CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Uber Eats Dapat Tip RM8,000 Lepas Tulis Sajak

12-1-2022 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1172| Komen: 0

Description: Seorang pemandu aplikasi penghantaran makanan Uber Eats di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) berjaya menyentuh hati pelanggannya atas keprihatinan ditunjukkan, lapor Daily Star.
Seorang pemandu aplikasi penghantaran makanan Uber Eats di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) berjaya menyentuh hati pelanggannya atas keprihatinan ditunjukkan, lapor Daily Star.


Pelanggan tersebut, Tracy Ramirez berkata, dia menerima pesanan makanannya bersama sekeping nota mengandungi sajak tulisan tangan beserta beg cenderahati berisi gula-gula dan pelitup muka.


Kerdit foto: TikTok

Ramirez yang berasakan perbuatan itu sangat bermakna cuba mencari pemandu itu untuk memberikan tips dengan memuat naik video di TikTok.

“Pemandu Uber Eats ini bukan sekadar menghantar makanan tetapi lebih daripada itu,” tulisnya pada keterangan video tersebut.


Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut berjaya mengumpul tips daripada pengikut laman sosialnya berjumlah AS$2,000 (RM8,388) buat pemandu Uber Eats yang dikenali sebagai Donald itu.



Ramirez berjaya menjejaki Donald tidak lama selepas itu dan menyerahkan tips yang dikumpul sambil mengatakan lelaki itu layak menerima wang tersebut atas keprihatinannya dalam menjaga perkhidmatan pelanggan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064017 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top