CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

NASA Nak Kitar Semula Najis Angkasawan

24-1-2022 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 835| Komen: 4

Description: Washington – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menganjurkan satu cabaran penyumberan ramai (crowdsourcing) bagi mencari idea terbaik untuk menukar najis angkasawan menjadi ba ...
Washington – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menganjurkan satu cabaran penyumberan ramai (crowdsourcing) bagi mencari idea terbaik untuk menukar najis angkasawan menjadi bahan berharga, lapor akhbar Daily Star.


Projek digelar ‘Space Gold’ itu akan mengitar semula bahan buangan manusia termasuk najis, gas karbon dioksida yang dihembus daripada nafas, sampah-sarap dan plastik pembungkusan buih menjadi produk berharga.

Ia diharapkan dapat membantu angkasawan untuk menyertai misi-misi angkasa dalam tempoh masa lebih lama tanpa dihadkan kepada kuantiti sumber-sumber yang boleh dibawa dari Bumi.


Foto: Getty


Menurut NASA, cabaran Waste to Base Materials Challenge: Sustainable Reprocessing in Space itu menawarkan hadiah bernilai AS$24,000 (RM100,501) bagi individu atau pasukan yang berjaya memberikan idea terbaik.

Hadiah tambahan bernilai AS$1,000 (RM4,187) pula akan diberikan bagi peserta yang memberikan idea terbaik dalam setiap kategori iaitu najis, karbon dioksida, sampah-sarap dan bahan pembungkusan buih.

Buat masa ini, beberapa aktiviti kitar semula telah dilaksanakan di mana angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menggunakan sistem air kitar semula sejak 2009. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 24-1-2022 10:10 AM
kitar semula buat butter???
Quote manzilla 24-1-2022 10:11 AM
Sila belajar dengan Temasek.
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 12:31 PM
Woww.. huntong jadi angkasawan.  Taik pon orang kutip..
Quote Artemesiaa 24-1-2022 12:34 PM
Tabur jer ler kat bulan tu tanam pokok buat baja macam si Matt Demon buat tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046457 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top