CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice Bengang! " Tak Habis-Habis Perli Jihad Saya"

13-1-2022 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1626| Komen: 11

Description: Penyanyi rap dan selebriti usahawan, meluahkan rasa bengang lantaran sehingga kini masih ada pihak yang mempertikaikan caranya mengangkat perjuangan jihad sebagaimana yang sering dilaungkan olehnya se ...
Penyanyi rap dan selebriti usahawan, meluahkan rasa bengang lantaran sehingga kini masih ada pihak yang mempertikaikan caranya mengangkat perjuangan jihad sebagaimana yang sering dilaungkan olehnya sebelum ini.


Menurut Caprice atau Ariz Ramli,34, dia percaya tidak semestinya seseorang itu perlu menunggu untuk menjadi seorang yang insan yang sempurna dalam usaha melakukan satu perubahan yang baik.


Foto: IG

“Saya tak faham kenapa ramai tak habis-habis petik ‘jihad’ saya baru-baru ini. Tapi daripada lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL, okey saje saya berkarya dan pada masa yang sama tetap meneruskan usaha jihad dalam pendidikan saya.


“Tak kan nak tunggu jadi sempurna baru nak cuba buat bende baik?” katanya.



Caprice berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya semalam seiring dengan makluman mengenai pelancaran single baru berjudul Ayah yang juga pada malam semalam.

Selain itu, Caprice menjelaskan, sebagai seorang artis dan selebriti, dia gemar berkarya dalam seni hip hop namun tidak pernah melupakan jihad yang diperjuangkannya selama ini.



“Selama lima tahun ini, Alhamdulillah, kita dapat bina aplikasi seperti mengaji.com, Umrahloka, and IslamPro untuk komuniti kita. Cuma satu sumbangan kecil saya untuk membantu lebih ramai orang ‘jahat’ macam saya ini.

“Yang tak habis-habis perli jihad kita, saya tak akan pernah berhenti dalam urusan jihad dalam pendidikan yang telah dilakukan memandangkan, saya bukan buat itu demi manusia.



“Tetapi, saya akan terus berkarya dalam muzik dan filem untuk selama mana yang saya inginkan,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice juga sempat menyindir golongan warganet yang dikategorikan sebagai ‘ahli syurga’ menerusi hantaran yang sama.



“Anda semua yang ahli syurga, saya nak ucap tahniah sebab awal-awal dah boleh bau syurga. insyaAllah, suatu hari nanti, sumbangan kecil saya ini akan dipertimbangkan di akhirat kelak,”katanya.

Caprice melancarkan lagu terbaru berjudul Ayah yang menyaksikan kerjasama dan gandingannya bersama beberapa artis popular tempatan iaitu, SonaOne, Tuju, Loca B dan Zynakal. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-1-2022 10:28 AM
G - E - L I so called Daddycap.. uhukuhukuhk
Quote Rogue98 13-1-2022 10:31 AM
Betulkan famili instant kau tu dulu...barulah betul nak jihad....
Quote nakkomenjugak 13-1-2022 10:40 AM
Tu lerrrrrr
Kalau ko nak buat somethingggg
berpada-padaaaaaa
haaaa kan jenuhhhhhh
ni malaya derrrrr
Ko tau jelaaa orang senegara koooo
Quote dudaberhias 13-1-2022 10:42 AM
Gelinya si penonggeng agama yang kian sendu ni seminar terkambuih, tuisyen online terkambuih. Semua bisnes dia rasanya dah siap2 di korek tanah tinggal nak suruh lori datang timbuskan je
Quote ayukpingu 13-1-2022 11:08 AM
dah koyak kee?? #lemahhhh
Quote Kurex 13-1-2022 11:50 AM
kalau bergambar mesti  nak mendongak.. nampak sgt kau ni perasan bagus
Quote brunesss 13-1-2022 02:02 PM
sebab itu hipokrit la bodo.. u dont practise what you preach, then what is the point la babi? benci aku lelaki poyo ni sama level dengan iqbal ex DSV
Quote azimodin 13-1-2022 02:15 PM
dudaberhias: Gelinya si penonggeng agama ya ...


Pasni boleh la si kepris ni join mamasabun jual topi & besar
Quote anony-mous 13-1-2022 02:26 PM
Pdn muka!! Perli lg uolsss bini ko tu kalau takat free hair je aku tutup mata lg. Ni pakaian mcm sundal. Nampak perut pakej menari2 mcm stripper dkt tiktok. So what ko buat aplikasi islamik?? Dgn apps tu so ko halal buat apa saja??? Klau pegangan ko mcm harith iskandar aku xkisah, ni sblm kahwin kemain mulut cabul tegur prempuan sana sni. Tgk2 dgn nafsu ko sendiri pon tewas. Puiiii
Quote AcikBuncit 13-1-2022 02:30 PM
Oo.. Dia siap highlight lg dia jihad dlm pndidikan je.. Ptutla xksh pn ank bini mnyeksi sne sni.. Msih blm jihad bab tu
Quote opie5662 13-1-2022 02:46 PM
Org perli die x boleh... Die perli org takpe pulak...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045409 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top