CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditikam Lepas Mengaku Suka Adik Rakan Serumah

4-1-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1841| Komen: 4

Description: Lelaki warga India maut dipercayai ditikam rakan serumahnya dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Happy Jalan Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini awal pagi semalam.
Lelaki warga India maut dipercayai ditikam rakan serumahnya dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Happy Jalan Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden berkenaan pada pukul 2.30 pagi.


Gambar hiasan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa, seorang pekerja am berusia 22 tahun bersama rakannya warga Pakistan, 26, menikmati minuman keras di dalam bilik suspek di bahagian atas rumah kira-kira 12.30 tengah malam sebelum berlaku pertengkaran mulut dipercayai selepas mangsa menyatakan meminati adik lelaki itu.


"Pergaduhan itu menyebabkan mangsa ditikam menggunakan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di bahagian dapur di tingkat bawah pada pukul 1.50 pagi.

"Susulan kejadian itu, lelaki yang juga rakan sekerja mangsa itu ditahan selain pakaian, telefon bimbit dan pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dirampas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kredit foto: Sinar Harian/PDRM

Aidi Sham berkata difahamkan mangsa baru setahun bekerja di sebuah kilang di Port Dickson.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat manakala suspek direman tujuh hari mulai hari ini (3 Jan).

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 4-1-2022 02:39 PM
cerita ni cukup perisa

ada arak, ada wanita, ada Yindia versus Pakistan. PD pulak tu.

bangnon tersenyum sinis ka tak ni

Quote Belibis 4-1-2022 04:29 PM
..dan paling penting,nama taman..Taman Happy.[em:4:]
Quote Adrif 4-1-2022 06:14 PM
mabuukkkk
Quote epullipan 5-1-2022 09:04 AM
tgh mabuk mmg macam2 bole berlaku

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.068266 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top