CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Hairul Azreen, Anak Tiri Tok Ti Pula Jumpa Tan Sri Vincent Tan

13-1-2022 11:33 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 4459| Komen: 26|Original author: ameenarara

Description: Bukan Hairul Azreen sahaja dapat berjumpa dan bercuti dengan jutawan Malaysia, Asyraf Khalid anak kepada Datuk K juga dapat bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan menikmati makan malam bersama keluarga.
Bukan Hairul Azreen sahaja dapat berjumpa secara peribadi dan bercuti dengan orang paling kaya di Malaysia, Asyraf Khalid anak kepada Tok Ti juga mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Vincent Tan untuk menikmati makan malam bersama keluarga.


Pertemuan itu dikongsi dalam Instagram Asyraf dan turut menceritakan kisah inspirasi kejayaan membuka McDonalds di Malaysia selepas tujuh tahun menghantar emel tanpa putus asa seperti yang disampaikan oleh Vincent Tan ketika menjamu hidangan makan malam.


"Bagi saya, salah satu perkara terbaik untuk dilakukan dalam hidup ialah mendapat perbualan yang bermanfaat dan malam tadi saya dapat berbual dengan orang paling berjaya di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan," luahnya dengan rasa gembira dan bersyukur dapat berjumpa dengan orang hebat.

Foto: IG Asyraf Khalid

Pengikut Asyraf turut merasa terinspirasi dengan cerita yang disampaikan dan memuji sikap orang paling kaya di Malaysia itu yang tidak pernah menunjuk kekayaannya dan cukup merendah diri apabila berjumpa dengan sesiapa.

Ada juga yang tertanya-tanya pada Asyraf adakah perbualan mereka menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris namun kebanyakan masa mereka berbual dalam Bahasa Malaysia.

Foto: IG Asyraf Khalid

Selain itu, ada juga pertanyaan tentang pemakanan Vincent yang disediakan dan Asyraf menjawab sejak umur 63 tahun, Vincent Tan menjadi seorang 'vegetarian'.

Foto: IG Asyraf Khalid

Lepas Asyraf siapa pula 'orang-orang popular' yang akan mendekati Vincent Tan? Bertuah dapat jumpa secara berdepan boleh minta tips berniaga.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-1-2022 11:50 AM
itu pun boleh jadi gosip ke nyah...

btw sejak bila dua eko ni retis...

kaka tak terharu pun theyols dapat jumpa vincent..
lagi terharu teringat gambar ni... nak nangis sambil kambuih diri dalam tanah dengan kek2 keras kejung expired dan kek batik kering kontang persis pasir lombong manjung dan batu gajah....


Quote gaban_spacecop 13-1-2022 11:53 AM
Tahun 1980 dia bukak McD di Malaysia. Tujuh tahun sebelum, 1973 dah ada email ke?
Quote CiliPadiSedap 13-1-2022 12:04 PM
gaban_spacecop replied at 13-1-2022 11:53 AM
Tahun 1980 dia bukak McD di Malaysia. Tujuh tahun sebelum, 1973 dah ada email ke?

cariforum wujud 1910 inikan email
Quote love_warrior 13-1-2022 12:04 PM
Dia pon nk selit... Saebok
Quote love_warrior 13-1-2022 12:05 PM
Kalau mak tiri bukan tok ti xde Dato VT nk layan
Quote missbigrockstar 13-1-2022 12:11 PM
Aku ada nampak Fizo Omar pun ada drop komen kat IG asyraf. Fizo pun mesti teringin juga nak masuk league artis/keluarga artis rub shoulders TSV mesti tengah intai peluang juga.
Quote missbigrockstar 13-1-2022 12:13 PM
gaban_spacecop replied at 13-1-2022 11:53 AM
Tahun 1980 dia bukak McD di Malaysia. Tujuh tahun sebelum, 1973 dah ada email ke?

Ya aku pun terfikir benda yg sama. Snail mail kot lah tapi larat ka hantar setiap bulan selama 7 tahun. Mcm terlebih exaggerated je kisah melobby McD ni. Masa tu TSV mesti dah kaya raya antara tycoon 80an, aku rasa ada je dia pi melobi sampai ke MCD HQ di US sana.
Quote Aikiko 13-1-2022 12:34 PM
Nak komen bini dia ex retis Indonesia pun termasuk antr org paling berjaya kat Msia ni tahun lepas
Quote Incanto 13-1-2022 12:40 PM
Edited by Incanto at 13-1-2022 12:43 PM
gaban_spacecop replied at 13-1-2022 11:53 AM
Tahun 1980 dia bukak McD di Malaysia. Tujuh tahun sebelum, 1973 dah ada email ke?

hahahahha...ada typewriter manual jer

dengan telegram ( bukan app kat phone tu)
Quote Orix 13-1-2022 12:52 PM
level dia ni atas sikit je dari iqbal... rupa pn lebih kurg iqbal jua.. bezanya iqbal takde tokti
Quote ninnamina 13-1-2022 12:53 PM
Aikiko replied at 13-1-2022 12:34 PM
Nak komen bini dia ex retis Indonesia pun termasuk antr org paling berjaya kat Msia ni tahun lepas

Iols ada terbaca post firdaus wong yg dia pun kene approach dengan team yg publish buku tu. Kata ada term2 kene beli bapa ribu buku ntah utk layak letak diri dalam list buku tu.. maksudnya nak masuk list ko kene la invest.. tak heran la dulu i nampak founder produk pun masuk list org berjaya malaysia and katanya jadi up point la nama masuk dalam google gituu
Quote Aikiko 13-1-2022 12:58 PM
ninnamina replied at 13-1-2022 12:53 PM
Iols ada terbaca post firdaus wong yg dia pun kene approach dengan team yg publish buku tu. Kata a ...

Ye ye tau dah kes ni
Cuma tulah wonder kalau nm asyraff ni ada skali lam encyclopedia british tuhh
Know2lah bayar depa semua ni
Quote makton 13-1-2022 12:59 PM
dia pun nak jugekkkk
Quote KucingBiru 13-1-2022 12:59 PM
Suspicious betul tetiba VT ni bermesraan dengan social influencers melayu ni.

Ada cabang business tak grow ke, cuba nak indirectly recruit inflencers utk business dia ke.
Quote NEmma 13-1-2022 01:04 PM
Edited by NEmma at 13-1-2022 01:10 PM

Erk mcm lain je.. I rasa Tan Sri VT bukan dtg sbb Asyraf, tapi dia & bininya pulak yg lebih excited.
Quote nuggetkrispy 13-1-2022 01:27 PM
La dia pun nak jugak up nama…
Quote anony-mous 13-1-2022 01:32 PM
Lol!! Jadikan org tu idol tp ko sendiri setakat founder timbang kilo. Aku lg respek kalau peniaga gerai tepi jalan yg meeting dgn VT ni. Not our level yach ponder2 ni
Quote nakkomenjugak 13-1-2022 01:42 PM
So marhaen yang baik hati rendah diri rezeki orang baik still takde chance nak jumpa acik Vincent??
Quote meah_kelabu 13-1-2022 02:52 PM
mcm pelik kan tetibe vincent ni dok rub sholder dgn retis
dahla tu retis haus2 je smue
pelikk

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.174270 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top