CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagi, Vida VS Iqbal - "Saya Dah Kaya Tujuh Keturunan, Tak Perlu Jual Kontroversi"

14-1-2022 07:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2269| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Sumber IG DSVKemelut persengketaan antara usahawan Datuk Seri Vida dan selebriti media sosial, Ahmad Iqbal masih belum memperlihatkan tanda reda dan bernoktah.Iqbal sudah pun menjelaskan, komen yang d ...
Sumber IG DSV


Kemelut persengketaan antara usahawan Datuk Seri Vida dan selebriti media sosial, Ahmad Iqbal masih belum memperlihatkan tanda reda dan bernoktah.

Iqbal sudah pun menjelaskan, komen yang ditulisnya di laman sosial mengenai penajaan Gegar Vaganza 8 tidak ada kaitan dengan usahawan itu.

Bagaimanapun, menerusi siaran langsung di Instagram, Vida mendedahkan pernah menanggung hidup Iqbal selama dua tahun ketika jejaka itu masih belajar.




"Kau jentik periuk nasi yang dulunya itulah duit yang menjadikan darah kau mengalir. Aku bagi duit masa kau masih belajar. Dua tahun, seminggu sekali datang jumpa aku," katanya.

Vida bagaimanapun gagal menghubungi Iqbal untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana bekas pembantunya itu sudah menyekat nombor dan media sosialnya.

"Saya hanya mahu cakap secara berdepan tapi dia sudah menyekat saya di Whatsapp, Instagram, semua platform. 

"Saya sudah kaya tujuh keturunan. Tidak perlu jual kontroversi," katanya.



Sejak dari awal tercetusnya masalah antara Vida dan Iqbal, masing- masing menjadikan media sosial sebagai tempat melampiaskan ketidakpuasan hati. 

Sama ada ini salah satu taktik pemasaran atau pun tidak, yang pastinya pengikut kedua-dua figura itu sudah mulai jemu dan muak dengan 'drama' mereka.





Kalau sebelum ini Vida boleh terjah rumah Iqbal malam-malam hantar cincin, apa salahnya pergi lagi sekali untuk selesaikan masalah mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 14-1-2022 08:10 AM
LOL, huhuhu.. Aku pahe semuo dia kecek weii hehehe.. Lama dah ddk selangor, kawan2 kelate x kuar abis kecek sana, tgk n dgr tok bida kecek fully kelate seronok pulak dgr..
Quote laksmanabentan 14-1-2022 08:48 AM
kelah muuuu..... terus membongkak yaa...
Quote rain2169 14-1-2022 08:50 AM
kot kaya 10 keturunan sekalipun.... tak yah la riak sangat....
bukan milik kita pun.....
Quote slyfynx 14-1-2022 09:10 AM
Wahai Badak Air.
STFU.
Orang x heran kalau ko kawen ngn beruk ke, gaduh ngn sotong ke.
Ko x yah nak sibuk2 nk upkan nama busuk ko tu.
Ko xde daya tarikan lagi dah.
Nk gedik2 pun orang dah muntah tgk,
Nk buat amalan mulia pun orang x nak caya.
Nk jual anak pun x de sape heran.
So gi la terjun lombong dengan kekayaan ko tu.
Ko igt orang heran ke?
Boleh berambus dengan riak ko tu, wahai badak air.

And wartawan cari baru bernama TATOD.
Ko bukak thread lambu air ni pasal ape?
Ade mende penting ke semua orang nk tau?
Quote cikatilia 14-1-2022 10:00 AM
meriak yaaa
benda kalau nak kena tarik anytime sistur
Quote mamajawie 14-1-2022 10:48 AM
ok da bleh boikot la geng2 timbang kilo ni,,berlagak namati
Quote missbigrockstar 14-1-2022 12:59 PM
"Kau jentik periuk nasi yang dulunya itulah duit yang menjadikan darah kau mengalir." - apa kau cuba sampaikan ni acik vida? Kau pun patut masuk kelas bahasa dgn si Riz tu. Boleh jadi classmates.

Kaya 7 keturunan tak perlu jual kontroversi? Jgn riak menongkat langit acik. Hidup ni mcm roda. Yg kau melalak sekarang ni bukan kontroversi murahan ke? Nak kata kau bongok, tapi kau bekas guru sekolah.
Quote missbigrockstar 14-1-2022 01:03 PM
mamajawie replied at 14-1-2022 10:48 AM
ok da bleh boikot la geng2 timbang kilo ni,,berlagak namati

Actually ada lagi ka org beli produk diorang geng timbang kilo ni? Nampak slow dan tak mendunia mcm dulu. Pasal tu kot silih berganti kontroversi dibuat utk kekal relevant dan meniti di bibir netizen walau marah sendiri jatuh.
Quote menjad 14-1-2022 01:34 PM
Dulu cinta kni benci... Nercakaran pulok tuhhhh
Quote lyshafull 14-1-2022 01:49 PM
Selama ni naik mmg guna kontroversi kan tetiba cakap x yah kontroversi then tutup la ig

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.065295 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top