CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gilis Kaki Anak 10 Tahun Dengan Motor Sebab Marah Dengan Isteri

14-1-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2114| Komen: 15

Description: Melaka – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggilis kaki anak lelaki tirinya berusia 10 tahun menggunakan ...
Melaka – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggilis kaki anak lelaki tirinya berusia 10 tahun menggunakan motosikal, minggu lalu.


Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ramlan Abdul Karim, 32, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didapati telah dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas anak tiri berumur 10 tahun menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

Tindakan itu dilakukan tertuduh di Kampung Padang dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Januari lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.


Foto: Kosmo

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.10 malam selepas tertuduh, yang ketika itu berada di atas motosikal telah bertengkar dengan isterinya membabitkan hal penceraian di hadapan rumah mereka.

Berang dengan salah faham yang berlaku, tertuduh secara tiba-tiba telah memecut laju motosikalnya sehingga menggilis mangsa yang berada berhampiran.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya itu, selain perlu menjaga ibu dan bapanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari bagaimanapun merayu agar hukuman berat diberikan dengan mengambil kira faktor umur mangsa yang hanya berusia 10 tahun dan kecederaan dialaminya.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, Nariman kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 14-1-2022 02:57 PM
image_1_1.jpg
Quote mamajawie 14-1-2022 03:21 PM
dengar bunyi gilis tu da cam hancur je kaki budak tu..kalu iollss bagi hukuman max..biar mereput dlm jail
Quote Skuau 14-1-2022 03:24 PM
dr YSUKU dh jadi 3/4..plak....mmm.......
Quote whimsicalmusic 14-1-2022 04:41 PM
5 thn je???
Quote Artemesiaa 14-1-2022 04:44 PM
Masalah orang dewasa jangan libatkan budak2 kan tak pasal kena hukuman
Quote gideoncross 14-1-2022 05:54 PM
"Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya itu selain perlu menjaga ibu dan bapanya".

Sma mcm kes2 yg prnh msuk dlm Cari ni, msa lakukn jnayah, x ingt apa2 tpi bila dh d hukum, alasan mak bapak dh tua msti d gunakan utk mraih simpati. Bodoh.
Quote gideoncross 14-1-2022 05:55 PM
"Selepas mendengar hujah kedua pihak, Nariman kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar".

X stimpal dgn prbuatan yg dia dh buat kat budak yg x brsalah tu, wtfuck.
Quote nurul_akmar 14-1-2022 06:09 PM
gideoncross replied at 14-1-2022 05:54 PM
"Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan tel ...

Aku tgk citer ape tah. Dh lupa.. tp bukan citer malaysia la..  tp ayat jaga parent, wife, anak sakit, tu sume mcm skrip lawyer je.. mmg dorg akan cakap ayat2 tu di akhir kata.. meaning bukan lawyer msia ke cakap.. oversea pon sama.. tp sbb aku bukan lawyer, xdpt nk sahkan fakta atau auta..
Quote musangbodoh 14-1-2022 10:22 PM
nurul_akmar replied at 14-1-2022 06:09 PM
Aku tgk citer ape tah. Dh lupa.. tp bukan citer malaysia la..  tp ayat jaga parent, wife, anak sak ...

mmg btol lawyer akan guide...sama gak mcm geng2 politik punye drama...cth: dtg dgn naik wheelchair/surat mc/surat doktor yg kata kena operate urgent dll....
Quote bellaamsar 14-1-2022 10:36 PM
Ape ke ringan sgt hukumannya? Denda pun 2k je lg murah dr ysuku
Quote gideoncross 15-1-2022 12:55 AM
nurul_akmar replied at 14-1-2022 06:09 PM
Aku tgk citer ape tah. Dh lupa.. tp bukan citer malaysia la..  tp ayat jaga parent, wife, anak sak ...

Yikes, mmpuslah klau camtu.
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 01:45 AM
Ysuku sinonim dengan si botak tige suku..
Quote jue10 16-1-2022 11:14 AM
Jantan sial. Knp nak libatkan budak² yg X bersalah. Nokharom
Quote Tokeybundle 16-1-2022 05:02 PM
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya itu selain perlu menjaga ibu dan bapanya.
Tah ye tah x la kau tanggung parents kau
Tah2 kau biar je.kena hukum tetiba petik nama parents plk
Phuuuiiiii jantan x guna
Quote MissVixen 16-1-2022 05:11 PM
Kahwin lagi dengan mat rempit. Anak pun digilis y suku. Elok manusia macam ni digilis lori je.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.068043 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top