CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Kawan Kampung Sampai Kritikal, Polis Buru Botak

12-1-2022 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2182| Komen: 8

Description: Ipoh: Polis mengesan suspek kes pukul seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Cik Zainal dekat Chemor di sini, selepas gambar berkaitan kejadian itu tular dalam media sosial, semalam.
Ipoh: Polis mengesan suspek kes pukul seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Cik Zainal dekat Chemor di sini, selepas gambar berkaitan kejadian itu tular dalam media sosial, semalam.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu selepas adik lelaki mangsa membuat laporan polis mendakwa abangnya berusia 44 tahun dipukul lelaki dikenali sebagai ‘Botak’.




Katanya, pengadu berusia 41 tahun itu mengetahui kejadian menimpa mangsa pada pukul 6.30 pagi, semalam melalui kumpulan WhatsApp keluarga.

“Adik mangsa tidak mengetahui punca kejadian tersebut namun mengesyaki lelaki itu dipukul disebabkan berhutang dengan suspek yang juga rakannya. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan di belakang kepala, lebam di muka serta badan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, pihak hospital mengesyaki mangsa dipukul menggunakan objek tumpul seperti kayu namun lelaki itu tidak mengalami patah di mana-mana bahagian badan.

“Siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 12-1-2022 02:41 PM
kalo mati?

tak  berbaloi sis duk BA tunggu masa nak ke tali gantung
Quote Skuau 12-1-2022 02:58 PM
kalo dh berhutang tu...bayor la....kang 'botak' dh marah tu...dia pi pukui...pastu...kena buru polis lg...walhal...dia hanya minta 'duit dia balik'...pon.Mmmmm.......
Quote Adrif 12-1-2022 04:51 PM
risau botak2 sekalian alam takut dituduh
Quote Adrif 12-1-2022 04:52 PM
kerna botak setitik, rosak botak sebelanga
Quote musangbodoh 12-1-2022 10:46 PM
gengster btol botak...dh pukul lari pulak
Quote Carcosa 13-1-2022 01:14 AM
Memula awal2 Cerita, meols ckp kesiannya dia kena pukul teruk


Sekali dah baca bawah2, berhutang rupanya
Terus tak jadi kesian
Quote sharlenetexas 13-1-2022 01:23 AM
Ipoh lagi. Tahun lepas ipoh gak.

Quote KamikuP 13-1-2022 03:07 PM
Kg Cik Zainal tu beso juge tapi beso lagi Kg Manjoi - ujarku berdialek Perak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045848 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top