CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu, Bayi 3 Bulan Maut Dipijak Gajah

5-1-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 902| Komen: 2

Description: Harare: Seorang wanita dan bayinya yang berusia tiga bulan mati dipijak seekor gajah di tenggara Zimbabwe, kata pihak berkuasa taman negara itu.
Harare: Seorang wanita dan bayinya yang berusia tiga bulan mati dipijak seekor gajah di tenggara Zimbabwe, kata pihak berkuasa taman negara itu.

Wanita berusia 23 tahun dari pedalaman Chipinge membawa bayinya melawat saudara-mara di komuniti jiran sempena Tahun Baru, dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka terserempak dengan sekumpulan gajah.


Foto: AFP

"Seekor gajah kemudian tiba-tiba menyerang dan membunuh wanita bersama bayinya," kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe (Zimparks) Tinashe Farawo kepada AFP.

Konflik antara manusia dan hidupan liar adalah masalah ketara di bahagian terpencil di Zimbabwe.


Menurut Zimparks, 40 orang terbunuh antara Januari dan Oktober tahun lalu.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 5-1-2022 11:26 AM
Allahuakbar!! kesiannya
Quote Artemesiaa 5-1-2022 02:30 PM
Mengerikan sebab tu kalau nampak sekawan gajah jangan berani nak terjah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040003 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top