CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Trafik Terjun Longkang Tersumbat Bersihkan Sampah

13-1-2022 06:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1893| Komen: 20

Description: Biar seragam putih tercalit kotoran, asalkan integriti tidak tercalar. Itu gambaran terhadap tindakan anggota polis trafik yang sanggup turun membersihkan sampah menyebabkan longkang di tepi jalan ray ...
Biar seragam putih tercalit kotoran, asalkan integriti tidak tercalar. Itu gambaran terhadap tindakan anggota polis trafik yang sanggup turun membersihkan sampah yang menyebabkan longkang di tepi jalan raya di Kampung Meruntum, di Putatan, tersumbat semalam.


Tindakan Koperal Shah Erman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu bagi mengalirkan air dalam longkang supaya tidak bertakung di jalan raya.


KOPERAL Shah Erman tular selepas sanggup turun ke longkang bagi membersihkan sampah yang tersumbat di jalan raya di Kampung Meruntum, Putatan. FOTO ihsan pembaca

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, Shah Erman ketika itu sedang menjalankan tugas 'point duty' bersama dua lagi anggota, Sarjan Fadzil dan Konstabel Syazwan yang turut mengawal lalu lintas.


"Mereka menjalankan tugasan melancarkan aliran trafik di kawasan itu dan pada masa sama Shah Erman membersihkan sisa kotoran dalam longkang tersumbat yang menyebabkan air bertakung di atas jalan.

"Saya ucapkan syabas kepada Shah Erman di atas sikap positif yang ditunjukkan kepada masyarakat," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi IPD Penampang, hari ini.

Shah Erman, 35, berasal dari Kuantan, Pahang, sudah sembilan tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Menerusi hantaran itu, satu video berdurasi 2.38 minit yang memaparkan Shah Erman berada di dalam longkang untuk membersihkan sampah tersumbat turut dikongsikan kepada netizen.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pu3_rania 13-1-2022 07:35 AM
Edited by pu3_rania at 13-1-2022 07:37 AM

Syabas kepada anggota polis yang bernama Shah Erman di atas sikap yang terpuji dan berhak mendapat penganugerahan
Quote Chairman 13-1-2022 11:03 AM
alhamdulillah...besar kebajikan yg abam polis ni buat
Quote Simunggu 13-1-2022 11:16 AM
ini lah contoh polis yg baik..bukan asyik nak saman & marah sana sini....terbaik..salut...
Quote keane.somewhere 13-1-2022 11:19 AM
Susah nak jumpa polis baik....yg banyak jahat2 kaki pau
Quote stingerkitkat 13-1-2022 11:19 AM
Dah boleh tambah the scope of duties....monitor longkang tersumbat and if needed..terjun longkang....

Kahlahkahkahkah
Quote hareeeesah 13-1-2022 02:59 PM
1 dalam 100. Dah biasa kot kuantan selalu banjir
Quote Artemesiaa 13-1-2022 04:40 PM
Syabas buat beliau bukan semua sanggup lakukan apa yang beliau buat demi kemudahan orang ramai.
Quote ~boolean 13-1-2022 04:45 PM
dari disyabas2kan polis ni, afdal lagi cari jabatan mana yang lahanat sangat tak buat penyelenggaraan longkang...kalau aku ketua polis penampang aku maki kan aja jabatan2 terlibat sebab menambah kerja anak buah yang kerja bukan dalam skop pekerjaan dia pun..
Quote Skuau 13-1-2022 05:26 PM
pu3_rania replied at 13-1-2022 07:35 AM
Syabas kepada anggota polis yang bernama Shah Erman di atas sikap yang terpuji dan berhak mendapat p ...

makanya gue udah selamatkan mangsa banjir...maka gue patut udah bisa dapat IC nya buk....-indon
Quote highcastle 13-1-2022 10:35 PM
Syabas abang polis..........
Quote Rogue98 13-1-2022 10:41 PM
Good job...selamatkan orang sebelum banjir.
Quote Suchi 13-1-2022 11:05 PM
Sibat mana laa yg buang sampah dlm longkang ni


Quote pu3_rania 13-1-2022 11:24 PM
Skuau replied at 13-1-2022 05:26 PM
makanya gue udah selamatkan mangsa banjir...maka gue patut udah bisa dapat IC nya buk....-indon:lo ...


Ko dah kenapa nak kaitkan dengan IC dan Indon?
Ada wayar dalam kepala yang dah terputus dan terbakar ke
Quote Supersirap 14-1-2022 02:52 AM
Besar kebajikan yang saudara ini dapat
Quote Skuau 14-1-2022 10:11 AM
pu3_rania replied at 13-1-2022 11:24 PM
Ko dah kenapa nak kaitkan dengan IC dan Indon?
Ada wayar dalam kepala yang dah terputus dan terbak ...


ngak buk...sama seperti pak polisinya ...gue udah berjasa kpd rakyat Msia..bisa dpt anugerahnya..jugak sperti buk cadangkan itu....
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:52 PM
trafik_1642038256.jpg
Quote pu3_rania 14-1-2022 01:47 PM
Skuau replied at 14-1-2022 10:11 AM
ngak buk...sama seperti pak polisinya ...gue udah berjasa kpd rakyat Msia..bisa dpt anugerahnya..j ...

Jauh nau menyimpang sampai ke Indon bagai, bingung lah hang ni
Quote ninnamina 14-1-2022 01:49 PM
Tahniah!!!!!
Quote Skuau 14-1-2022 01:53 PM
pu3_rania replied at 14-1-2022 01:47 PM
Jauh nau menyimpang sampai ke Indon bagai, bingung lah hang ni

ngak...buk mudah banget terkesima...makanya gue ngak heran kalau SRK mudah amat dapat DATUK nya...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.309509 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top