiruddin yang terpaksa menguruskan dua lagi anak mereka dalam keadaan diri yang sedang sarat mengandung.

“Tak sanggup rasanya melihat isteri menjaga anak. Pembantu rumah pulak dah berhenti. Jadi semua isteri uruskan sendiri.



“Saya akan bantu apa yang patut untuk meringan beban dia.

“Memikirkan akan ada bayi baharu ada juga rasa tertekan, tetapi tetap kena jaga sebab itu anak kita."


Jamal dan Zai bernikah pada April 2017 dan mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamai,2. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nura19 9-2-2022 06:23 PM
Kejap dh 3 ank nye..
Quote luvly_snow8608 9-2-2022 06:23 PM
dah tau xlarat nak jaga anak ramai2, gigih membunting kan binik sampai beranak rapat2 dah kenapa atok oiii. nak tunjuk hang masih power ka apaaaa???

buatlah family planning. sian weh kat binik. baru lepas beranak, peknen lagi. czer pulak tuuu. eee seram pikirkan. buatnya terbukak jahitan czer time perut tgh membesar, allahu. mintak jauh
Quote Normabaru 9-2-2022 06:58 PM
Tantikkknyee dateee...full of no two tp anak no 5..hehe
Quote de_ikea 9-2-2022 07:15 PM
Datin ni cantik sgt. Dato nya power sgt.

Hasilnya deretan.
Quote doubleA 9-2-2022 07:27 PM
Dasyat setahun sorang, dah la czer. Cepat2 la cari pembantu iols dengar pun letih. Jaga toddler lagi mencabar dari newborn. Buatnya sorang selesema kang terjangkit semua haru
Quote manehnya 9-2-2022 07:36 PM
Ngaku pun letih... Ermmmm... Hadap je lah.. yg datin tu pun lg 5 thn tgk cemana
Quote Buritan 9-2-2022 07:39 PM
Aku doakan jamal ni tak mereng dgn dadah dah.. sian anak minik..
Quote nakkomenjugak 9-2-2022 07:47 PM
fuhhhhhh power sungguh tok mal
sian laaa kat minik tu haaa
tok mal pun dah tuaaaa
larat lagi keeee jaga anak kecik tok mallll
Quote makita 9-2-2022 07:50 PM
Kawan meols adik beradik dia setahun sorg. Mak dia mmg cantik la. Bapak dia pon ensem. Takkan memalam nak pandang muka je kan.
Quote Suchi 9-2-2022 07:53 PM
Edited by Suchi at 10-2-2022 06:17 AM

Stop dulu ye datin pasni pokus la besarkan anak2 sedia ada sudah la. Tok laki mung tu bukan muda lagi.
Tok jamal pun bagi la masa bini rest, anak kecik2 rapat ni penat nak mati tau.

Nih kalau bini dia tu umur dah renta elok je doc BTL terus nnt masa czer tu tp pasal dia pun muda lagi so biar dulu la kot. Tp czer pun bkn blh byk2 kan.
Cuma iols pelik gak sesetengah mak yg semua anak czer ni sebolehnya nak anak bersusun sedangkan boleh membahayakan nyawa korang gak nnt.
Baik hidup lebih lama tuk anak2 yg sedia ade berbanding sbb nk menambah anak lg tak memasal tinggalkan baby dan juga anak2 yg lain tu membesar tanpa ibu kandung.
Quote naina 9-2-2022 08:04 PM
Lepasni paksa pakai perancang la after beranak. Kita yang baca pun seram tengok. Czer rapat2. Toddlerr memang banyak kerenah oi. Iols pernah Ler yang sulung 2 tahun beranak.nombor 2. Yang nombor 2 plak perangai high demand baby. Asben plak sokmo takda kerja luar masa tu. Stress yakmat. Letih mental. Fizikal tak sangat Sebb rumah flat kecik je masa tu. Hmmm. Kenangan sungguh menyewa flat. setahun lebih ckit je cukuplaaaa.
Quote a5h91 9-2-2022 08:12 PM
Ank 1 & no 2 czer jugak k? Tak silap tarikh lahir dieorg cantik jugak.
Quote Jijoli 9-2-2022 08:19 PM
Suka ltk Yamani kat anak dia, ada darah arab kot, yg aku tau dia ni Banjar ,ramai aku jumpa Banjar kulit cam Jamal ni kuning langsat
Quote imthegirl 9-2-2022 09:45 PM
Apa ko biar anak duduk atas meja tepi macam tu adoiiiii
Quote irish_ieka 9-2-2022 11:29 PM
mak aih kaw2 die lenjan binik die. masa die beranak anak first tu sama thn ngn aku. skrg aku tk habis penat lg. dia dh masuk anak ketiga???? kegilaan apakah ini atokkk
Quote farhani87 9-2-2022 11:45 PM
Suchi replied at 9-2-2022 07:53 PM
Stop dulu ye datin pasni pokus la besarkan anak2 sedia ada sudah la. Tok laki mung tu bukan muda lag ...

Iols beranak czer.. 2 org. Mmg idok lah nak beranak berderet. Gap 3 tahun antara 1st n 2nd. Now yg 2nd dah 5 tahun.. Nak beranak lagi, tp rasa dah selesa anak besar. Tak larat nak jaga baby. ????
Quote orkidorkido 9-2-2022 11:59 PM
Senang cerita, bagitau jantina, siap bagitahu nama terus hehe .. Comel betul anak perempuan dia. Lepas ni rehatlah, consider perancang. memang letih anak tengah membesar macam ni.
Quote Suchi 10-2-2022 06:13 AM
farhani87 replied at 9-2-2022 11:45 PM
Iols beranak czer.. 2 org. Mmg idok lah nak beranak berderet. Gap 3 tahun antara 1st n 2nd. Now yg ...

Yup gitu la sepatutnya tp ramai je yg rapat2 walau czer baru abis pantang dh lekat lg maybe trend skrg ke apa taktau la sbb masa iols mmg doc suh jaga jarak kalau czer ni.
Kita plak rasa ngeri, sbb iols pun penah kene emergency czer yg iols igt amik masa gak nk bebetul hilang rasa ngilu kat luka tu dah setahun pun kadang tu kalau pegang brg berat terasa nyut2 kat situ.
Tapi itula badan memasing kot maybe dorang ok je tak sakit.
Quote buapakperut 10-2-2022 10:06 AM
Dah tua2 nak berbaby nak membuktikan kejantanan ke. Kesian budak batch yang ni ayah dah Tua.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.668843 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top