CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratu Elizabeth Dah Tak Bagi Putera William Bawa Helikopter, Takut Terhempas

22-12-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3825| Komen: 23

Description: Ratu Britain, Ratu Elizabeth menggesa cucunya, Putera William supaya berhenti membawa helikopter bersama keluarganya kerana bimbang jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.
Ratu Britain, Ratu Elizabeth menggesa cucunya, Putera William supaya berhenti membawa helikopter bersama keluarganya kerana bimbang jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.


Ratu Elizabeth, 95, dilaporkan berbincang dengan William supaya beliau tidak menerbangkan helikopter sambil membawa keluarganya dalam masa terdekat ini, terutamanya ketika cuaca buruk kerana bimbang berlakunya kemalangan.


Kredit foto: IG Duke and Duchess of Cambridge

William bersama isterinya, Kate Middleton dan tiga anak mereka sering menaiki helikopter dari kediaman mereka di Istana Kensington di London ke Anmer Court di Norfolk yang berjarak 185 kilometer.


Berdasarkan sumber istana, Ratu Elizabeth melarang William untuk menaiki helikopter buat masa sekarang kerana keadaan cuaca yang tidak menentu, selain menyifatkan pengangkutan itu tidak selamat.

“Kerisauan itu menyebabkan Ratu Elizabeth kerap tidak tidur malam. Beliau tahu William merupakan juruterbang yang cekap, namun merasakan tidak berbaloi untuk merisikokan keluarganya dengan sebarang insiden tidak diingini.

“Ratu Elizabeth menaruh kepercayaan kepada William dan Kate untuk meneruskan monarki Britain dan sehubungan itu, beliau sangat bimbang sekiranya berlaku perkara buruk terhadap keluarganya,” jelas sumber itu.

Dalam pada itu, William dan keluarganya sering menaiki helikopter sambil ditemani pegawai istana, namun sejak kebelakangan ini, beliau lebih selesa membawa helikopter sendiri.

Berikutan kebimbangan Ratu Elizabeth, William dan keluarganya mungkin mencari kediaman di Windsor untuk mengurangkan penggunaan helikopter dalam aktiviti harian mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 22-12-2021 03:24 PM
bakalan king n queen gitu yang dapat diharap untuk masa sekarang...berbanding dgn apaknya sendiri
Quote supernaturalee 22-12-2021 05:07 PM
menten k8

anak 3 besor2 manusie dh haaa
Quote sharlenetexas 22-12-2021 05:20 PM
Charlotte mcm muka onyang.

Quote tumpanglalu74 22-12-2021 05:29 PM
Edited by tumpanglalu74 at 22-12-2021 05:32 PM

Mungkinkah kerane time traveller ini ade mengatekan cucunde baginde mati terhempeh:

IMG_20211222_172523.jpg

https://www.godlikeproductions.com/forum1/message4727607/pg5

Maka jike benar Meghan semakin dekat naik takhte jike yang tinggey nanti hanye cicitende Putere George & Puteri Charlotte sahaje?  Meke mangkat sorang2 makanye nanti somi beliyau teros naik takhte.
Quote Artemesiaa 22-12-2021 05:31 PM
Kalau dah sekeluarga naik apa2 jadi hilanglah warisnya dan pasti si granny tak nak yang satu lagi tu jadi penganti
Quote mama_cat 22-12-2021 07:22 PM
takut sejarah berulang kembali.. dulu ada prince william jugak mati terhempas... sepupu QE ni.. hensem orgnya... sejenis carefree...
Quote cmf_premierleag 22-12-2021 07:26 PM
pujaan ummah2 meleis berkerak pd kokesen BRF  
Quote dani-rox 22-12-2021 07:33 PM
travel pun tak bole sekeluarga, walau naik keta sekalipun. apa2 terjadi, sekurang2nya masih ada waris yg hidup dan terselamat.

tingat kisah kump. popular adik beradik 90an, Ace of Base - tatkala tgh tour ke, promo ke mana2, mak dia org tak bg naik flight sama2. katanya, dia takut semua anak dia mati sekaligus

jom layan, rindunya the 1990s... tiberr

[youtube]iqu132vTl5Y[/youtube]




Quote becir 22-12-2021 07:38 PM
dani-rox replied at 22-12-2021 07:33 PM
travel pun tak bole sekeluarga, walau naik keta sekalipun. apa2 terjadi, sekurang2nya masih ada wari ...

