Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish merupakan seorang pelakon yang berbakat sejak dari kecil lagi. Sejak dari dulu lagi kita semua sudah biasa melihat pelakon hebat ini membintangi pelbagai drama dan filem. Kini Aqish sudah meningkat remaja dan membuat kemunculan semula setelah beberapa tahun menyepi dari dunia lakonan. Meninjau ke akaun Instagram Noorkhiriah, video Khiriah bersama Aqish telah meraih perhatian ramai. Khiriah merakamkan video tersebut untuk peminat Aqish dan meminta Aqish memberi ucapan buat para peminatnya.
Gaya percakapan Aqish yang sangat lemah-lembut membuatkan ramai memuji perwatakan Aqish yang nampak pemalu dan sopan. Malah Khiriah juga memuji sikap Aqish yang sangat berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Perkongsian ini telah mendapat lebih 202 ribu jumlah tontonan buat masa ini. Untuk makluman, Khiriah dan juga Aqish kini sedang menjalani penggambaran drama terbaru mereka berjudul Itulah Takdirnya. Jom tonton video di bawah : Ramai memuji peribadi Aqish yang lemah-lembut ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen : Pastinya ramai tidak sabar menantikan drama lakonan terbaru Aqish muncul di kaca televisyen. -CARI |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055276 second(s), 38 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.