CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebuh Raya Paling Tinggi Di Malaysia, Bukit Kukus Dibuka Kepada Orang Ramai!

15-1-2022 09:10 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3962| Komen: 40|Original author: Agent13k

Description: Lebuhraya berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong di George Town, Pulau Pinang yang setinggi 61.5 meter mula dibuka kepada orang ramai. Ia merupakan ikon terbaru di Pulau Pinang apabila melakar apabila ...
Lebuh-raya berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong di George Town, Pulau Pinang yang setinggi 61.5 meter mula dibuka kepada orang ramai. Ia merupakan ikon terbaru di Pulau Pinang apabila melakar rekod sebagai lebuh-raya paling tertinggi di Malaysia!

kredit foto: PenangFoodie


Dijangkakan lebuhraya itu dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri Pulau Mutiara sebanyak 30 peratus, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, selepas 6 tahun mengharungi pelbagai cabaran akhirnya lebuhraya dibuka.

Dikatakan kos pembinaan dan pengambilan tanah ditanggung oleh MBPP sebanyak RM378 Juta dan projek dilakukan untuk menampung perkembangan pesat negeri tersebut berikutan jumlah trafik di kawasan berkenaan.

kredit foto: Penangfoodie


Projek berkenaan terbahagi kepada tiga bahagian dengan dua daripadanya dibiayai oleh pihak pemaju swasta berikutan jajaran jalan berkenaan yang dijangka siap pada 2025, menyentuh isu keselamatan, Setiausaha Bandaraya MBPP lr A, Rajendran berkata projek itu direka mengikut piawaian Malaysia Standard (MS) dengan mengambil kira kawalan had laju, radius selekoh, laluan penjalan kaki, saluran perparitan. 

Projek ini juga mendapat khidmat rundingan daripada syarikat yang berpengalaman termasuk melantik pakar geologi untuk mengkaji cerun.

kredit foto: MalayMail

Projek ini telah menelan kos sebanyak RM545.6 Juta sepanjang 5.5 km yang menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya terubong (Jalan Thean Teik), Bukit Jambul dan Balik Pulau - Jalan Tun Sardon. 

Ia juga pernah menjadi kontroversi apabila sebahagian struktur pembinaan runtuh dan mengorbankan 9 mangsa dalam kejadian Oktober 2018. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-1-2022 09:32 AM
Manakala lebuhraya SUKE, SUKE-SUKE hati laki tiri mak dia jah nak runtuh pelbagai
Quote akuHavocczz 15-1-2022 09:47 AM
Nak kena cakap WOW ke
Quote uori 15-1-2022 10:02 AM

yelah kot


WOW!


Quote midori_katana 15-1-2022 10:04 AM
Minggu lepas lalu dah tapi belum bukak. Kena ikut lencongan ke balik pulau. Pemandangan mmg sangat cantik!
Quote kakikuDibibirmu 15-1-2022 10:08 AM
Masak apa? Masak my style oh WOW

[youtube]yXfe6OKyjcU[/youtube]
Quote kitmal 15-1-2022 11:34 AM
macam kat taiwan...
Quote matchstick 15-1-2022 11:55 AM
Wow.. roughly harga rm100juta per km

#doneWOW
Quote cmf_premierleag 15-1-2022 12:34 PM
Wow penang takde hutan gondol sbb balak smpi boleh buat QR scan code
Kebangga sangatt
Quote Babai 15-1-2022 12:56 PM
Sape dah lalu sini story la sikit.
Quote kakikuDibibirmu 15-1-2022 01:02 PM
Itu belum lagi terowong bawah laut paling dalam di dunia, memang tak nampak langsung penampakan nya
Quote Piramida 15-1-2022 01:15 PM
Nanti yg hijau2 tu pun bakalan pupus penuh hutan batu bata.
Quote nakkomenjugak 15-1-2022 02:38 PM
Tengok baik2 nanti yang hijau tu bakalan musnah.
Harap tak la
So bawak kete baik2 naa terutama warga penang
Tinggi tuuuu
Jangan bawak kereta macam ahso mabukkkk
[em:4:]
Quote Decaffeinated 15-1-2022 02:57 PM
Penang island ni terletak dia atas gunung yang curam. Sikit sangat flat land.

Quote buapakperut 16-1-2022 10:09 AM
tshun Lepas dah lalu time nk g Cari doyan. Baru buka ke pulak
Quote Mopiko 17-1-2022 12:34 AM
yang kat rawang tu tak cukup tinggi ke
Quote mbhcsf 17-1-2022 12:40 AM
lebuh raya paling tertinggi ?  lebuh raya tertinggi ....wah dramatik betul....

tapi ntah kenape bila tengok foto di atas tu, iras iras memeori macam citer Kantonis pukul 6 pm pulak kat tv3 circa 1988 - 199)+++ tu acam kowloon or HK je nampak.
Quote boongalalang 17-1-2022 12:43 AM
Taknak lalu, takut. Jambatan pulau Pinang pertama kedua pun aku takut nak guna
Quote Shazid 17-1-2022 07:31 AM
Iols ngeri lah lalu jln2 belah2 blk pulau ni
Quote bulalof 17-1-2022 08:21 AM
another attraction for Penang

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054661 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top