CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ini Setan Berkostum Lebai Ke?' - Pencuri Tabung Dilibas Paip, Dimandikan Macam Jenazah

13-1-2022 06:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5555| Komen: 55

Description: Tindakan ahli masjid menjatuhkan hukuman pada pencuri wang tabung mengundang perhatian dan pelbagai kritikan warganet.
Tindakan ahli masjid menjatuhkan hukuman pada pencuri wang tabung mengundang perhatian dan  pelbagai kritikan warganet.

Dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan ahli masjid menangkap seorang remaja lelaki yang didakwa mencuri wang tabung masjid berkenaan.


Kredit foto: Twitter

Susulan itu, dia dihukum dengan dimandikan di atas tempat mandi jenazah. 

Selain itu, dia turut dilibas dengan getah paip dan dilumur dengan kapur barus serta serbuk cendana yang digunakan bagi memandikan jenazah.




Video tular itu mendapat kecaman dan kritikan orang ramai di Twitter berikutan tindakan mereka yang terlibat disifatkan tidak mencerminkan keperibadian orang Islam.

Warganet turut berpendapat meski pencuri tersebut bersalah namun ahli masjid tidak sepatutnya menghukum sedemikian. 




Sebaliknya, mereka harus membuat laporan polis dan serahkan individu tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 13-1-2022 06:38 AM
Nampak setan ngan lobai, rejam lobai dulu
Quote FOTHER-MUCKER 13-1-2022 06:50 AM
Bagi saya ok sahaja jika ditempat lobai tu adalah gang ah long ka gang long tiger ke, tetapi oleh kerana mereka tu golongan lobai tak sesuai lah buat seperti tu.

Apa apa pun padan muka dengan pencuri tu.
Quote ultra78 13-1-2022 06:56 AM
Tekup muka dengan kain dan curah air. Itulah dia waterboarding. Orang kata sensation dia seperti lemas. Teknik torture lama tapi jadi kontroversi selepas CIA mengaku buat di guantanamo bay waktu interrogation suspek pengganas.
Quote Shazid 13-1-2022 07:05 AM
Org yg memukul pencuri ni boleh kene dakwa tak?
Quote noor2 13-1-2022 07:23 AM
Ingat dulu guru sekolah tahfiz sampai mati pelajar tu dia pukul sb hukuman mencuri..

Dasar lobai setan...
Quote venom1 13-1-2022 07:28 AM
silap2 boleh masuk ke dalam pak lobai tu
Quote Kurex 13-1-2022 07:39 AM
Sebab tu iols tak menderma dekat masjid2 / surau..
Duit derma tu masuk poket ajk masjid & beli hiasan masjid, tukar speaker.
Kalau dekat masjid sebelah office iols, iols berani sadaqoh, sebab siap keluarkan audit lagi
Quote rbmy 13-1-2022 07:53 AM
Kurex replied at 13-1-2022 07:39 AM
Sebab tu iols tak menderma dekat masjid2 / surau..
Duit derma tu masuk poket ajk masjid & beli hiasa ...

sedangkan duit rakyat d kebas. apa la sangat duit sedekah masjid. hahahaa
Quote saviour_09 13-1-2022 08:08 AM
takde ciri keimamam langsung
Quote ladybugz 13-1-2022 08:11 AM
marah benar nampak pakcik2 dalam tu. sabar pakcik. tanya dulu keadaan budak tu betul susah atau penagih dll. kalau penagih bawak terus ke pusat serenti kalau benar terdesak boleh bg bantuan tanpa dia perlu mencuri. kalau nakal, denda la dgn cara mendidik. kalau dalam keadaan marah, itu dah dihasut syaitan bukan nak mendidik.
Quote Rajawali 13-1-2022 08:19 AM
tu muka muka ahlil sorga ke?madafaka tul lebai2 tu...konon nampak islamik la kot..tangkap serah kat polis dah le...tu pun tak reti ke lobai oiiii...pak sapa lah ni..hishh
Quote bangcak 13-1-2022 08:22 AM
bila menteri2 dan duta2 khas membisu terhadap penjenayah2 1mdb dan pelabur akaun adik,
rakyat dah mula buat tindakan sendiri je.

nak harapkan menteri2 yg mulut penuh sagon,
menteri agama pon mengaku takde kuasa benteras majlis khurafat
bomoh 1malaysia.

Quote takayama 13-1-2022 08:24 AM
hrp lobai2 ni pun dihukum sebegini juga supaya dia rs apa bdk tu rs
yea bdk tu salah mencuri hbs diaorg tu x salah ke buat mcm tu, apa beza antara dia dgn pembuli diluar sana, hrp polis tahan lobai2 ni, buat malu agama Islam aje, nabi pun x ajar ummahnya bertindak kejam dan niat tidak sesekali menghalalkan cara
Quote annehuda 13-1-2022 08:26 AM
member aku citer, dia tiap2 thn join mesyuarat koperasi masjid, ada bentang kewangan. masjid die je, bukan beso pun, dlm bank puluh2 ribu siap boleh beli aset. tp masa pkp hari tu kasi beras satu rumah sekampit je. bil letrik pun ada diskaun tiap2 bln 10%
Quote johan-adx 13-1-2022 08:34 AM
brp yg budak tu curi? kejadian ni kt mana?
Quote zacks 13-1-2022 08:41 AM
Dalam ni semua sokong pencuri. Bela pencuri.

Nnt kalau rumah kena rompak, boh karpet merah sambil sambut pencuri rompak harta hgpa LOL
Quote fatimahmarkonah 13-1-2022 08:57 AM
zacks replied at 13-1-2022 08:41 AM
Dalam ni semua sokong pencuri. Bela pencuri.

Nnt kalau rumah kena rompak, boh karpet merah sambil s ...

Tak sokong pencurik dan tak sokong tindakan lobai. Pencurik salah lobai pon salah.cuma mayb deols pk lobai suppose fikir rasional la since lobai kn.
Cuba lobai yg buat slah. Mau diratib aib kalo org lain taw.
Quote Itzy 13-1-2022 09:00 AM
zacks: Dalam ni semua sokong pencuri. ...


Bukan sokong pencuri la bongok, tapi kesian tengok sikap tok lobai dan orang ramai yang seakan dirasuk syaitan. Nabi Muhammad pun tak perlakukan umat baginda macam ni walau ada kaum kafir cuba nak bunuh dan hina baginda, ada je kes kencing dapam masjid la tapi Nabi guna pendekatan berhemah dan lembut. Aku rasa malu la tengok sikap orang agama macam ni. Silap2 boleh murtad budak tu.
Quote Simunggu 13-1-2022 09:01 AM
mungkin lobay kenal budak tu...saudaranya juga barangkali..tu yg dia emosi naik angin..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.079548 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top