CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Remaja Curi Tabung Masjid Dan Dimandikan Seperti Jenazah Sebenarnya Kaki Syabu, Dah Dihalau Datuk

14-1-2022 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2222| Komen: 32

Description: Rakaman tular memaparkan seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri wang tabung sebuah masjid hangat menjadi perbualan netizen.
Rakaman tular memaparkan seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri wang tabung sebuah masjid hangat menjadi perbualan netizen.


Lebih memilukan, dia ketika perbicaraan mahkamah mendakwa terpaksa bertindak sedemikian demi mendapatkan wang untuk membeli ubat ubatan datuknya yang menghidap kencing manis.


Foto: Via mStar

Kisah itu pantas mendapat perhatian netizen yang mana rata-ratanya simpati, malah menyuarakan hasrat untuk membantu selepas dia dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis.

Di sebalik kisah tular itu, timbul pula pendedahan demi pendedahan lain yang membongkar mengenai diri dan tindak tanduk sebenar remaja itu.


Dakwa aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, remaja berkenaan merupakan seorang penagih dadah.

"Dia kaki syabu menurut maklumat yang diterima. Mahkamah bukan khilaf, mesti fakta untuk tuduh cukup, baru polis akan tuduh dan mahkamah akan jatuh hukuman yang setimpal.

"Mungkin dalam rayuan, dia jual cerita sedih pada majistret, tapi majistret lebih arif dan tidak beli story dia dalam rayuan.

"Maka, majistret telah menjatuhkan hukuman yang tepat dan adil," jelas Uncle Kentang panjang lebar menerusi satu catatan di ruang komen di Facebook yang turut tular.



Tambah Uncle Kentang, dia beranggapan pihak masjid juga berkemungkinan sudah muak dengan sikap remaja itu sehingga mereka tergamak memandikannya seperti jenazah.

"Takkan la majistret nak jatuhkan hukuman sebegitu jika tertuduh memang mencuri untuk beli ubat untuk atuk.

"Saya rasa masjid pun masak dengan perangai dia. Kalau tidak, masjid akan lepaskan dia dan bantu dia. Ini mungkin masjid dan tahu sangat perangai dia, barulah pihak masjid bawa ke balai polis. Kita harus tahu cerita sebenarnya," ujar Uncle Kentang lagi.

Di Twitter pula, netizen memberikan reaksi berbeza-beza mengenai isu itu.

Menurut seorang netizen, remaja berkenaan wajar dihukum atas perbuatan tersebut.

Namun katanya, tindakan pihak masjid yang memandikannya seperti jenazah juga tidak wajar dan dianggap memalukan.

Untuk rekod, Sinar Harian pada Khamis melaporkan Daniel Iskandar, 19, dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Dia yang juga seorang penganggur mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyembunyikannya dalam bilik mandi jenazah.

Perbuatan itu dilakukan di masjid berkenaan di Kilometer (KM) 28 Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, 8 Januari lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 14-1-2022 02:44 PM
nah kan org kenal..
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 02:59 PM
Nama dah sedap, Daniel Iskandar..
Quote chandrahusin 14-1-2022 03:03 PM
bdk ni lambang kegagalan seluruh institusi negara
dia kaki syabu
dia jgk anak mangsa mak ayah yg tak bertanggungjwb
masyarakat hya tau menghukum
Quote Skuau 14-1-2022 03:06 PM
Edited by Skuau at 14-1-2022 03:12 PM

wa..bersimpati dgn hidup sorang remaja 19 taun...yg awal2 lg dh 'musnah'..akibat masalah institusi keluarga yg 'gagal'.
Quote krustykrab 14-1-2022 03:20 PM
Sb tu lah org cipta kondom.
Kalau nk sedap2 tak nk ada tanggungjawab sila guna kondom
Dan masyarakat sekeliling pun, tak oayah sibuk2 duk pressure org beranak. Train mulut tu supaya tak kluar pertanyaan tgt anak kalau jumpa orang.
Quote bakingsoda 14-1-2022 03:47 PM
tapi kesian la jugak umur 19 baru, umur camni ramai duk bawah tiak makpak lagi, kebanyakan baru 1st year degree. patut heret mak bapak tak guna pandai buat anak dah cerai lempar kat atok jaga (kalau kawin lagi pastu buat anak baru mmg noreen la dua ekor tu!), mmg budak ni dr kecik dah berkawan ngan tah sape2 agaknya sampai terpengaruh.
Quote jazaa100 14-1-2022 04:20 PM
Skuau replied at 14-1-2022 03:06 PM
wa..bersimpati dgn hidup sorang remaja 19 taun...yg awal2 lg dh 'musnah'..akibat masalah institusi k ...

Setuju.....

Mak bapak tau ngeseks je....dpt ank dah bercerai, tinggalkn mcm tu je.....ank tu tak mintak dilahirkn  pun....skrg ank pulak susah kena hadap segala dugaan hidup....

