CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Trader" Lelaki Ajar Ayat Mampu Pikat Awek, Tapi Netizen Perasan Benda Lain

24-1-2022 05:45 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4698| Komen: 22|Original author: Cinta Erina

Description: Setiap kali kita scroll media sosial, memang terdapat banyak individu terlibat dalam dunia pelaburan dan bisnes yang mampu menarik minat kita untuk hidup kaya seperti mereka.

Sumber: Twitter IbuPeri

Setiap kali kita scroll media sosial, memang terdapat banyak individu terlibat dalam dunia pelaburan dan bisnes yang mampu menarik minat kita untuk hidup kaya seperti mereka. 

Siapa yang tidak mahu kehidupan nampak relaks, tetapi serba mewah. Jadi apa rahsia mereka?


Sumber: Twitter IbuPeri

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai IbuPeri__ memuat naik satu video milik Fawwazzfarid di Tiktok yang memaparkan seorang lelaki ingin berkongsi tip tentang bagaimana mahu mencari teman wanita dengan cara pantas dan licik.


Video berdurasi 42 saat itu menunjukka @fawwazzfarid dipercayai keluar dari sebuah hotel sebelum menegur seorang wanita berbaju merah yang sedang berdiri berdekatan lokasi berkenaan.

Sebaik sahaja dia memperkenalkan diri sebagai ‘Trader’, Fawaz tersebut terus bertanya jika wanita itu mahu menjadi kekasihnya. 

Selepas mengetahui gerangan lelaki itu seorang trader, wanita itu tanpa segan silu menerima ajakan lelaki tersebut untuk menjadi kekasihnya. Biasalah kan orang Malaysia kan stereotype 'Trader' ni orang kaya. 

Di pengakhiran video itu, wanita tersebut dilihat teruja dan masuk ke dalam kereta mewah selepas diajak masuk kenderaan itu.

Meskipun hanya lakonan semata-mata, video dihasilkan oleh Fawazz pada bulan lalu itu masih lagi menarik perhatian netizen. Ramai di antara netizen yang memberikan komen yang dikatakan ‘cringe’ selepas menonton babak berkenaan.



Sumber: Twitter IbuPeri

Terdapat juga netizen yang mengecam tindakan Fawaz dan wanita itu kerana disifatkan ‘murah dan tidak serius’ dalam mencari pasangan hidup.

Apa-apapun, kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran wang ringgit dan harta dan menerima sesuatu hubungan hanya kerana mahu hidup senang ya!

Wang memang penting tetapi ia terbukti tidak akan menjamin kebahagiaan seseorang. Yang penting, keikhlasan dan rasa sayangnya pada kita.  - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 24-1-2022 07:19 PM
iols je ke rs nonsense trading ikut graf bagai ni semua ? kalau mcm tu semua org boleh jd kaya dek dgan baca graf... bacaan graf tu lebih pada probability jah pd iols... ada mengena, ada tak mengena
Quote Adrif 24-1-2022 07:27 PM
trader ni apebenda? main saham ke?
atau peniaga online?

ke yang trade barang murah barang mahal tu?

kalau kita rakyat marhaen dengan takde modal, boleh ke ceburi bidang2 ni dan berjaya?
Quote Carcosa 24-1-2022 08:06 PM
Bodohnyaaaaaaa

Awek gundu bolehlah.   
Quote Belibis 24-1-2022 08:42 PM
Gundu pun gundu laaaa..dari xdo awek.[em:8:]
Quote missyL 24-1-2022 10:23 PM
Buruk nye pakai baju gitu.
Tros naik kete tu namenye perempuan murah haih la.
Ape la dieorg ni dok viral bende bodoh
Quote orangbiasaje 24-1-2022 10:30 PM
Trader ni biasanya yg main2 saham tu kan? Ada yg kerja daytrader. Ala2 mcm kat wall street tu.

Plot twist : itu mmg bini dia, kesian laki nak buat promo, tolong la buat content.
Quote matchstick 24-1-2022 10:36 PM
Hauk nye pesen pompuan tu.mcm Santa Claus
Quote kotakominami 24-1-2022 11:52 PM
Dah sah2 la diorang pakat buat content..
Quote Jitu 25-1-2022 12:04 AM
content yg boring
Quote Redmyvi 25-1-2022 07:30 AM
betul ke trader ni kaya.. ker saja je tnjuk lifestyle mewah sbb nk tarik minat org..
kt tmpt keje aku ada je yg jenis duk ajak main2 saham ni tapi hjung bln pnjm duit jugak..
Quote imanamsyar 25-1-2022 09:07 AM
usha selai dua pickup line, terus masuk kereta...hmmmmm..murah sangat...
Quote elzy 25-1-2022 09:29 AM
Setuju.. main saham tapi masih lagi tunggu gaji masuk hujung bulan..
tak semua trader boleh buat duit..
Besar modal tp tak menjanjikan imbuhan lumayan melainkan rezeki.. High risk high return..
Pasaran saham tak tentu, lately KLSE merundum.. kena banyak ilmu baru menjadi.. setakat newbie x yah ler mengaku trader sebab risau dah dapat awek tu nanti jadi bini indah khabar dari reality..

Redmyvi: betul ke trader ni kaya.. ker saja je tnjuk lifestyle mewah sbb nk tarik minat org.. kt tmpt keje aku ada je yg jenis duk ajak main2 saham ni tapi hju ...


Quote jgfjhdjhg 25-1-2022 12:04 PM
mcm gampang
Quote DayangKirana 25-1-2022 12:43 PM
dah tulis pon "cara2 cari awek.."
betul la tuh.. kalau nak cari buat bini, bukan begini.
Quote KamikuP 25-1-2022 12:48 PM
Trader octafx yg bodo tu kott.. kacau je iklan masa tengok yt dan main game candy crush.. bodo punya iklan octafx
Quote chandrahusin 25-1-2022 05:56 PM
whatever la bbnu
ptt la bila scroll2 video kat FB
mmg boleh buat aku lelap
Quote copy_paste 26-1-2022 10:50 AM
lakonan je pun,kalau real kan best,ce buat sekali,
Quote Hizert 26-1-2022 03:56 PM
okayla, background penyanyi Tri Suaka.
Quote shop_girl 5-4-2022 11:03 PM
Jadi 'trader' ni is the next hip profession ke?? Ala2 'professional nomads' dan yg seangkatan dengannya.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.119460 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top