CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Musnah- Kini Pondok Bas Jadi Tempat Berteduh, Kerusi Batu Jadi Tilam

21-12-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3319| Komen: 22

Description: Sungai Lui: Hampir setiap masa, wajahnya sugul, kerap termenung dan dari matanya, boleh ditebak renungannya kosong.
Sungai Lui: Hampir setiap masa, wajahnya sugul, kerap termenung dan dari matanya, boleh ditebak renungannya kosong.

30 tahun menetap di teratak kayunya di Kampung Dusun Tua, Sungai Lui, hati Mohd Riffin Mohd Arsat luluh melihat rumahnya rebah dirempuh bah yang luar biasa dahsyatnya.

Hatinya remuk tatkala mata terpandang rumahnya lalu pantas dia alihkan pandangan, melihat pula rumah lain yang turut sama terkesan namun tidaklah rebah ke bumi seperti rumahnya.

Tiada lagi tangisan, sudah kering semua, katanya kepada Astro AWANI namun dari riak wajahnya, jelas dia menyimpan kesedihan yang amat mendalam.


Foto: Awani


Begitupun, dia reda, dia tahu ini ujian buatnya dan walaupun berat untuk terima, Mohd Riffin berserah semuanya kepada Yang Maha Esa.

“Kita nak menangis macam mana, saya pun…tak tahu nak cakaplah, dah tiada lagi dah. Nangis tu pun dah lari jauh dah.

“Air mata tiada lagi dah…dah tiada dah, dah tak larat, dah tak mampu lagi. Nak tengok rumah pun tak boleh. Satu barang pun tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Di kampung tersebut, rumahnya antara yang teruk terjejas.

Bukan sahaja rebah ke tanah malah rumahnya ‘berpusing’ dengan pintu yang dulunya di depan kini beralih ke tepi malah keseluruhan rumah terpisah daripada tiang yang menyokongnya.

Melihatkan rumahnya yang hampir musnah, terus terpacul soalan di manakah dia akan tidur dan jawapan yang keluar dari mulutnya sangat menyedihkan.

Menurutnya, pondok bas yang berada berhampiran rumahnya kini menjadi kediamannya dan kerusi batu yang keras itu pula menjadi tilam barunya.

“Duduk sini (pondok bas) sajalah. Tak tahulah…tak boleh nak cakap, tiada daya dah, tak mampu dah.

“(Tidur di pondok bas lagi ke nanti?) Habis dah kalau saya tiada rumah, nak duduk mana, duduk sinilah, duduk di pondok bas, di sinilah saya tidur.

“Pondok bas ini jadi rumahlah. Kalau tak pulih rumah saya, macam mana saya nak buat. Takkan saya nak tidur rumah…bahaya,” ujarnya.

Lokasi pondok bas itu yang betul-betul di sebelah jalan raya menyebabkan kawasan itu dipenuhi debu.

Begitupun, anak dan anak saudaranya memasang kanvas di sekeliling pondok bas, mengurangkan sedikit debu yang masuk ke ‘rumah’ lelaki berusia 58 tahun itu.

Namun, dengan bekalan elektrik yang masih belum ada, dia hanya bertemankan lilin dan ubat nyamuk pada waktu malam, ditemani unggas dan jiran-jiran di sebalik kepekatan malam.

Begitulah realitinya, realiti yang harapnya terlepas pandang, bukan sengaja dipinggirkan sebegitu rupa.

Kita ini orang Islam macam itulah, mesti kuat, teguh walaupun tak kiralah kerajaan tak bantu, kita cuba sedaya upaya.

“Tidur pondok bas pun,tidurlah. Kita hidup, teruskan hidup,” katanya. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 21-12-2021 12:49 PM
takde ke PPS berdekatan utk tumpang tido?
Quote Artemesiaa 21-12-2021 12:57 PM
Moga adun kawasan turun beri bantuan kesian tengok liputan mengenainya pagi tadi.  Keadaan pun masih huru hara kat sana.  Mungkin mereka tumpu bagi bantuan untuk process menyelamat dulu sebab dikabarkan masih ada mangsa yang belum diselamatkan kemudian baru bantuan bab kerosakan harta benda.
Quote purplelilac 21-12-2021 01:22 PM
Sedihnya, semoga dipermudahkan urusan org2 yg hilang rumah dan kenderaan akibag bajir ni.
Quote mama_cat 21-12-2021 01:26 PM
kepada siapa siapa yang even dok rumah kampung pun, beli la insurans perlindungan rumah, yang setahun sekali tu.... kalau jdi mcm ni, ada gak la pampasan dapat.. setahun 200++ ja... rumah musnah akibat banjir, kebakaran depa cover, kalau extra bajet, amek yang lindung barang dalam rumah sekali... aku dah merasa, mmg insurance penyelamat la jugak...
Quote iman_kasih 21-12-2021 01:49 PM
Edited by iman_kasih at 21-12-2021 01:50 PM

Bertabahlah pakcik. Moga dipermudahkan. Moga ada bantuan rumah utk pakcik & mangsa2 lain yg kehilangan tempat berteduh oleh kerajaan negeri atau federal.  Boleh kot gotong royong bina balik rumah pakcik ni bila keadaan dh reda.