Loh Adik beradik ke theyols..

Kalau u minat 90s sure u minat Derry girls kan
Quote becir 22-12-2021 07:41 PM
mama_cat replied at 22-12-2021 07:22 PM
takut sejarah berulang kembali.. dulu ada prince william jugak mati terhempas... sepupu QE ni.. hens ...

Kan, heartthrob sgt si William tu..tengok muka family diaorg zaman berzaman yg meninggal ni paling elok kejadian..


Quote dani-rox 22-12-2021 07:52 PM
becir replied at 22-12-2021 07:38 PM
Loh Adik beradik ke theyols..

Kalau u minat 90s sure u minat Derry girls kan

Ha'ah, tiga drpd empat org ahli tu adik beradik.

Derry Girls? Opkos ai tengok sis, kisah remaja yg hampir dgn realiti esp pakaian dan fesyen rambutnya. Watak Sister Michael lawak sgt.



tak mcm citer remaja Holywood - belasan thn tp rupa sofistikated mcm org dewasa umur 30an khabarnya musim baru Derry Girls nanti final season, ai iz sedih.
Quote Suchi 22-12-2021 08:03 PM
Dah knp angkut satu pemeli dah tau korang tu pewaris tahta.
Janganla cari pasal.
Quote sharlenetexas 22-12-2021 08:04 PM
tumpanglalu74 replied at 22-12-2021 05:29 PM
Mungkinkah kerane time traveller ini ade mengatekan cucunde baginde mati terhempeh:



Takmo lah kuin meghan kepam. Euwww.

Quote sharlenetexas 22-12-2021 08:06 PM
cmf_premierleag replied at 22-12-2021 07:26 PM
pujaan ummah2 meleis berkerak pd kokesen BRF

Tapi bukan meghan kepam n harry kepam.

Quote che-cikL 22-12-2021 08:18 PM
tumpanglalu74 replied at 22-12-2021 05:29 PM
Mungkinkah kerane time traveller ini ade mengatekan cucunde baginde mati terhempeh:



Byk ya sis, org acah2 time traveller ni ya? Ini yg travel ke tahun bila sis? Bukan yg pernah ada thread dlm ni kan? Sebab yg tu macam banyak ratus ke depan. Yg ni maybe 20, 30 tahun ke depan je kut ya, sebab tu tulis Elon Musk ada hidup lagi.

Si time traveller tak boleh ke reveal apa yg ganti FB tu .... Nampak nau dia menipunya. Kalau ye, mesti selamba je boleh mention apa ke benda medsos masa depan zaman yg dia sampai tu.
Quote mama_cat 22-12-2021 11:58 PM
becir replied at 22-12-2021 07:41 PM
Kan, heartthrob sgt si William tu..tengok muka family diaorg zaman berzaman yg meninggal ni paling ...

dia dpt genetik lawa2 ja... mak dia pun dah tua kan masa beranakkan dia... hit the jackpot gitu.. pak menakan si charles la kan kalau ikut pangkat...
Quote mama_cat 23-12-2021 12:01 AM
dani-rox replied at 22-12-2021 07:52 PM
Ha'ah, tiga drpd empat org ahli tu adik beradik.

Derry Girls? Opkos ai tengok sis, kisah remaja y ...

sister michael tu mmg lawak.. tgk british bake off versi depa pun lawak gila... hahhah... jgnla diberhentikan series ni... asyik2 sitcom USA yang tak habis2 ngan isu woke depa.. bosan... derry girls ni best, santai ja.. punchline pun lawak2...
Quote rikiruj 23-12-2021 12:01 AM
Taknak spare naik la tu pasal dah burn the bridge…
Quote dani-rox 23-12-2021 12:40 AM
mama_cat replied at 23-12-2021 12:01 AM
sister michael tu mmg lawak.. tgk british bake off versi depa pun lawak gila... hahhah... jgnla di ...

kan sis? british punya comedy jenis dry humour, deadpan and witty. muka selamba jah tp ayat kelakar hahaha
beza pelakon citer remaja hollywood dan uk


Derry Girls mengimbau kenangan sgt: baby-t belang2, baggy jeans, rubber choker, kelip rambut yg halus2 tuh, rambut kinting2

anyhoo kalau US comedy series yg ai layan kat Netflix, Unbreakable Kimmy Schmidt... suka tengok gelagat Titus Andromedon


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.444173 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top