CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Studio Filem Pertama Di Angkasa Lepas Dijangka Dibuka Pada 2024!

24-1-2022 02:36 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 853| Komen: 2|Original author: Agent13k

Description: penggambaran filem pertama yang di angkasa lepas telah dilakukan tahun lalu oleh sebuah produksi dari Rusia, filem itu berjudul The Challenge dari arahan Klim Shipenko yang masih lagi dalam pasca peng ...
Penggambaran filem pertama di angkasa lepas telah dilakukan pada tahun lalu oleh sebuah produksi dari Rusia, filem itu berjudul The Challenge arahan Klim Shipenko yang masih lagi dalam proses dan tiada tarikh bila filem itu akan siap.

kredit foto: deadline


Petikan dari Amanz, filem kedua yang akan membuat filem di angkasa lepas itu akan dilakonkan oleh Tom Cruise dan diarahkan oleh J.J Abrams pada tahun ini.

Space Entertainment Enterprise (SEE), studio yang menghasilkan filem angkasa itu telah mengumumkan perancangan untuk membina studio filem angkasa lepas pertama pada tahun 2024.

kredit foto: technologyscent


Mereka sudah merancang untuk memasang modul pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2024 bersama modul yang sedang dalam pembikinan. 

Ia akan menjadi studio angkasa lepas pertama yang lengkap dengan kelengkapan penyiaran untuk menghasilkan filem, siri TV dan penstriman secara langsung terus ke bumi.

kredit foto: newslive9

Modul itu diberi nama SEE-1, ia akan dibina oleh Axiom Space yang sebelum ini mengumumkan mereka mahu membina hotel angkasa lepas di ISS. Kemudian apabila ISS tidak lagi beroperasi, modul itu ditinggalkan untuk menjadi stesen angkasanya sendiri pada tahun 2028. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 24-1-2022 04:00 PM
oooo.. kesahnya.. susah2 je buat set kat angkasa lepas..

"Space may be the final frontier but it's made in a Hollywood basement"

[youtube]zFuIEjX1oeM[/youtube]



Quote dua_chzy 24-1-2022 04:01 PM
Nampaknya manusia serius nak hidup di space ya.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.043906 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top