Iye2 je aku sebut pakcik. Umo pun dh dekat2
Quote phonon 21-12-2021 02:33 PM
mama_cat replied at 21-12-2021 01:26 PM
kepada siapa siapa yang even dok rumah kampung pun, beli la insurans perlindungan rumah, yang setahu ...

kawasan prone banjir nih mesti insuran premium dia lain pulak harganye....
Quote zjen 21-12-2021 02:57 PM
kesian betul org Sungai Lui ... xde dewan berdekatan ke
Quote zjen 21-12-2021 02:59 PM
mama_cat replied at 21-12-2021 01:26 PM
kepada siapa siapa yang even dok rumah kampung pun, beli la insurans perlindungan rumah, yang setahu ...

caner nak beli yer ... mintak info sikit
Quote imanjannah 21-12-2021 03:26 PM
kesiannya
Quote Simunggu 21-12-2021 03:37 PM
pendatangkah ini?
Quote dewimalam78 21-12-2021 03:46 PM
Ayah ai 75. Lepas banjir dia bersihkan sikit2 dan bertukang repair perabot yg rosak. Buat ikut kudrat dia.

Ayah mertua 65. Rajin bersihkan halaman rumah. Masih bertenaga walaupun tak sekuat dulu.
Quote eLiaD 21-12-2021 03:48 PM
ko dh knape pocik nk berdrama org tgh sibuk bnjir ni td tgk astrok ade je sedara mara dh nape x tumpang kn dia
Otak aqu jatuh..nk kutip ilang
RiP
Quote dudaberhias 21-12-2021 04:01 PM
zjen replied at 21-12-2021 02:59 PM
caner nak beli yer ... mintak info sikit

Etiqa ada kaka... iols pun ambil etika..
tapi kiraan dia kena pakai calculator khas gittew yach

https://etiqa.com.my/v2/insurans-takaful-rumah/insurans-hohh

iols ambil rumah + isi rumah

cermin tingkap pun boleh claim k... tapi cermin tingkap tak pernah pecah... selalunya longkang je la tersumbat ke apa last year baru repair
Quote dudaberhias 21-12-2021 04:03 PM
mama_cat replied at 21-12-2021 01:26 PM
kepada siapa siapa yang even dok rumah kampung pun, beli la insurans perlindungan rumah, yang setahu ...

rumah kaka jenis apa yach?

sebab iols punya insurans perlindungan rumah + isi rumah 4 ribu setahun
Quote Belibis 21-12-2021 04:07 PM
Wow....musti rumah kayangan tahap dewa.
Quote mama_cat 21-12-2021 06:47 PM
dudaberhias replied at 21-12-2021 04:03 PM
rumah kaka jenis apa yach?

sebab iols punya insurans perlindungan rumah + isi rumah 4 ribu setahu ...

rumah teres ja... 250 setahun, tapi kalau total damage cover takat 50k ja.... cuma masa banjir, dpt byk jugak, sbb porch pecah teruk... almost 5k dpt ritu...
Quote mama_cat 21-12-2021 06:48 PM
zjen replied at 21-12-2021 02:59 PM
caner nak beli yer ... mintak info sikit

kitaorg beli etiqa... maybank punya... just cari ejen dia kat bank ja...
Quote mama_cat 21-12-2021 06:51 PM
zjen replied at 21-12-2021 02:59 PM
caner nak beli yer ... mintak info sikit

etiqa sis... kaka duda dah explain.. boleh pergi maybank tya, nnti depa buat estimation, kitaorg sbb beli rumah 2nd, terus ejen loan tu advise suruh ambil.. tak menyesal ambil sbb haritu kena banjir laju depa reimburse duit...
Quote mama_cat 21-12-2021 06:53 PM
phonon replied at 21-12-2021 02:33 PM
kawasan prone banjir nih mesti insuran premium dia lain pulak harganye....

depa kena buat estimation.. mcm tempat kitaorg sekali sekala banjir, takda tggi sgt..  dia bukan takat banjir, kebakaran, kecurian (ni tambahan) pun depa cover jugak

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.100095 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top