CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kawan Menjauh Selepas Berhenti Kerja, Bekas Peguam Temui ‘Keajaiban’ Lepas Makbulkan Permintaan Mak Ayah

12-1-2022 11:00 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1142| Komen: 12|Original author: Cinta Erina

Description: Keputusan Jarir Jafni Harun untuk terjun ke dunia bisnes selepas berkhidmat sebagai peguam selama lima tahun bukanlah sesuatu yang mudah.

Sumber: Instagram Mstar

Keputusan Jarir Jafni Harun untuk terjun ke dunia bisnes selepas berkhidmat sebagai peguam selama lima tahun bukanlah sesuatu yang mudah.

Selain terpaksa menempuhi cabaran yang tidak berkesudahan, dia juga dipandang sinis oleh sesetengah individu kerana sanggup mengadaikan profesion yang hebat itu demi impian baru.


Jarir Jafni berusia 37 tahun, dia lebih senang disapa sebagai Jafni mengakui perjalanan hidupnya itu sebenarnya yang banyak memberi impak dan kematangan dalam dirinya sehingga dia mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini.

"Saya bekerja sebagai peguam selama lima tahun. Saya tukar profesion kerana tercari-cari apa makna hidup ni, apa sebenarnya yang dapat menggembirakan saya? Saya nampak saya suka berniaga. Saya juga seorang yang suka mencuba benda baharu"

"Saya mulakan bisnes butik pada tahun 2013. Bermula dengan ilmu yang sedikit, perniagaan itu berkembang namun akibat pandemik, ia terpaksa ditutup selepas sembilan tahun beroperasi"