CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sah Squid Game Musim Kedua Bakal Ditayangkan, Banyak Pelakon Musim Pertama Disingkirkan

24-1-2022 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1816| Komen: 18

Description: London: Drama bersiri paling popular Netflix, Squid Game disahkan akan kembali untuk musim kedua dengan menampilkan perubahan besar dalam barisan pelakon.
London: Drama bersiri paling popular Netflix, Squid Game disahkan akan kembali untuk musim kedua dengan menampilkan perubahan besar dalam barisan pelakon.

Lapor Daily Star, kebanyakan pelakon musim pertama siri drama Netflix itu telah disingkirkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Ted Sarandos memaklumkan kepada pelabur bahawa siri drama Korea Selatan itu akan menjadi francais besar untuk perkhidmatan laman penstriman.

Foto: Google

Sarandos berkongsi berita pengumuman itu ketika spekulasi mengenai masa depan drama bersiri tersebut heboh diperkatakan pelbagai pihak.

Sebelum ini, beberapa pelakon dan pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk mendedahkan drama itu akan kembali semula. 

Langkah untuk membawa Squid Game musim kedua selepas Netflix mengesahkan drama bersiri itu menjadi paling popular dan paling tinggi tontonan di laman penstriman.      

Sementara itu, Netflix memaklumkan, pada musim luruh lalu, Squid Game musim pertama mencecah 111 juta peminat dalam tempoh 28 hari pertama tayangan sejak kali pertama ditayangkan pada September tahun lalu.

Dalam satu majlis meraikan kejayaan Squid Game pada November lalu, Hwang menyatakan pihaknya sudah pun membuat rancangan untuk pembikinan Squid Game musim kedua.

Dong-hyuk juga mengesahkan pelakon Lee Jung-jae akan kembali semula memegang watak utama sebagai Seong Gi-hun. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 24-1-2022 11:54 AM
Overrated sgt..
tp of cos i akan tgk gak.. hahaha..
So international ke sq2?
Quote ellejo 24-1-2022 11:59 AM
masukkan lee jin wook boleh? hot ahjussi sangat.
Quote heythere123 24-1-2022 01:14 PM
obviously la kena rombak the line-up sebab kebanyakan watak utama kan dah mati dalam S1
Quote Roan 24-1-2022 01:26 PM
Benci betul drama korea di Netflix yang telah di western kan.. berseason-season penat.. sekarang ni langgan viu dan wetv tengok drama Thailand..
Quote mbhcsf 24-1-2022 01:32 PM
alaa...drama ganaz2 macam ni nak season season pulak , Vincenzo yg best tu  tak nak pulak sesason2 cisss....
Quote mbhcsf 24-1-2022 01:41 PM
ellejo replied at 24-1-2022 11:59 AM
masukkan lee jin wook boleh? hot ahjussi sangat.

hahaha  penangan Bulgasal ke ni ? Lee Joon tak nak ? best mamat ni ...
Quote ellejo 24-1-2022 02:37 PM
mbhcsf replied at 24-1-2022 05:41 AM
hahaha  penangan Bulgasal ke ni ? Lee Joon tak nak ? best mamat ni ...

i mmg minat lee jin wook ni dari goodbye mr black. pastu tgk sweet home , dgn bulgasal
bulgasal tu sakit ati sangat. tau la tak pernah bercinta jangan la ketara sangat desperation nak berlaki tu dgn pegang2 tanpa kebenaran lee jin wook
Quote mbhcsf 24-1-2022 03:29 PM
ellejo replied at 24-1-2022 02:37 PM
i mmg minat lee jin wook ni dari goodbye mr black. pastu tgk sweet home , dgn bulgasal
bulgasal t ...

who? is she? kwon nara ? bulgalady in red tu ? haha
Quote theotherfriend 24-1-2022 03:35 PM
iols tak suka drama org mati2 cenggini. kosserr
Quote gekkou 24-1-2022 04:51 PM
jangan nanti season 2 flop pula
Quote ninja9 24-1-2022 05:53 PM
Roan replied at 24-1-2022 01:26 PM
Benci betul drama korea di Netflix yang telah di western kan.. berseason-season  penat.. sekar ...

Kena bayar ker

Quote prince_marhaen 24-1-2022 05:57 PM
cerita dia simple, biasa-biasa jek, slow pace jugak...cuma set & games dia je yang agak seronok & mendebarkan... walaupun dah tahu main cast mestilah selamat kan... set dia lawa, pastel-pastel, macam playground taska anak-anak... maybe season 2 boleh buat set games yang gore-gore sikit kot... hahahaha...pelakon tak kisah la siapa sebab meols sejenis konpius dengan pelakon KDrama ni, muka template lebih kurang, susah nak ingat.
Quote shalalat 24-1-2022 06:15 PM
Kingdom bila nak keluarr s3
Quote cmf_premierleag 24-1-2022 06:38 PM
heythere123 replied at 24-1-2022 01:14 PM
obviously la kena rombak the line-up sebab kebanyakan watak utama kan dah mati dalam S1

Tu la pasal.sah2 la ramai dh mati kan ms S1 dulu.
So kene la gantikan dgn muka baru kan..takkan tetibe bleh hidup balik lak dlm S2
Quote wikedsaikel 24-1-2022 06:49 PM
Kalau ada oppa jung jae, iols tengok seat depan sekali. Walaupon hanya living room rumah.
Quote heythere123 24-1-2022 06:49 PM
cmf_premierleag replied at 24-1-2022 06:38 PM
Tu la pasal.sah2 la ramai dh mati kan ms S1 dulu.
So kene la gantikan dgn muka baru kan..takkan te ...

haha, jangan la jadi macam drama Penthouse tu. Sampai orang naik muak tengok karakter mati hidup balik sampai AJLM
Quote Radzor 24-1-2022 07:24 PM
Tgk 1 episode je pastu tanak tgk dah. Kejam giler
Quote sambaldurian 24-1-2022 11:20 PM
Mmg la disingkirkan , dah masing2 kena tembak, jatuh waktu tarik tali. Btw aku x minat terlampau hardcore - murah sgt nyawa manusia, tp baguslah citer ni ada mesej. Jgn suka berhutang, jgn x jujur dlm kerja, jgn biar papa asal bergaya.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064756 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top