Aku masih simpati kat remaja ni
Quote gideoncross 14-1-2022 06:00 PM
krustykrab replied at 14-1-2022 03:20 PM
Sb tu lah org cipta kondom.
Kalau nk sedap2 tak nk ada tanggungjawab sila guna kondom
Dan masyarakat ...

Zmn skrg org sllu sibuk/busy body kuat tnya knpa x dpt krja lgi, knpa x khwin lgi & knpa x dpt ank lgi. Nnti bila kita x jwp or jwpn yg x mmuaskn hti dia, nnti dia kaitkan dgn anak2 or cucu2 dorg yg dh dpt krja, branak & khwin awl. Gi mmpus org2 tua cmni, pnyibuk je.
Quote dua_chzy 14-1-2022 06:03 PM
jazaa100 replied at 14-1-2022 04:20 PM
Setuju.....

Mak bapak tau ngeseks je....dpt ank dah bercerai, tinggalkn mcm tu je.....ank tu tak  ...

Sama. Mak pak tu patutnya didakwa sekali atas kehancuran hidup anak ini.
Quote krustykrab 14-1-2022 06:05 PM
gideoncross replied at 14-1-2022 06:00 PM
Zmn skrg org sllu sibuk/busy body kuat tnya knpa x dpt krja lgi, knpa x khwin lgi & knpa x dpt ank ...

Kannn...rasa nk tampar je mulut2 diorg ni..
Agama je islam tp tak percaya qada n qadar
Quote esprito193 14-1-2022 06:07 PM
walaupun seorang penagih sekalipun, mesti ada mekanisme yg paling sesuai bawak adik ni ke pangkal jalan. dengan menjatuh hukum dan memalukan beliau di masjid hanya akan memberi impak yg negatif pada jawatankuasa masjid dan mereka yg bersekongkol membuli.

Semoga adik ni akan insaf dan menjadi org berguna utk masyarakat di masa depan. perjalanan hidup dia panjang lagi.
Quote belon 14-1-2022 06:16 PM
chandrahusin replied at 14-1-2022 03:03 PM
bdk ni lambang kegagalan seluruh institusi negara
dia kaki syabu
dia jgk anak mangsa mak ayah yg tak ...

Sangat betul..
Quote MissYouSayang 14-1-2022 06:16 PM
Mak pak noreen. Tau beranak jer. Jaga xreti. Besar2 menyusahkan masyarakat plak.
Quote belacan_gurl 14-1-2022 06:20 PM
"Dia kaki syabu menurut maklumat yang diterima. Mahkamah bukan khilaf, mesti fakta untuk tuduh cukup, baru polis akan tuduh dan mahkamah akan jatuh hukuman yang setimpal..




Memang pun .. hanya polis je tahu penagih nih....mcm kawan aku....mati2 kami semua igt dia kena rasuk sekali mai polis....nih kaki syabu ni... kitorg pun bermati2an sangkal sekali check mmg kaki dadah...
Quote makita 14-1-2022 08:00 PM
Bapak budak ni mesti melihat dari kejauhan sambil garu-garu testikal. Orang kawen, dia pon nak kwen..org beranak dia pon nak beranak. Patu senang2 campak kat atok suh bela. Sebagai mak pak xde ke sekelumit rasa tgjwb. Ke takat dah rasa besar sgt sbb berjaya bwk ank ke dunia kira dah secure syurga utk mak pak
Quote Aikiko 14-1-2022 08:05 PM
See...plot twist
Sbb tu iols reserved mycomment
Korg yg kata apalah nak mengaibkan, memalukan si pelaku
For me wajar je org2 masjid tu mengajar cara mcm tu utk bagi pedoman kat luar sana jgan suka suki curi duit tabung masjid walau apa jua alasan
N percayalah mungkin ada insan baik yg akan tolong budak ni
Maybe uncle kentang or pak lebai masjid tu sendiri
Quote VioletsAre_Blue 14-1-2022 09:16 PM
Orang2 masjid dah masak kot perangai kaki2 syabu nih, netizen bersungguh backup sekali mat2 gian ni rompak rumah korang, ada ke korang nak belai mereka dengan kasih sayang?
Quote azimodin 14-1-2022 09:23 PM
Aku ok je budak ni kena siram air bagai, cuma part video tu je yg aku x setuju. Xpasal2 atuk pulak kena tunjuk muka & terangkan apa yg berlaku. Kesian atok.. orang lain lepas pencen enjoy bila cucu datang sesekali. Atok ni kena bela cucu pulak
Quote Adrif 14-1-2022 09:54 PM
19.. sangat muda.. kesian budak ni

dia cuma lost. tak dapat kasih sayang mak ayah. takde bimbingan dan didikan
hanyut dalam pergaulan. salah pilih kawan.
jiwa dia memberontak dengan hidup yang menghukum dia dari kecik
"Kenapa aku? Kenapa aku? Apa salah aku?"
"Kenapa mak ayah buang aku? Salah aku ke?"

"Lantak la. Apa nak jadi, jadi la. Bukan ada orang kisah pun."

semoga dia mendapat kaunseling dan bimbingan di dalam sana kelak.

Lihat semua komen(32)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.088066 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top