CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Dan Pekerja Kantin Paksa Pelajar Makan Dari Tong Sampah

24-1-2022 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1173| Komen: 5

Description: Lorain, Ohio– Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan dipaksa oleh seorang ketua guru dan pekerja kantin untuk makan makanan yang dibuangnya ke dalam tong sampah, lapor akhbar Mir ...
Lorain, Ohio– Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan dipaksa oleh seorang ketua guru dan pekerja kantin untuk makan makanan yang dibuangnya ke dalam tong sampah, lapor akhbar Mirror UK. 


Kejadian yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan situasi ketika gadis itu yang pada awalnya membuang sekeping wafel ke dalam tong sampah sebelum dikutip kembali oleh seorang kakitangan sekolah dan mengelapnya menggunakan kain pengelap.

Kakitangan Sekolah Palm Elementary di daerah Lorain, negeri Ohio itu kemudiannya dilihat menghulur wafel tersebut dan memaksa pelajar berkenaan memakannya, demikian menurut seorang peguam yang mewakili keluarganya. 


Foto: Cleveland 19


Menurut ibu kepada pelajar itu, LaTosha Williams, anak perempuannya menjadi tidak sihat selepas memakan wafel itu yang menyebabkan dia hilang pekerjaan kerana perlu menjaganya di rumah.

Sekolah di bandar Lorain di mana rakaman berkenaan tersebar pada 19 Januari lalu, melakukan siasatan selepas ibu kepada pelajar berkenaan datang ke sekolah untuk membuat aduan, lapor akhbar Daily Star.

Menurut pejabat pendidikan daerah itu, pengetua sekolah berkenaan menerima aduan tersebut namun gagal mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, laporan baharu mendedahkan bahawa ketua guru dan kakitangan tersebut telah dibuang kerja. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-1-2022 09:48 AM
Oh kt negara omputih...
Selalu org ckp omputih tak.buat cenggitu kat bebudak..omputih serba serbi baik
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 10:14 AM
Bagos pon ade cctv.
Quote nononcrux 24-1-2022 11:17 AM
gila ke mental eh.. ape pon kenakalan budak tu ada cara utk selesaikan.. bukan buat tindakan bodoh..
Quote Artemesiaa 24-1-2022 01:17 PM
Again kantoi dek cctv
Quote KamikuP 24-1-2022 03:35 PM
Nakharom sungguh cikgu tu dah knp meroyan macm tu?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.102085 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top