CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azam Baki Yakin Tak Bersalah, Minta Semua Bersabar- "Kebenaran Pasti Terungkap"

12-1-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1270| Komen: 6

Description: Sejak minggu lalu, negara dikejutkan dengan berita mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai isu pemilikan jutaan saham.
Sejak minggu lalu, negara dikejutkan dengan berita mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai isu pemilikan jutaan saham.


Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Bagaimanapun, kenyataan beliau ditentang oleh enam ahli LPPR lain iaitu Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Profesor Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Foto: Malay Mail

Mereka menegaskan kenyataan Abu Zahar itu adalah pendapat peribadi beliau semata-mata.

Situasi itu membangkitkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif tanpa ada jawapan yang pasti.

Susulan itu, Abu Zahar pada Selasa memaklumkan dalam sidang media bahawa beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak atau organisasi pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, beliau turut menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR sekiranya kenyataan media yang dibuat beliau telah menimbulkan salah faham sehingga ke tahap menjatuhkan nama baik SPRM secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, Azam sendiri pada Selasa meminta agar semua pihak bersabar kerana 'kebenaran akan terungkap tidak lama lagi'.

Beliau sendiri telah menyerahkan dirinya kepada jawatankuasa-jawatankuasa SPRM untuk menyiasat dan percaya kebenaran akan diketahui semua orang satu hari nanti.

Malah katanya, sekiranya kes itu dirujuk, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara LPPR kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.

Beliau juga yakin tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa seperti yang didakwa pihak tertentu. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 12-1-2022 02:25 PM
dia ni spesis muka kulit biawak ea..letak jawatan je la orang sana tu ada bahan bukti
Quote stingeritters 12-1-2022 02:27 PM
Nak kebenaran terungkap..ko tak boleh dilihat obstructing the process of justice dgn masih berada pada kedudukhen pucuk pimpinan sekarang.....baru proses perundangan dan keadilan iteww be seen as being served...
Quote lipans 12-1-2022 02:34 PM
Kalau yakin, sila bercuti. Dah bersih, masuk kerja balik.
Quote cikmouse 12-1-2022 02:57 PM
Yg tertuduh nieeee duk diam2 x boleeee kerrrr?..sibuk pulok nk komen mcm2...
Quote chinta89 12-1-2022 03:46 PM
sabar jap, tgh pikir nk konar baring psl kes ni
Quote jas7512 12-1-2022 04:56 PM
Hhm. Kebenaran blh disembunyi dgn kuasa dan duit....ntahlah...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.534711 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top