CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sel Otot Manusia Dihantar Ke Angkasa Lepas Untuk Hidup Lebih Lama

21-12-2021 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1273| Komen: 6

Description: Beberapa sel kecil otot manusia akan ‘diterbangkan’ ke angkasa lepas dalam satu eksperimen yang dapat membantu manusia untuk hidup lebih lama dan lebih sihat, lapor akhbar Daily Star semalam (kelmar ...
Beberapa sel kecil otot manusia akan ‘diterbangkan’ ke angkasa lepas dalam satu eksperimen yang dapat membantu manusia untuk hidup lebih lama dan lebih sihat, lapor akhbar Daily Star semalam (kelmarin).


Projek bernilai £1.2 juta (RM6.7 juta) yang ditaja Agensi Angkasa Lepas Britain itu menyaksikan sebuah kapsul dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Florida, Amerika Syarikat, hari ini (semalam).


Kredit foto: Daily Mail

Menerusi projek digelar MicroAge itu, sel manusia yang dihasilkan di dalam makmal yang bersaiz sebutir beras akan diletakkan di dalam  bekas kecil bersaiz pengasah pensel.

Ketika berada di angkasa lepas, ia akan dirangsang oleh tenaga elektrik untuk menghasilkan pengecutan dalam tisu otot. Para saintis seterusnya akan memantau tindak balas yang berlaku.

Eksperimen itu akan digunakan bagi memahami situasi yang akan berlaku kepada manusia ketika proses penuaaan.

“Proses penuaan merupakan satu daripada cabaran terhebat bagi abad ke-21.

“Kita akan mempelajari tentang bagaimana otot bertindak balas ke atas graviti mikro dan penuaan daripada data yang dikumpul dalam kajian ini,” kata seorang penyelidik, Profesor Malcolm Jackson dari Universiti Liverpool. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-12-2021 02:16 PM
Macam2 usaha mereka untuk kekal selamanya
Quote Delifrance 21-12-2021 02:18 PM
Acu test sel otak menteri2 malaysia. Mesti lama idup  nya sbb extremely under utilized
Quote zarulnazmi 22-12-2021 12:17 PM
Delifrance replied at 21-12-2021 02:18 PM
Acu test sel otak menteri2 malaysia. Mesti lama idup  nya sbb extremely under utilized

Hantar lah sampai langit ke tujuh sekalipun sel-sel otak mereka tetap tidak berhubung

Quote green~tea 22-12-2021 12:20 PM
Lebih rela duduk kat bumi dan dapat berak kincin secara normal dan aman
Quote KIM.K 22-12-2021 12:25 PM
Saraf otot tebal jadi chemical signal cepat sampai
Saraf deria sakit nipis sebabtu lambat sikit manusia feel 'pain'. Pheripheral nervous system
Quote green~tea 22-12-2021 12:27 PM
Edited by green~tea at 22-12-2021 12:29 PM

On a serious note.... Space exploration ni sbrnnya is not really about exploring sana.. is more about technology advancement to get there... bak kata John F Kennedy  "aim for the moon".. think like a rocket scientist

In order to get there, kita akan develop many technologies, IP.... sebagai contoh,.. the flexible screen in your galaxy Z3 flip tu, that technology was already developed 40-50 years ago by NASA... cuma lately baru being commerciallized because 40 years ago it was expensive to produce the flexible laminate /screen... the cost was 500 times greater, back then... so the polymer engineering mmg developed bila kita aim for the moon, mcm itu lah juga how US encourages innovation through NASA

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.362841 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top