CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bantu Pemuda Cina Pakai 'Tie' Nak Pergi Temu Duga Macam Anak Sendiri, Siap Sisir Rambut!

13-1-2022 06:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2613| Komen: 7

Description: Semangat satu Malaysia! Itulah yang dibuktikan apabila tularnya satu video seorang lelaki Melayu yang membantu pemuda kaum Cina.
Semangat satu Malaysia! Itulah yang dibuktikan apabila tularnya satu video seorang lelaki Melayu yang membantu pemuda kaum Cina.

Video berkenaan tular selepas ia dimuat naik di platform YouTube milik seorang YouTuber, Leeroy Wong.

Difahamkan, momen berkenaan merupakan satu daripada eksperimen sosial di sekitar ibu kota, baru-baru ini.


Bantu Pemuda Cina Nak Pergi Temu Duga Macam Anak Sendiri, Siap Sisir Rambut!


Menerusi video itu, Leeroy pada awalnya cuba menghampiri seorang lelaki untuk meminta bantuan untuk mengikatkan tali lehernya.


Menurut Leeroy, dia kononya datang ke ibu kota bagi menghadiri sesi temu duga.

Tanpa berfikir panjang, lelaki tersebut terus mengikatkan tali leher dan turut membantu memakaikannya di kolar baju kemeja Leeroy.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga menyisir rambut hingga membuatkan Leeroy sebak.



Tindakan jujur itu sekali gus membuatkan ramai tersentuh.

Menurut kebanyakan netizen, lelaki tersebut seolah-oleh melayan Leeroy seperti anaknya sendiri.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 13-1-2022 08:25 AM
Sedihnya uncle yg last tu huhu
Quote Buritan 13-1-2022 09:13 AM
Samerosie: Sedihnya uncle yg last tu huhu


Aku pun sian uncle yg lasstttt tuuuu... tetiba mata masuk habuk.. smlm dengo budak autism brrdoa pun aku sebakk.. dah jd dewa sayuu la plk
Quote alongweeda 13-1-2022 01:27 PM
good job malaysian...sian yg unc last tu...sedih..rmai yg kehilangan org tsyg time covid ni
Quote Artemesiaa 13-1-2022 04:51 PM
Rakyat Malaysia kebanyakan masih baik dan suka tolong menolong tak kira bangsa atau agama.  Susah nak jumpa macam tu ditempat lain.
Quote nakkomenjugak 15-1-2022 01:12 PM
Kalau macam ni kan elok dari prank vodo nak mampos bebudak meleisss buat
Ni pun ikut social experiment korea sebenarnya
Quote gerbera.memopad 18-1-2022 10:16 PM
Teringat forumer mana entah hari tu cakap, rakyat Malaysia memang majoriti baik je tak kira bangsa agama. Yang buat onar tu politician je
Quote epullipan 19-1-2022 10:05 AM
gerbera.memopad replied at 18-1-2022 10:16 PM
Teringat forumer mana entah hari tu cakap, rakyat Malaysia memang majoriti baik je tak kira bangsa a ...

betul..ths one mmg totally agred.ble nampak jelas especially puak puak D*P

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062467 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top