CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Daripada 6 Akaun Yang Dibekukan Milik Najib

8-7-2015 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 24180| Komen: 145

Description: Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam ...

sumber foto : http://www.ismaweb.net/


Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Berdasarkan laporan The Malaysian Insider, sumber mendedahkan 2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.

Pembekuan itu berlaku selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Khamis lepas sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.


Terdahulu hari ini, satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan pasukan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu kini membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan semalam.

Menurutnya, pasukan berkenaan turut mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 buah bank bagi membantu siasatan.


Sumber : The MalaysianInsider
10

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
24

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freebird 7-7-2015 02:07 PM
Siasatan laporan WSJ, 6 akaun bank dibekukan



Pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penyaluran wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun perdana menteri, mengeluarkan perintah pembekuan enam akaun bank dipercayai terlibat dalam kes itu.

Perintah itu dikeluarkan semalam, menurut kenyataan bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Selain itu, pasukan petugas khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan petugas khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit,” kata mereka.

Dalam kenyataan awal petang ini, mereka berkata siasatan masih berjalan dan  menyeru semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Pasukan khas itu bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas akaun diarahkan beku itu milik siapa.

The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini menggegarkan negara dengan laporan terdapat sejumlah besar dana daripada badan berkaitan 1MDB berakhir di akaun peribadi Najib di AmBank.


akaun siapakah agaknya ni??? Justo?
Quote hzln 7-7-2015 02:07 PM
patutlah org cuba masuk duit dlm akaun tuh x dapat
Quote scorpionkiki 7-7-2015 02:08 PM
Kan Katanya akaun yg terlibat dah ditutup...yg frozen ni apa pulak? Harap akaun Kak mah dibekukan jugak
Quote freebird 7-7-2015 02:09 PM
hzln replied at 7-7-2015 02:07 PM
patutlah org cuba masuk duit dlm akaun tuh x dapat

ye ke? ...ingatkan sebab dah sampai limit, macam ASB lah...dah tak boleh masuk lagi...
Quote hzln 7-7-2015 02:10 PM
scorpionkiki replied at 7-7-2015 02:08 PM
Kan Katanya akaun yg terlibat dah ditutup...yg frozen ni apa pulak? Harap akaun Kak mah dibekukan ju ...

yg dah tutup yg masuk 2.6 bilion utk pru tuh
Quote hzln 7-7-2015 02:11 PM
freebird replied at 7-7-2015 02:09 PM
ye ke? ...ingatkan sebab dah sampai limit, macam ASB lah...dah tak boleh masuk lagi...

dpt error, not authorized ka hapa ka
Quote freebird 7-7-2015 02:12 PM
ada yang baru deposit bulan february 2015....
Quote scorpionkiki 7-7-2015 02:12 PM
Harap mlm ni najib umum bercuti...biar orang lain pangku jawatan tu
Quote kecimpret 7-7-2015 02:13 PM
“Pasukan petugas khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit,” kata mereka.


Ambank langgar rules ke?
Quote scorpionkiki 7-7-2015 02:15 PM
Rasa akaun 3 company yg terlibat tu pun masuk jugak
Quote freebird 7-7-2015 02:16 PM
scorpionkiki replied at 7-7-2015 02:12 PM
Harap mlm ni najib umum bercuti...biar orang lain pangku jawatan tu

dengar khabar, cina2 kat johor dah mula berjoget riang....
wak yidin nak jadi pi emmm....
Quote Simunggu 7-7-2015 02:16 PM
kan PM dah cakap dia tak terlibat...itu account org punya..
Quote scorpionkiki 7-7-2015 02:16 PM
freebird replied at 7-7-2015 02:16 PM
dengar khabar, cina2 kat johor dah mula berjoget riang....
wak yidin nak jadi pi emmm....
...

Jenuhlah djeck Marah nanti
Quote GhostWalking 7-7-2015 02:18 PM

uitttt cek pm
Quote scorpionkiki 7-7-2015 02:18 PM
Simunggu replied at 7-7-2015 02:16 PM
kan PM dah cakap dia tak terlibat...itu account org punya..

Bila pulak pm kata dia tak terlibat...? Dia hanya kata dia tak guna duit utk kegunaan peribadi. Besar perbezaan tu
Quote petola 7-7-2015 02:19 PM

kelihatannya begitulah..

Quote Changa 7-7-2015 02:20 PM
scorpionkiki replied at 7-7-2015 02:12 PM
Harap mlm ni najib umum bercuti...biar orang lain pangku jawatan tu

yg dewan negara buat perhimpunan tergempar tgh hari tadi kesah apa pula?
katanya di panggil oleh ketua pembangkang.

mmg konsep gitu eh parlimen sis?
ketua pembangkang mmg boleh panggil buat sidang??
Quote scorpionkiki 7-7-2015 02:22 PM
Changa replied at 7-7-2015 02:20 PM
yg dewan negara buat perhimpunan tergempar tgh hari tadi kesah apa pula?
katanya di panggil oleh  ...

Entahla kak...smlm kit siang ada cakap nak buat meeting
Quote shi_jewel 7-7-2015 02:22 PM
x dpt nk raye...

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.058818 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top