CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertuduh Bunuh 298 Penumpang Mh17 Mungkin Dipenjara Seumur Hidup

21-12-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1881| Komen: 7

Description: Pendakwa raya Belanda pada minggu ini bakal mencadangkan bentuk hukuman terhadap empat tertuduh yang didakwa menjadi dalang nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 pada 2014.
Pendakwa raya Belanda pada minggu ini bakal mencadangkan bentuk hukuman terhadap empat tertuduh yang didakwa menjadi dalang nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 pada 2014.


Pendakwa raya juga akan mengemukakan pendakwaan secara rasmi dalam perbicaraan yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dengan keempat-empat tertuduh didakwa membunuh kesemua 298 penumpang dalam pesawat berkenaan.

Empat tertuduh iaitu rakyat Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko menolak untuk menghadiri perbicaraan itu, lapor AFP.


Kredit foto: argus-press.com


Selain itu, keputusan Mahkamah Tinggi Belanda berhubung kes tersebut pula dijangka diketahui paling awal pada penghujung 2022.

Menurut jurucakap mahkamah, hukuman maksimum yang mungkin dikenakan terhadap keempat-empat tertuduh itu adalah penjara seumur hidup.

Pasukan penyiasat antarabangsa sebelum ini menegaskan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK yang didakwa dibawa dari pangkalan tentera Rusia ketika pesawat itu melintasi timur Ukraine yang dikuasai kumpulan pemisah Moscow pada 17 Julai 2014. 

Kesemua tertuduh akan menjelaskan mengenai semua bahan bukti yang diperoleh, termasuk telefon dan keadaan peluru berpandu yang digunakan untuk menembak pesawat tersebut.

Cadangan hukuman dijangka diputuskan pada Rabu ini dan kumpulan pendakwa raya berikrar untuk memastikan hukuman tersebut setimpal dengan perbuatan mereka.

Pada awal tahun ini, sejumlah ahli keluarga mangsa memberi testimoni mengenai kesedihan mereka kehilangan insan tersayang dan menyifatkan Rusia gagal menegakkan keadilan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-12-2021 02:18 PM
Boringnya tak habis bicara lagik.
Quote dua_chzy 21-12-2021 02:18 PM
Dulu ramai porumer tuduh Ukraine. Ujong2 Rusia pujaan punya kerja.
Quote Shazid 21-12-2021 03:49 PM
Tak berbaloi penjara seumur hidup
Quote cik_kuntum36 22-12-2021 10:10 AM
penjara seumur hidup jek ke...
Quote ifanonline 22-12-2021 10:12 AM
dua_chzy replied at 21-12-2021 02:18 PM
Dulu ramai porumer tuduh Ukraine. Ujong2 Rusia pujaan punya kerja.

dua2 negara terlibat sama...
Quote dudaberhias 22-12-2021 10:15 AM
Tembak je lah bagi mati kalau sekadar nak penjara se umo hidup. Takde justice langsung terhadap mangsa2
Quote doubleharmonic 22-12-2021 12:30 PM
selayaknya kasi mampos jah noreen2 ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050287 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top