CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Otak Sambung Nyawa Guna Buah Pinggang Babi

24-1-2022 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1774| Komen: 17

Description: Alabama, Amerika Syarikat – Sekumpulan doktor di negeri Alabama dilaporkan berjaya memindahkan sepasang buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki yang mati otak, lapor ...
Alabama, Amerika Syarikat – Sekumpulan doktor di negeri Alabama dilaporkan berjaya memindahkan sepasang buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki yang mati otak, lapor laman berita Wion News.


Pembedahan unik yang pertama di dunia itu dijalankan di Universiti Alabama, Amerika Syarikat (AS).  

Lelaki bernama Jim Parsons, 57, diisytiharkan mati otak selepas mengalami kemalangan basikal pada September tahun lalu.

Foto: AFP

Keluarga Parsons memberi kebenaran kepada doktor-doktor tersebut untuk meneruskan pembedahan kerana buah pinggang pesakit telah dikeluarkan. Mereka kemudian menanam dua buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik ke dalam badan pesakit itu.


Laporan mendakwa kedua-dua organ tersebut mula berfungsi sejurus selepas pembedahan dijalankan. 

Dalam kejadian yang lain, sekumpulan pakar bedah dilaporkan berjaya memindahkan jantung babi yang turut diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki.

David Bennett menjadi lelaki pertama yang menjalani pemindahan jantung yang unik itu.

Menurut laporan, terdapat 100,000 warga AS yang sedang menunggu untuk pendermaan organ ketika ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 24-1-2022 10:03 AM
sbb tu kot islam xbg mkn babi, kite dgn babi ni serupe, so kite xleh kanibal sesame species.
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 10:15 AM
Babi mendonia!!
Quote chinta89 24-1-2022 10:30 AM
semua organ babi hampir menyerupai manusia.
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 12:01 PM
kelapaparut replied at 24-1-2022 10:03 AM
sbb tu kot islam xbg mkn babi, kite dgn babi ni serupe, so kite xleh kanibal sesame species.

Rupenye di akhir zaman martabat babi diangkat setinggi manusia..
Quote green~tea 24-1-2022 12:07 PM
tumpanglalu74 replied at 24-1-2022 12:01 PM
Rupenye di akhir zaman martabat babi diangkat setinggi manusia..

Setelah berkurun babi dihina...
Quote ellejo 24-1-2022 12:17 PM
babi banyak kegunaan. tak paham kenapa diharamkan sebegitu rupa. dalam forensik pun babi juga digunakan utk simulasi jenayah.
Quote syamzana 24-1-2022 12:21 PM
habis la pasni kekurangan babi plak. utk mkn, ganti organ manusia, forensik, mcm2 guna babi rupanya.
Quote n3ar 24-1-2022 12:28 PM
apsal tak tukar otak ke otak babi jer
Quote Artemesiaa 24-1-2022 12:36 PM
Makin naik harga ler lepas ni
Quote Dwdrum 24-1-2022 01:42 PM
n3ar replied at 23-1-2022 08:28 PM
apsal tak tukar otak ke otak babi jer

Jang bimbang dik.. Manusia otak babi lagi ramai...
Quote sharlenetexas 24-1-2022 01:46 PM
Makin banyak guna organ babi.
Kemungkinan akan timbul masalah guna organ manusia?

Quote akuchenta 24-1-2022 01:52 PM
Kidney transplant sudah
Heart transplant pun sudah

Quote green~tea 24-1-2022 02:19 PM
n3ar replied at 24-1-2022 12:28 PM
apsal tak tukar otak ke otak babi jer

Makin ramai laa masuk simpang tak kasi signal pasni
Quote BartholomewKuma 24-1-2022 02:39 PM
Mahai babi lepaih ni no
Quote BartholomewKuma 24-1-2022 02:41 PM
Lepaih ni hampa toksah kalut jaga makan jaga kesihatan pa bala. Babi dok ada sedia di tukaq ganti benda dalam badan hanmpa. Bela babi banyak kot blakang rumah buat sparepart
Quote Decaffeinated 24-1-2022 11:25 PM
ellejo replied at 24-1-2022 12:17 PM
babi banyak kegunaan. tak paham kenapa diharamkan sebegitu rupa. dalam forensik pun babi juga diguna ...

baik ko heran kenapa melayu benci anjing


Quote Suchi 25-1-2022 02:10 AM
Komen memasing semua ada perkataan babi

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.227122 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top