CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pandu Melulu, Potong Kenderaan Secara Berbahaya Kerana Lewat Temujanji

4-1-2022 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2021| Komen: 6

Description: Tergesa-gesa kerana lewat menghadiri temujanji. Itu alasan diberi lelaki yang dikesan memandu secara melulu dan berbahaya ketika memotong kenderaan lain di Jalan Batu Puteh-Sungai Kob, Kulim, kelmarin ...
Tergesa-gesa kerana lewat menghadiri temujanji. Itu alasan diberi lelaki yang dikesan memandu secara melulu dan berbahaya ketika memotong kenderaan lain di Jalan Batu Puteh-Sungai Kob, Kulim, kelmarin.


Lelaki berusia 42 tahun itu memberi alasan berkenaan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim semalam, bagi membantu siasatan video tular di media sosial seorang pemandu memandu secara berbahaya.


Kenderaan hitam dipandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Batu Puteh-Sungai Kob dirakam seorang pengguna jalan raya sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam berkata, pihaknya mengesan satu video dirakam melalui 'dashcam' pengguna jalan raya menunjukkan tindakan Toyota Alphard hitam dipandu secara melulu ketika sedang memotong kenderaan lain.


Menurutnya, video itu memaparkan tindakan pemandu terbabit yang tidak menghiraukan kenderaan lain yang datang dari arah hadapan dan langsung tidak mengelak.

"Hasil penelitian video terbabit menunjukkan kejadian berlaku 5.39 petang dan susulan daripada itu kita berjaya mengesan pemandunya dan meminta dia hadir ke balai polis.

"Ketika disiasat, lelaki yang tinggal di daerah ini memberitahu dia terpaksa memandu secara berbahaya dan melulu kerana sudah terlambat untuk menghadiri satu temujanji," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, alasan itu langsung tidak munasabah dan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit dengan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sekiranya sabit kesalahan, pemandu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15, 000 serta lesen memandu boleh digantung.

"Sehubungan itu, kita berharap orang ramai tampil sebagai saksi di IPD Kulim bagi melengkapkan siasatan dalam kes ini," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 4-1-2022 03:40 PM
dah la beso gabak kurang ajar mcm tu
dibuatnya ko hentam axia ke viva kecik2 tu mau byk nyawa melayang
Quote miznora 4-1-2022 05:11 PM
Alasan je tu nak lepas diri
Quote faraway1 4-1-2022 05:13 PM
Yea yea lepas tu accident, satu habuk pun takda.
Quote Artemesiaa 4-1-2022 05:13 PM
Dah tahu ada temujanji yang tak keluar awal2 dah kenapa.  Lambat temujanji tak boleh dijadikan alasan buatnya memandu ikut suka hati.
Quote Simunggu 4-1-2022 05:15 PM
padahal sakit perut nak terceret
Quote Supersirap 8-1-2022 01:38 PM
Alasan tidak boleh terima ya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.193227 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top