CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki, Kanak-kanak Dipercayai Dihanyutkan Arus Ketika Redah Air Di Padang Bola

22-12-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2776| Komen: 12

Description: Dua lelaki termasuk kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh pada Selasa.
Dua lelaki termasuk kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh pada Selasa.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 3.15 petang sebelum menggerakkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab ke lokasi kejadian.


Gambar hiasan

"Kenyataan saksi kepada polis mendakwa terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak meredah air di kawasan tersebut sebelum dihanyutkan arus dan hilang. Bagaimanapun setakat ini identiti mereka masih belum dikenal pasti.


"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam menggunakan bot aluminium dan dijalankan secara surface searching atau pencarian di kawasan permukaan air di lokasi kejadian dengan radius pencarian seluas 500 meter persegi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ismail berkata, operasi ditangguhkan pada jam 5.15 petang Selasa dan bersambung pada pagi Rabu.

Sementara itu, operasi SAR terhadap Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Belat, Kuantan pada Sabtu lalu masih diteruskan dan telah meliputi jarak 20 kilometer serta di kawasan sawit seluas 10 hektar.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 22-12-2021 11:13 AM
Tak tau nak ckp.. doa pd Allah je laa.. tak mampu buat ape
Quote Nnasda53 22-12-2021 12:13 PM
Moga semuanya selamat hendaknya.
Quote ketambangkang 22-12-2021 12:56 PM
Buritan replied at 22-12-2021 11:13 AM
Tak tau nak ckp.. doa pd Allah je laa.. tak mampu buat ape

takpe beb, doa tu pon pertolongan utk mereka jugak
Quote Artemesiaa 22-12-2021 01:28 PM
Moga mereka segera ditemui.  Bahaya main raduk air time banjir ni susah nak pasti mana kawasan ada longkang ke hapa.
Quote hareeeesah 22-12-2021 02:47 PM
Kadang tu air datang deras tak dijangka. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungannya..
Quote nononcrux 22-12-2021 03:33 PM
moga mangsa selamat ditemui dalam apa jua rintangan.. amin yra
Quote supernaturalee 22-12-2021 03:57 PM
Sementara itu, operasi SAR terhadap Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Belat, Kuantan pada Sabtu lalu masih diteruskan dan telah meliputi jarak 20 kilometer serta di kawasan sawit seluas 10 hektar.


bunuh diri ke ape ni

Quote KIM.K 22-12-2021 03:59 PM
Tu pasal kena ikat tali
Quote musangbodoh 22-12-2021 05:13 PM
gambar hiasan x sesuai lansung...ngeri tgk...
Quote musangbodoh 22-12-2021 05:14 PM
KIM.K replied at 22-12-2021 03:59 PM
Tu pasal kena ikat tali

tali? teringat kes bomba aritu...kes tali nie lah..
Quote mojarean_X 22-12-2021 05:31 PM
Ya Allah, sedihnya
Quote KIM.K 22-12-2021 05:35 PM
musangbodoh replied at 22-12-2021 05:14 PM
tali? teringat kes bomba aritu...kes tali nie lah..


Kes kepala air kan?
Iols nampak banjir kalini orang guna tali

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062922 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top