CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kehadiran 50 Ikan Lumba-lumba Bukan Petanda Tsunami

22-12-2021 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2348| Komen: 3

Description: Kehadiran kira-kira 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan berdekatan Jeti Teluk Kumbar dekat sini kelmarin didakwa bukan petanda akan berlakunya kejadian ombak besar atau tsunami yang pernah berlaku di ...
Kehadiran kira-kira 50 ikan lumba-lumba di perairan berdekatan Jeti Teluk Kumbar dekat sini kelmarin didakwa bukan petanda akan berlakunya kejadian ombak besar atau tsunami yang pernah berlaku di negeri ini kira-kira 17 tahun.


Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Aileen Tan berkata, pihaknya menolak dakwaan kehadiran hidupan laut yang dilindungi di perairan negeri ini merupakan isyarat bencana sebaliknya adalah normal bagi penemuan spesis itu setiap hujung tahun.


Penemuan 50 ikan lumba-lumba di perairan dekat Jeti Nelayan Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini kelmarin.

Mengulas lanjut katanya, ketika ini adalah musim ikan lumba-lumba bermigrasi mencari sumber makanan.


“Setiap penghujung tahun hingga awal tahun, penemuan ikan lumba-lumba adalah lebih kerap. Masa ini juga adalah musim migrasi untuk ikan tuna dan kembung.

“Rasanya bukan (petanda tsunami) kerana setiap tahun masa yang sama kekerapan penemuan ikan lumba-lumba adalah lebih tinggi. Kebetulan tiupan angin juga berlaku berdekatan pada dua tiga hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kelmarin, Kosmo! Online melaporkan sekumpulan terdiri tiga nelayan pantai tergamam sebaik terserempak dengan kira-kira 50 ekor ikan lumba-lumba berhadapan dengan Jeti Nelayan Teluk Kumbar.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 23-12-2021 02:11 AM
Dolphin-Names-1024x576.jpg
Quote mbhcsf 23-12-2021 02:16 AM
hehehehe....ntahlah tsunami ke ape ke, tapi logik juga bila tengok musim , Nov - Jan - winter kot kat hemisfera utara bumi so...depa migrate ke lautan yg lebih panas...harapnya teori ni betul.

kalau tsunami  kena tengok perbahan tabiaat  haiwan haiwan laut lain jugak...

Quote orenmango 23-12-2021 07:52 AM
"Rasanya bukan"... rasanya

Semua Allah yg tentukan, kita doa yang baik-baik sajalah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.059382 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top