CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spirit Doll "Patung Arwah" Kini Jadi Fenomena Di Indonesia

4-1-2022 02:11 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3540| Komen: 14

Description: INDONESIA - Kebelakangan ini muncul satu fenomena baru iaitu mengambil anak patung sebagai anak angkat dan memperlakukannya seperti bayi.



INDONESIA - Kebelakangan ini muncul satu fenomena baru iaitu mengambil anak patung sebagai anak angkat dan memperlakukannya seperti bayi.

Fenomena ini dimulai di Indonesia sejak pertengahan tahun 2021 dan ramai di kalangan selebriti turut mengaku sudah mempunyai beberapa koleksi patung tersebut yang menemani mereka dikala sendirian.

Spirit doll atau patung arwah bermaksud patung yang telah dirasuki arwah penasaran. Kononnya, roh arwah yang bersemayam di tubuh patung tersebut adalah roh arwah bayi yang meninggal dunia akibat keguguran.



Maka dengan itu, patung arwah dikatakan memiliki sifat manja dan perlu dijaga seperti bayi.

Namun dari sumber lain pula menafikan patung arwah dari arwah bayi yang meninggal dunia akibat keguguran sebaliknya patung tersebut "berisi" entiti makhluk halus.


Memetik detikNews, dipercayai kononnya patung tersebut boleh mendatangkan keuntungan dan nasib yang baik bagi penjaganya. 

Penyampai dan designer, Ivan Gunawan, Celine Evangelista, Ruben Onsu, Nora Alexendra dan Lucinta Luna antara selebriti yang turut mempunyai patung ini.



Harga Spirit Doll dijual dipasaran hingga mencapai jutaan rupiah. 

Dipetik dari BBC, fenomena patung arwah bermula di Thailand pada 2016 oleh pelopornya, Mae Ning. Di Thailand, patung arwah ini disebut 'luk thep', bermaksud anak malaikat.  

Apa pun, sebagai Muslim kita dilarang memiliki barangan yang boleh mendatangkan syirik. - CARI
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tatod 4-1-2022 02:17 PM
The Kumanthong Doll
Quote cikatilia 4-1-2022 03:39 PM
eh eh ko dah kenapa pingin sgt hantu baby gitu
ingat hantu baby xganas ke?
Quote becir 4-1-2022 03:54 PM
Sister @dani-rox dah cam Nadja What we do in the shadows punya doll..
Quote LadyDee88 4-1-2022 04:07 PM
mcm cite kat vietnam kat netflix tu.. the guardian
Quote ninja boy 4-1-2022 04:09 PM
Tak seram ke
Quote manehnya 4-1-2022 04:33 PM
yg muka mcm bini chucky tu takodd
Quote Artemesiaa 4-1-2022 04:36 PM
Thread dah ada
Quote watatakut 4-1-2022 04:42 PM
dorang  ni non muslim kan
Quote pinksarah 4-1-2022 04:45 PM
ni yg dipanggil kumathong doll kan?

mmg some kumanthong yg powerful depa tanam anak kerak dlm body kumanthong doll tu..

together with mantras..

owner of kumanthong doll kena kerap puja the doll sbb nature anak kecil yg suka dimanja belai di usung dukung kemana2

viets pon ramai ada kepercayaan terhadap kumanthong doll ni
Quote rastaf 4-1-2022 04:59 PM
lucinta luna tu bukan pondan yang mengaku pregnan ke
Quote dani-rox 4-1-2022 08:43 PM
becir replied at 4-1-2022 03:54 PM
Sister @dani-rox dah cam Nadja What we do in the shadows punya doll..

kan? doll dia siap merajuk lg, sbb kurang perhatian dan kasih sayang
Quote watatakut 5-1-2022 01:12 PM
baik bela anak ikan lagi untung banyak benda boleh buat dari patung angker ni
Quote glump 5-1-2022 01:22 PM
Ala orang dulu2 dah lama bela patung2 ..tapi  rupa Tak lah 'cute'.contoh belaan org lama toyol,bajang, hantu raya,susuk Dan seumpamanya.
Quote Dwdrum 5-1-2022 02:41 PM
Jika betul akak mahu bela seekor... Hidup senang semua benda hantu boleh tolong buat... Bangun tidur saja semua sudah siap dan boleh jadi glamour segera... Goyang kaaki saja... Yang benak percaya law of attraction itu miracles...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066260 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top