CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaya Raya Tapi Salt Bae Biar Ibu ‘Hidup Sederhana’

21-12-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5993| Komen: 44

Description: Chef selebriti dari Turki, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae dikritik selepas berkongsi video pertemuannya dengan ibu selepas dua tahun terpisah akibat pandemik Covid-19.
Chef selebriti dari Turki, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae dikritik selepas berkongsi video pertemuannya dengan ibu selepas dua tahun terpisah akibat pandemik Covid-19.


Video itu sepatutnya mendapat reaksi positif pengguna media sosial, namun sebaliknya berlaku apabila kebanyakannya mempersoalkan kenapa pemilik restoran mewah itu membiarkan ibunya hidup dalam keadaan sederhana sedangkan dia sudah kaya raya.


Kredit foto: Daily Mail

Salt Bae sebelum ini sudah pun menjadi perhatian pelbagai pihak selepas restorannya menghidangkan menu pada harga yang disifatkan tidak masuk akal.


Kebanyakan komen mencadangkan supaya chef selebriti itu patut berbelanja lebih untuk kesenangan ibunya termasuk membelikan rumah yang lebih selesa.

Seorang pengguna media menulis ‘Anda mempunyai duit yang banyak, tapi kenapa biarkan ibu anda tinggal di flat?’

Ada juga yang mempersoalkan kenapa Salt Bae tidak membelikan rumah baharu untuk ibunya selepas dua tahun tidak bertemu.

Selain itu, ada pengguna media sosial mengecam tindakan Salt Bae yang tetap tidak menanggalkan kaca mata hitamnya ketika berjumpa dengan ibunya.

Sementara itu, terdapat beberapa komen positif yang menyokong Salt Bae dan menyatakan ibunya mungkin selesa dengan kehidupan yang sederhana.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 21-12-2021 12:57 PM
...sebab kebanyakkan restaurante beliau di ambang kebangkrapan. tak laku. gah pada nama je tapi makanan so-so...

sikian.....
Quote tikusmontok 21-12-2021 01:14 PM
Jate turki idame tino budu
Quote wak_pijah 21-12-2021 01:37 PM
Gelinya tgk dia ni, potong steak pun gaya mendoggie.
Quote cmf_premierleag 21-12-2021 01:39 PM
wak_pijah replied at 21-12-2021 01:37 PM
Gelinya tgk dia ni, potong steak pun gaya mendoggie.

dan juga geli tgk dia tepuk2 daging tu lps tabur garam
Quote wak_pijah 21-12-2021 02:46 PM
cmf_premierleag replied at 21-12-2021 01:39 PM
dan juga geli tgk dia tepuk2 daging tu lps tabur garam

Kan, mcm pelakon blue sgt eyucksss.
Quote she 21-12-2021 02:49 PM
Dia tak kaya pun
Dia bukan GR atau JO yang ada channel sendiri

Dia ni jual gaya dan brand nama dia aje
Resto pun bukan dia owner segala
Quote Shazid 21-12-2021 02:50 PM
Nasiblah ibunya tak merempat...Mgkn ibunya suka pada hidup sederhana...
Quote mamajawie 21-12-2021 03:15 PM
aku x penah nak teringin makan daging dia sebab just salt only!! takde perap2 langsung..hayiaqqq

*verangan dulu in case kalau iolss orang kaya
Quote clarizsa 21-12-2021 03:18 PM
I nmpk kt fb pic mak dia td , oo bru tau mak dia muslim , assuming dari tudung tu
Quote mamajawie 21-12-2021 03:23 PM
memang mulut dia cakap senget2 ea?cam nak sepak je orang buat camntu
Quote dudaberhias 21-12-2021 03:26 PM
Restoran dia tak sedap pun sedap lagi menate... Mahal yakmat plak tu RM100 untuk coca cola sahaja, tapi banyak la, tapi masih tak berbaloi

Hype je lebih sebab heshe pernah viral dulu kan sampai jadi meme duk tabur2 garam, hakikatnya ziziqqqqw taburan2 garam tu muka huduhhhh...
Quote ellejo 21-12-2021 03:29 PM
nama dia macam nama2 firaun
Quote dudaberhias 21-12-2021 03:29 PM
shi_jewel replied at 21-12-2021 12:57 PM
...sebab kebanyakkan restaurante beliau di ambang kebangkrapan. tak laku. gah pada nama je tapi maka ...

Ooo patut la kaka, dah la tak sedap...
Tapi heshe masih tido atas duit sebab restoran2 tu orang partner atau labur dengan dia sajorkkk
Quote dudaberhias 21-12-2021 03:32 PM
mamajawie replied at 21-12-2021 03:15 PM
aku x penah nak teringin makan daging dia sebab just salt only!! takde perap2 langsung..hayiaqqq

*v ...

Yerrr, rasa macam daging bakar yang di bubuh dalam nasi kerabu jah baik la kaka pergi mencekik nasi kerabu daging bakar tu lagi sedap k

Cuma daging dia guna lembut juicy ala2 batang pinang.
Quote Simunggu 21-12-2021 03:36 PM
org kaya hidup sederhana...hebat
org biasa biasa hidup mcm org kaya....bodoh
Quote besi_kelabu 21-12-2021 03:56 PM
aku tgk dia tabur garam n garam tu jatuh kat lengan dia dulu...
Quote mamajawie 21-12-2021 04:17 PM
dudaberhias replied at 21-12-2021 03:26 PM
Restoran dia tak sedap pun  sedap lagi menate... Mahal yakmat plak tu RM100 untuk coca cola s ...

tapi betul cam x hygenic plak tabur garam kat lengan..

https://www.indy100.com/viral/sa ... or-reviews-b1975705


Quote Kitty_catz 21-12-2021 04:20 PM
ramai je yg kaya raya idup sederhana

sbb bila ko dah kaya raya, takde nak impress sesapa kecuali diri ko sendiri je

some tu selesa je dgn apa yg ada
Quote Minami2013 21-12-2021 04:22 PM
Busy body betul netizen.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054361 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top