CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjun Dari Landasan Kereta Api, Mandi-manda Dalam Air Bah

21-12-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2688| Komen: 9

Description: Seorang lelaki melakukan aksi terjun dalam Sungai Kelantan dari landasan kereta api di Kampung Gertak Chaber di sini yang terjejas akibat limpahan air bah kelmarin.
Seorang lelaki melakukan aksi terjun dalam Sungai Kelantan dari landasan kereta api di Kampung Gertak Chaber di sini yang terjejas akibat limpahan air bah kelmarin.


Aksi lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an itu dilakukan jam 6.10 petang sebelum dirakam orang ramai.


Seorang lelaki dirakam terjun ke dalam sungai semasa air bah dari landasan kereta api di Kampung Gertak Chaber, Tanah Merah. - Foto IHSAN FAIZAL

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 35, berkata, dia memandu kereta melalui kawasan jambatan itu sebelum ternampak seorang lelaki meniti di tepi landasan dan terjun ke dalam sungai.


“Air sungai deras, tidak jauh dari tempat lelaki itu terjun, terdapat sekumpulan penduduk mandi air bah,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memberitahu, tindakan lelaki itu mengundang bahaya dan beliau mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak teruja bermain air bah kerana khuatir kejadian yang tidak diingini.

“Kelantan masih di peringkat awal musim bah dan berkemungkinan penduduk teruja bermain banjir. Saya sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah meningkatkan pemantauan bagi mengekang kejadian tidak diingini,” katanya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-12-2021 02:00 PM
Gigihnya nak buat aksi yang boleh membahayakan diri sendiri
Quote supernaturalee 21-12-2021 02:03 PM
ke dia nk commit suicide
Quote tumpanglalu74 21-12-2021 02:18 PM
M3.png
Quote Shazid 21-12-2021 03:06 PM
Takde penyakit cari penyakit
Quote imanjannah 21-12-2021 03:12 PM
aduhaiii.. macam macam
Quote Nnasda53 21-12-2021 03:26 PM
Macam2 perangai manusia.
Quote Mulotkoyak 22-12-2021 04:29 PM
Mcm iols.. Ahaksss
Quote bottombikini 22-12-2021 04:33 PM
bibit-bibit la ni..
cubaan nak menyusahkan bomba esok2
Quote Suchi 22-12-2021 04:55 PM
Tak bahaya ke air banjir? Sedangkan hat mandi air hujan yg mengalir dr atas bumbung pun iols dah jeling tajam.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054540 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top