CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Meninggal Dunia Dalam Kereta Depan Pusat Beli-belah

4-1-2022 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1136| Komen: 0

Description: Seorang wartawan akhbar Cina ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di hadapan pusat beli-belah di Alor Setar pagi tadi.
Seorang wartawan akhbar Cina ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di hadapan pusat beli-belah di Alor Setar pagi tadi.

Ng Eng Boon, 44, dilaporkan ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Kredit foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengsahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 4.07 pagi ini.

“Semasa mangsa ditemui, enjin kereta masih hidup dan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.


Beliau berkata, mayat mangsa yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.157700 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top