CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 2

Studio Filem Pertama Di Angkasa Lepas Dijangka Dibuka Pada 2024!

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Penggambaran filem pertama di angkasa lepas telah dilakukan pada tahun lalu oleh sebuah produksi dari Rusia, filem itu berjudul The Challenge arahan Klim Shipenko yang masih lagi dalam proses dan tiada tarikh bila filem itu akan siap.


kredit foto: deadline


Petikan dari Amanz, filem kedua yang akan membuat filem di angkasa lepas itu akan dilakonkan oleh Tom Cruise dan diarahkan oleh J.J Abrams pada tahun ini.


Space Entertainment Enterprise (SEE), studio yang menghasilkan filem angkasa itu telah mengumumkan perancangan untuk membina studio filem angkasa lepas pertama pada tahun 2024.

kredit foto: technologyscent



Mereka sudah merancang untuk memasang modul pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2024 bersama modul yang sedang dalam pembikinan.



Ia akan menjadi studio angkasa lepas pertama yang lengkap dengan kelengkapan penyiaran untuk menghasilkan filem, siri TV dan penstriman secara langsung terus ke bumi.

kredit foto: newslive9



Modul itu diberi nama SEE-1, ia akan dibina oleh Axiom Space yang sebelum ini mengumumkan mereka mahu membina hotel angkasa lepas di ISS. Kemudian apabila ISS tidak lagi beroperasi, modul itu ditinggalkan untuk menjadi stesen angkasanya sendiri pada tahun 2028. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 04:00 PM | Show all posts
oooo.. kesahnya.. susah2 je buat set kat angkasa lepas..

"Space may be the final frontier but it's made in a Hollywood basement"





Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya manusia serius nak hidup di space ya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.535012 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list