CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lakukan Hubungan Intim, Kahwin Tanpa Kebenaran.. 3 Anggota Polis Disiasat

22-12-2021 11:24 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5240| Komen: 31

Description: KOTA BHARU: Salah laku melibatkan segelintir penjawat awam bukanlah sesuatu perkara baru. Bak peribahasa ‘seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit".




KOTA BHARU: Salah laku melibatkan segelintir penjawat awam bukanlah sesuatu perkara baru. Bak peribahasa ‘seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit".

Terkini, menjalinkan hubungan intim dengan orang awam dan berkahwin tanpa kebenaran antara 116 kesalahan tatatertib pegawai serta anggota polis di Kelantan yang dikesan sepanjang tahun ini, lapor Utusan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua anggota polis dipercayai menjalinkan hubungan intim dengan orang awam manakala seorang lagi didapati berkahwin tanpa kebenaran di Indonesia.

Katanya, ketiga-tiga kes itu masih dalam siasatan dan jika anggota tersebut didapati terlibat, mereka boleh dikenakan amaran atau denda yang sepatutnya. 


“Daripada 116 kes itu, 61 kes melibatkan anggota sama dan telah selesai siasatan manakala baki 51 kes masih dalam siasatan.



“Kebanyakan kesalahan warga PDRM Kelantan adalah penyalahgunaan dadah dengan 19 kes, jenayah 16 kes dan rasuah 1 kes,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Shafien berkata, sepanjang tahun ini, tujuh anggota dibuang kerja, 32 anggota masih ditahan kerja kerana terlibat dengan kes jenayah, dadah serta rasuah, 15 anggota diberi surat amaran dan lapan anggota menerima surat teguran. 

Siasatan dan tindakan tegas perlu sentiasa diambil bagi mencari anggota-anggota yang bermasalah untuk mengelakkan imej PDRM yang menguatkuasa undang-undang tercemar. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 22-12-2021 11:43 AM
menjalinkan hubungan intim tu maksudnya ngongkek la kan..ke skandal
Quote ifanonline 22-12-2021 11:44 AM
ramai anak polis tak menjadi
Quote ifanonline 22-12-2021 11:44 AM
cmf_ctrl replied at 22-12-2021 11:43 AM
menjalinkan hubungan intim tu maksudnya ngongkek la kan..ke skandal

andartu ke awak ni?
Quote noor2 22-12-2021 11:47 AM
Kawin tanpa kebenaran tu salah ke darisegi hukum syarak..hukum Islam?
Quote AbukRokok 22-12-2021 11:56 AM
tuan saya nak kawin dengan si tuuuu

tuan: tak boleh..sya pun nak dia juga
Quote anakjiran 22-12-2021 12:05 PM
noor2 replied at 22-12-2021 11:47 AM
Kawin tanpa kebenaran tu salah ke darisegi hukum syarak..hukum Islam?



syarak memang lah tak salah,.undang2 Malaysia je salah sebab tak register.sama macam kahwin kat siam gak
Quote anakjiran 22-12-2021 12:06 PM
ifanonline replied at 22-12-2021 11:44 AM
ramai anak polis tak menjadi



ayat ni selalu dengar zaman sekolah dulu.tapi ada anak polis sorang tu bijak siap masuk Mrsm lagi
Quote stingergundu 22-12-2021 12:14 PM
Serambi!

Keh keh keh
Quote ifanonline 22-12-2021 12:22 PM
anakjiran replied at 22-12-2021 12:06 PM
ayat ni selalu dengar zaman sekolah dulu.tapi ada anak polis sorang tu bijak siap masuk Mrsm lag ...

budak masuk mrsm tak semestinya pandai...
Quote hyie 22-12-2021 12:35 PM
noor2 replied at 22-12-2021 11:47 AM
Kawin tanpa kebenaran tu salah ke darisegi hukum syarak..hukum Islam?

kalau tak silap, meols pernah terbaca kat porem ni kot, badan uniform macam polis kalau nak kahwin dua kena maklum orang atasan dulu untuk kebenaran. Rasanya la...atau itu mungkin polis Uganda tiberrr
Quote KIM.K 22-12-2021 12:39 PM
Sekarang ke nak buat berita tajuden ni
Respect time banjir tak boleh ke
Quote Artemesiaa 22-12-2021 12:42 PM
Time banjir ni ramai lebih suka layan berita banjir dari berita macam ni
Quote KamikuP 22-12-2021 02:16 PM
ifanonline: ramai anak polis tak menjadi


Meolss kenal sorang anak bekas polis ni.. dia ada anak haram ngan awang hitam cuollss

Quote airmineral 22-12-2021 02:20 PM
yg iols dgr tentera kena dpt kebenaran pegawai atasan klau nak kawen lagi 1
polis mcm xpnh dgr je..
Quote Mulotkoyak 22-12-2021 04:00 PM
Kalo swasta pun kne tindakan disiplin mesti lagi ramai kne buang koje. Hahaha... Sng sikit ak nak naik pangkat and gaji.
Quote musangbodoh 22-12-2021 05:03 PM
AbukRokok replied at 22-12-2021 11:56 AM
tuan saya nak kawin dengan si tuuuu

tuan: tak boleh..sya pun nak dia juga



salah tu...yg btolnya...

tuan: tak boleh..sya pun nak dia juga
tuan: (hehe bekas aku tu...)


Quote achinto 22-12-2021 05:35 PM
airmineral replied at 22-12-2021 02:20 PM
yg iols dgr tentera kena dpt kebenaran pegawai atasan klau nak kawen lagi 1
polis mcm xpnh dgr je..
...

kena jugak tak silap. bapak kawan i dulu kawen bini kedua tanpa kebenaran, kena demote terus
Quote mojarean_X 22-12-2021 05:37 PM
Ada yg lebih penting dari hubungan intim dlm hidup ini
Quote ally9970 22-12-2021 06:08 PM
Ada hubungan intim dengan org awam tak boleh eh? Kalau hubungan intim sesama anggota mcm mana?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.279587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top